Assalamualaikum semua, pergh! bersawang beb! blog ni... kasihan kat blog tersayang ni. Ohya! cuba tajuk kat atas tu... ok! sebenarnya... kalau nak diikutkan... kiranya nak update cerita ni semalam tapi... disebabkan beberapa faktor yang tak dapat nak dielakkan hurm... faham-faham sajalah ya. Ok! begini... semalam buat julung kalinya krole mengikuti temuduga jabatan imigresen Malaysia. Pergh! nak dijadikan cerita... rupanya dalam beratus-ratus orang yang pergi temuduga tu... krole yang paling tua sekali... ahahaha!. Mula-mula tu krole relaks je bab temuduga ni.
Tapi semakin hampir giliran krole pergh! sejuk satu badan... dah macam terasa duduk kat luar negara yang beriklim sejuk hahaha!. Walhal... sebiji aircond pun krole tak nampak. Gemuruh beb! tapi... dalam gemuruh tu pun... terbayang dah... pergh! kalau lepas temuduga ni... diriku akan bergelar kakitangan awam dah! yeah!. Ok! jeritan tu hanya dalam hati krole ya hahaha!. Ohya! sebelum ditemuduga kitaorang diperiksa fizikal dahulu... kalau lepas barulah ditemuduga. Tak tahu kenapa... mungkin disebabkan krole paling tua waktu tu... semua adik-adik yang hadir temuduga tu siap minta tips lagi dari krole? adoi! boleh pula macam tu ya. Walhal empunya badan ni... muka je nampak tenang tapi hati bergelora beb! hahaha!.
Tiba giliran krole... pegawai pemeriksa membawa krole ke satu bilik khas... mula-mula timbang berat dan ukur ketinggian. LULUS! kata pegawai tu... pergh! riang gumbira dah hati krole... terbayang dah diri ini memakai uniform imigresen hihihi. Selepas tu ujian kawat... macam-macam dia suruh buat... berjalan kehadapan, tabik hormat... nasib baiklah krole pernah ikut persatuan pengakap satu ketika dahulu... bolehlah kawat sikit-sikit!. LULUS! kata pegawai tu lagi... pergh! macam nak melompat waktu tu... lepas tu kena suruh pumping dan periksa tangan... pumping memang lepas... krole siap buat laju-laju lagi... gara-gara nak bagi pengawai tu takjub sikit hihihi. Tapi.... rupanya... hurm... tangan kiri krole bengkok sikit... senang cerita... tak lepas... terus disuruh balik. Aduh! bukan rezeki... nak buat macam mana kan...
Waktu pulang ke rumah Mrs. krole dan baby zahrah tengah lepak kat ruang tamu... selepas beri salam terus krole beritahu... bahawa tak lepas temuduga tu... serius beb! keluar juga air mata ni... mungkin sebabnya krole terlampau mengharap benda ni kan?. Tapi itulah... dah bukan rezeki... Allah lebih Maha Mengetahui apa yang terbaik buat diri kita... mungkin rezeki krole buat masa ini... hanyalah berniaga ditapak tamu mingguan dan pasar tani. But live must go on kan...? yang penting krole dah cuba sehabis baik. Sikit lagi bergelar kakitangan Imigresen hihihi. Oklah! itu je nak cerita pun... so happy blogging semua.
p/s : Ya Allah... permudahkan urusan kami semua~