Manis betul mulut aku ni... baru saja aku buat entri tentang benda yang amat blogger takuti iaitu salah satunya ketiadaan isyarat internet... hah! belum baca lagi, ok-ok jangan risau klik sini... dan korang bacalah puas-puas ya. Benda ni bagi krole seperti permintaan menjadi kenyataan pula, hahaha! mana taknya krole kat begitu... baru juga sebut-sebut pasal benda tak ada internet ni, tiba-tiba semalam waktu krole nak update entri pergh! geram beb! bila ternampak icon internet (wifi) berpangkah, argh! kenapa pula jadi macam ni? nak kata krole tak bayar bil internet hurm... rasanya haritu krole bayar awal dua hari dari tempoh yang tertera di bil. Aduh! kalau benda ni terjadi waktu siang tak apa... krole boleh terus start kereta pergi cawangan TM kat pekan, tapi ni waktu malam pula dia buat hal... aduh! tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan waktu tu, dahlah waktu tu idea nak buat entri melimpah-limpah huh! terus teringat pesan sahabat-sahabat blogger di entri sebelum ni, kalau jadi benda macam ni terus cari alternatif lain seperti tulis kat buku atau taip kat handphone idea tu.
Set! semua tu krole dah simpan kat dalam handphone tersayang hihihi! selamat idea aku... harap-haraplah handphone tak buat hal, kalau tak... ups! minta jauh-jauhlah... takut jadi realiti pula hahaha! so semalam alhamdulillah walaupun tak ada internet aku dapat mengharunginya jua, amboi... bunyi macam tak boleh hidup tanpa internet pula, hahaha! tegarnya diriku ini. So semalam dengan masa yang terluang krole penuhi dengan membaca buku-buku yang beralaskan habuk di rak buku krole, wuah! seronok juga sebab banyak buku-buku lama krole jumpa... dan idea untuk update blog pun makin banyak, kalau korang nak tahu? kena tunggu entri krole lepas-lepas ni ya? dan semalam yang seronoknya krole dapat masakkan makan malam untuk Mrs. krole, tapi menu tak adalah special sangat! hanya menu masakkan bujang yang pernah krole belajar satu ketika dahulu, alhamdulillah Mrs. krole suka dan berselera makan semalam, alangkah gembiranya hati ini waktu tu. Oklah krole ada kerja sikit ni so happy blogging semua~
p/s : internet oh internet~