Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua member-member blogger, hari ini merupakan hari penentu iaitu hari melihat anak bulan untuk menyambut kedatangan bulan ramadhan, so dihari yang mulia ini krole dan zie (tunang krole) ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan yang mulia... moga dibulan ini anda semua akan diberkati dan dimurahkan lagi rezeki yang ada, insyallah... moga bulan ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun lalu, kepada yang lelaki puasa jangan tak puasa tau, hehehe... tak sabar rasanya krole nak masuk bulan mulia ni, tak sabar nak tarawih, tak sabar nak pergi bazar ramadhan ahaks~ dan banyak lagilah!!! harap kita semua dapat menempuhi segala dugaan dan cubaan yang diberikan olehNya bagi menyempurnakan ibadat puasa ini ya.
Sunday, July 31, 2011
Saturday, July 30, 2011
Beginikah Sambutan Bulan Puasa
Tadi krole dan member-member keluar jalan-jalan kat pekan kajang untuk menghilangkan rasa boring yang maksima!!! hehehe... macam biasa bila dah keluar ramai-ramai ni tempat pertama yang dituju adalah pusat karaoke hihihi melalaklah kat sana sejam dua~ bila dah suara hilang destinasi yang kedua adalah pusat permainan video game, pergh!!! time ni memang meriah, lepas tu macam biasalah sesi membuncitkan perut ahaks apa lagi pergi makanlah!!! so ini yang krole nak cerita... waktu kita orang tengah lepak-lepak tu adalah mamat kat sebelah ni bersama geng-gengnya pergh!!! kalau tengok pemakaian diaorang pun pergh!!! dah macam artis tapi sembang memang tak tengok tempat, sembang macam kedai tu dia punya, suara dia je kedengaran hehehe... biasalah orang muda kan???.
Movie Real Steel
Tengah krole melayari internet tadi terjumpa pula benda ni~ em... krole tak tahu benda ni masih baru lagi ataupun orang ramai dah lama tahu??? tapi krole nak kongsikan juga kepada korang semua, bagi yang belum tahu cerita Real Steel ni merupakan filem terbaru arahan Shwan Levy hah!!! siapa tahu pengarah ni??? hehehe tanya orang sebenarnya krole pun tak tahu ngeee~ tapi kalau kita tengok trailer dia kat youtube pergh!!! memang best siot!!! teknologi effect yang digunakan mereka untuk membuat filem ini memang dahsyat!!! kalau korang tak percaya cuba tengok kat youtube. Cerita ini mengisahkan tentang seorang peninju Charlie Kenton yang dilakonkan oleh Hugh Jackman (pelakon utama) yang kehilangan peluang menjadi juara tinju kerana pada masa itu robot telah mengambil alih dalam arena pertinjuan. So dipendekkan cerita dia pun membuat pakatan dengan anaknya Max (Dakota Goyo) untuk mencipta sebuah robot.
Friday, July 29, 2011
Benarkah Wujud UFO
Berita tergempar!!! berita tergempar!!! pergh!!! terkejut krole bila terbaca suratkhabar pada hari ini, satu objek yang tidak dikenalpasti telah berjaya ditangkap gambarnya secara tidak sengaja~ huh!!! kat negara kita tu!!! selalunya negara mat saleh je yang ada cerita-cerita macam ni kan??? berdasarkan gambar tersebut jelas menunjukkan yang objek itu berupa bentuk piring seperti piring terbang yang selalu ditunjuk dalam filem-filem barat... dan individu yang berjaya menangkap gambar objek tersebut boleh dikatakan seperti mendapat durian runtuh kerana gambar asli objek tersebut telah dibeli oleh syarikat telekomunikasi yang terkenal di negara kita dengan harga yang amat dahsyat!!! senang cerita jutawan segeralah!!! pergh!!! yang bestnya pemuda tadi mendakwa objek asing tadi telah mendarat dan beliau sempat mengambil gambarnya dari dekat.
Ceritera Baju Pengantin
Bila nak kahwin ni serba sedikit baru krole tahu yang nak mengurus sebuah majlis kenduri perkahwinan adalah amat susah sekali... nasib baiklah adik-beradik dan member krole ramai, teringanlah sedikit dua tiga perkara kalau tidak pergh!!! habis gugur rambut krole ni memikirkannya ahaks~ krole suka tengok baju pengantin bila pergi ke sesebuah majlis perkahwinan, tapi baru krole tahu sekarangni rupa-rupanya baju kahwin ni susah juga nak dibuat em... maksud krole kena cari kain yang sesuai, kedai @ butik yang sesuai, aksesori yang sesuai, pelamin yang sesuai... dan banyak lagilah benda yang kena disesuaikan dengan baju pengantin ni huh!!! alhamdulillah baju sanding krole dah siap sepasang yang lain masih dalam proses.
Thursday, July 28, 2011
Keputusan Malaysia Lawan Singapura
Akhirnya harimau ditumbangkan juga oleh singa~ setelah menyaksikan perlawanan yang krole rasa terbaik dari kedua-dua pasukan... pasukan tanah air terpaksa akur dengan kekalahan argregat 6-4 kerana hanya dapat seri 1-1, nampaknya singa akan mara ke pusingan ketiga pra-kelayakan piala dunia 2014, manakala harimau... hm... malas pula nak kata (tak ada mood) namun walau apa pun, persembahan yang ditonjolkan oleh pasukan tanah air amat baik dan konsesten berbanding sebelum ini, kira ada kemajuanlah katakan!!! tapi itu belum cukup lagi~ kerana terbukti pasukan kita belum mampu lagi sampai ke level dunia!!! insyallah mungkin satu hari nanti. krole pun bukannya terer bab-bab bola ni tu yang malas nak ulas panjang nanti krole pula kena balik ahaks.
Malaysia Lawan Singapura
Pergh!!! cuba korang semua tengok banner kat atas tu hehehe... cantik tak, sebenarnya banner tu khas krole buat untuk entri ini, malam ini mesti semua dah tahu kan??? terutamanya kepada peminat bola tanah air, kalau tak tahu... em... tak tahu krole nak kata macam mana hihihi~ ok malam ni merupakan perlawanan timbal balik diantara Malaysia (yeah!!!) dan Singapura... aduh tekanan krole hari ini, macam mana tak tekanan hari ini krole kerja petang, paling awal pun sampai rumah jam 9 malam uwah!!! silap-silap terlepas waktu pertama permainan, teruja sangat krole nak tengok persembahan yang akan ditunjukkan oleh pemain tanah air!!! walaupun sebelum ini pasukan kita tewas 3-5 kepada singapura namun krole rasa malam ini komfirm menang punya!!! go.. go... harimau malaya!!! krole cemburu juga kat seorang member krole ni~ nak tahu kenapa???.
Bau Seperti Belacan
Uwah!!! sebelum krole memulakan entri pada pagi ini krole nak menangis kejap uwah!!! tapi korang jangan silap pula, krole bukannya menangis kesedihan tapi... krole menangis dengan penuh kegembiraan kerana apa yang krole harap-harapkan telah ada~ malas nak cerita panjang korang semua mesti tahu kan??? semalam kan di kawasan krole tak ada air so memang dahsyat betulah!!! tapi yang paling utama air untuk mandi dan buang air pergh!!! masa tak ada air ni lah baru kita tahu akan kepentingan air kan??? huhuhu manusia-manusia~ bangun pagi tadi risau juga krole, perlahan-perlahan krole putar kepala paip kerana takut hanya angin sahaja yang keluar, tapi alhamdulillah keluar air beb!!! yeah!!! melompat-lompat krole dengan member serumah.
Wednesday, July 27, 2011
Sekali Lagi
Mula-mula krole nak ucapkan syabas dan tahniah kepada industri perfileman tanah air kita yang semakin hari semakin maju dan berjaya menarik minat penonton-penonton tanah air tanpa mengira genre cerita tersebut. seramkah??? jiwangkah??? aksikah??? semuanya mendapat sambutan hangat!!! cuba korang tengok suratkhabar sekarangni pergh!!! ada yang cerita boleh mengutip keuntungan sampai berjuta-juta ringgit!!! ok-ok nak cerita pasal movie "sekali lagi" ni, al-maklumlah krole ni kan selalu ketinggalan tapi tak kira juga!!! krole nak update juga huhuhu... belum sempat bahang "KL Gangster" di pawagam muncul pula cerita "sekali lagi" iaitu lakonan shaheizy sam dan lisa suriani, mula-mula tu macam malas nak tengok tapi bila dengar member-member semua puji lakonan mereka berdua huh!!! apa lagi cepat-cepat krole pergi ke pawagam berhampiran~ dan hasilnya.
Peritsiwa Hitam Berulang Kembali
Sedih hari ini... tak sangka perkara yang paling krole takuti berulang kembali walaupun krole dah cuba sedaya-upaya untuk cuba mengelak akan perkara ini ia berlaku juga uwah!!! dimana silapnya!!! apa salah krole!!! korang nak tahu apa yang krole kesali ni, ya!!! bermula semalam sampai ke pagi ni krole tak mandi!!! diulangi!!! krole belum mandi!!! hahaha!!! memang dahsyat betulah kalau tak ada air ni, semua tak boleh jalan... dan bila tak ada air ni la baru nak buat benda-benda yang memerlukannya seperti basuh baju, pinggan mangkuk dan banyak lagilah!!! terima kasih krole ucapkan kepada pihak yang berkenaan kerana menjadikan hidup krole seperti ini... terima kasih sangat krole ucapkan, kalau setahun berlaku 3, 4 kali mungkin boleh dimaafkan tapi ini boleh dikatakan setiap bulan mesti berlaku peristiwa hitam ni.
Tuesday, July 26, 2011
Ramadhan Semakin Hampir
Pejam celik-pejam celik bulan ramadhan dah semakin menghampiri kita semua yeah!!! tapi bila cerita pasal bulan suci ni mesti ramai yang terkenang kisah-kisah lalu kan??? terutamanya sewaktu zaman kanak-kanak ahaks~ waktu tu pergh!!! komfirm banyak kenangan yang susah dilupakan, faham-fahamlah bila baru nak mula belajar puasa ni... hihihi. cuba korang semua tengok gambar kat atas tu??? huh!!! suasana macam inilah yang krole rindu sangat bila tibanya bulan ramadhan pergh!!! bazar ramadhan memang best... bila dah puasa ni selera jadi lain sikit, rasanya bulan puasalah banyak makan belanja~ maklumlah bila pergi bazar kalau terlampau ikutkan hati rasanya nak saja dibeli terus gerai-gerai kat sana ahaks~ ohya sembang punya sembang ni nak tanya sikit, apa persiapan korang untuk menyambut bulan suci ni???
Wednesday, July 20, 2011
Cinta Yang Terlarang
Cinta terlarang yang krole nak cerita pada hari ini bukanlah cinta yang dilarang oleh ibu bapa atau masyarakat~ tapi cinta yang dilarang oleh agama kita iaitu cinta sesama kaum sejenis atau lebih dikenali dengan perkataan homoseksual ataupun gay pergh!!! sebut ayat ni pun meremang bulu roma krole argh!!! tak tahu krole nak kata macam mana... nampak sangat kiamat semakin menghampiri kita kerana tanda-tanda kecil dan besar yang diceritakan didalam al-quran dan hadis telah mula kelihatan satu persatu sekarangni tanpa kita sedari kerana terlampau leka dengan dunia. Dah Allah ciptakan makhluknya berpasangan (lelaki dan perempuan) tapi... lelaki juga yang kau mahu!!! bila dinasihat orang-orang seperti ini komfirm dia akan jawap yang memang jiwanya seperti itu, aduh!!! apa pula main jiwa-jiwa ni!!! walhal di IC dia tertera agama islam!!! baru sikit Allah beri dugaan~ tapi kebanyakkan tumbang!!! jatuh!!!.
Tuesday, July 19, 2011
Kelazatan Tidak Terhingga
Kalau ditanya kepada semua masyarakat malaysia??? juadah apakah yang amat digemari diwaktu pagi komfirm mereka akan jawap antara dua ni~ roti canai dan nasi lemak... hah!!! betulkan??? ni merupakan menu yang amat digemari di dalam negara kita tidak kiralah kaum apa pun komfirm layan~ boleh kata menu ini juga dapat merapatkan ikatan silaturahim diantara masyarakat kita yang berbilang kaum, contohnya di kajangni huh!!! kalau pagi-pagi macam ni cuba korang tengok restoran-restoran yang ada disini komfirm penuh beb~ tapi yang bestnya kita tengok semua bangsa ada melayu, cina, dan india semuanya duduk dibawah satu bumbung dan menikmati juadah bersama-sama. sembang pasal makanan ni baru krole ingin yang krole belum sarapan pagi lagi, nasiblah member serumah krole ni baik hati lagi pemurah (ayat bodek nampak!!!).
Monday, July 18, 2011
Kalaulah Aku Boleh Terbang
Huh!!! tajuk memang tak boleh blah~ kalaulah krole boleh terbang pasti banyak perkara yang krole boleh lakukan tapi... perkara pertama yang paling best sekiranya krole boleh terbang adalah hihihi... cuba teka??? huhuhu silap!!! kalau krole boleh terbang... yang bestnya tak payah lagi risau macam mana nak balik kampung, dapat cuti je terus terbang balik kampung wuah!!! bestnya!!! tak payah lagi risau akan harga tiket flight, ni asal dapat cuti mulanya memang happy tapi bila tertengok harga tiket pergh!!! hancur lebur poket dan tabungku~ sebenarnya entri ini adalah luahan hati krole kerana sekarangni tak tahulah rindu sangat nak balik kampung~ kalaulah harga tiket flight macam harga tambang bas, pergh!!! komfirm krole balik kampung tiap minggu... boleh jumpa keluarga yang tersayang, saudara-mara dan tunang (ah!!! rindunya!!!).
Sunday, July 17, 2011
Mataku Semakin Kabur
Huhuhu... comel pula domo ni kan??? bila pakai kaca mata??? huhuhu~ nak dijadikan cerita rasanya tak lama lagi krole akan "bermata empat", hahaha!!! bukan krole buat pembedahan tambah mata krole yang sedia ada ni~ maksud krole mungkin tak lama lagi krole terpaksa memakai kaca mata (weiiii...!!! kitaorang fahamlah!!!) kerana penglihatan krole sekarang semakin lama semakin kabur a.k.a blur. Mungkin salah satu faktor kenapa terjadi macam ni adalah disebabkan tabiat buruk krole sendiri iaitu suka membaca dan bermain komputer dalam gelap??? tak tahu nak kata macam mana??? krole selesa macam tu~ kalau dulu mak selalu marah krole bila mengulangkaji dalam gelap katanya akan jadi rabun~ nampaknya kata mak betul, aduh~ tapi yang krole pelik waktu malam je, waktu siang ok je.
Hari Ini Buat Apa
Today i don't feel like doing anything, i just wanna lay in my bed... huh!!! tak tahu nak buat apa hari ini, nak keluar tak tahu hala tuju??? nak bersukan... badan pula masih letih kerana baru lepas kerja malam seminggu, so jalan yang terbaik adalah seperti lagu yang dinyanyikan oleh Bruno Mars tu hehehe~ hari ini krole nak lepak-lepak kat rumahlah, rehat-rehatkan badan ni yang semakin uzur dimamah usia (cheee~ macam tua sangat!!!) hahaha gurau je~ lagipun krole tengok bilik krole ni dah macam tempat pembuangan sampah!!! huhuhu~ berselerak!!! sakit pula mata krole tengok, kalaulah orang lain nampak??? pergh!!! malu siot!!!, lepas setel semua ni bolehlah krole berterbangan ke blog member-member semua huh!!! rindu sangat nak terbang-terbang, tunggu krole ya boleh kita semua terbang sama-sama dan krole ingin mengucapkan terima kasih kepada member-member yang wish atas kejayaan krole dalam kontest baru-baru ni.
Saturday, July 16, 2011
Kontest Nukilan Seorang Teman
Wuah!!! macam mana krole nak mulakan entri kali ini hm... argh!!! gembiranya hati krole!!! korang tahu kenapa??? mula-mula krole memohon maaf kepada blogger yati iaitu owner kepada blog cahayamylife.com kerana lambat nak update cerita ini walaupun beliau tak suruh ahaks~ maklumlah benda-benda macam begini jarang sekali berlaku dalam hidup krole huh!!! mesti korang tahu kan??? baru-baru ini blogger yati ada membuat "kontest nukilan seorang teman" dimana para peserta diminta untuk membuat karangan berdasarkan tema yang disediakan oleh penganjur dan yang bestnya hadiah yang disediakan memang best-best belaka~ alhamdulillah krole dapat tempat kedua dalam pertandingan ini, wuah!!! kira boleh tahan jugalah penulisan krole sekarangni ahaks (ups jangan riak!!!) yang bestnya cerita yang krole buat untuk menyertai pertandiangan itu.
Pengaruh Budaya Korea
Kpop, saranghye hihihi... dan macam-macam lagilah yang berkaitan dengan korea menjadi ikutan remaja zaman kita pada masa kini kan??? tidak kiralah dari segi pemakaian, fesyen rambut, permakanan, dan bahasa semua diaorang mahu ikut!!! bagi krole benda macamni tak salah cuma ada batasnya kan??? jangan terlampau taksub dengan budaya orang sedangkan budaya kita lebih kaya dengan budi pekertinya (ini yang patut kita ikut). Nak dijadikan cerita seorang member krole kat sini gara-gara terlampau minat dengan Kpop huh??? sampai menari pun dia dah boleh da~ huhuhu~ sekali-sekala tengok best juga memang real tariannya serupa artis yang dipuja-pujanya, tapi... yang tak bestnya time kerja pun dia buat perangai macam tu aduh~ itulah krole kata yang dia ni terlampau taksub hihihi sampai kena marah pegawai hari tu (kantoi).
Friday, July 15, 2011
Ada Aku Kisah
Bila kerja malam ni mesti semuanya kurang??? kurang rehat, kurang jalan, kurang sosial, dan kurang tidur kerana masa tersebut dihabiskan dengan aktiviti tidur hihihi... kadang-kadang tu rasa tertekan juga, mana taknya tertekan aktiviti harian kita seperti berulang setiap hari bila kerja malam ni. Krole ada soalan nak tanya kat korang semua, adakah kurang tidur salah satu punca timbulnya jerawat??? huh!!! jerawat??? benda yang paling dirisaukan oleh remaja kita khususnya perempuan kan??? nampaknya masalah ini menimpa krole sekarangni, aduh... duh... duh... sekali jerawat batu kat pipi da!!! kalau ikutkan krole memang tak kisah pun benda-benda macam ni, tapi member-member yang lebih pula kata patut cepat cari ubat yang sesuai kalau tak berparutlah, itulah... inilah, krole nak kata satu je~ ada aku kisah.
Thursday, July 14, 2011
Ceritera Facebook
Kalau krole nak cerita pasal facebook ni huh!!! sampai bila-bila pun tak akan habis hihihi... begini sebenarnya krole kecewa dengan sikap seorang member dilaman sesawang ni, bila krole upload gambar je komfirm dia orang pertama yang akan komen tapi... kalau komen tu ok tak apalah juga ni asyik mengutuk je kerjanya~ semua orang tak baik dalam dunia ini baginya, macamlah dia tu baik sangat mentang-mentanglah belajar sampai luar negara huhu macam bunyi jeles je ni??? memang krole jeles pun tapi ke arah positif bukannya negatif ya. cuma krole tak berkenan dengan perangainya yang asyik komen menyindir, selalunya bila krole remove komen dia komfirm dia akan masuk ruang chat "weii asal ko delete komen aku", krole buat tak layan je heee... yang krole angin baru-baru ni dia komen gambar pertunangan krole huh!!! ini dah lebih!!!.
Wednesday, July 13, 2011
Wahai Katilku Yang Tersayang
Wahai katilku yang tersayang krole amat merinduimu tidurku tak lena tanpa mu~ krole selalu mengingatimu sepanjang peninggalanku disebabkan sibuk berkerja malam, huh!!! wahai katilku rindukah kau kepada krole??? seperti mana krole merinduimu, keempukan mu membuatku sentiasa selesa denganmu... membawa aku ke alam mimpi yang indah oh katilku??? hihihi... mengarut je entri krole ni kan??? cuba korang semua teka krole kat mana semasa menaip entri ini??? hah!!! salah!!! sekarangni krole berada diatas katil yang amat krole sayangi hihihi~ dengan mata yang semakin berat seperti memberitahu diri krole agar menutupnya kerana terlampau letih disebabkan berjaga sepanjang malam ahaks. Susah sikit nak online bila kerja malamni, kalau ikutkan minat pergh!!! mahu saja krole online sehari ni, tapi apakan daya fizikal pula tak mengizinkan. Nasib baiklah korang semua sudi singgah blog krole ni kalau tak komfirm tak meriah.
Tuesday, July 12, 2011
Rasa Mengantok Sangat
Uwah!!! mengantoknya!!! bila kerja malam komfirm ayat ni yang krole biasa dengar dari mulut member-member sepenjawat dan juga mulut krole sendiri ahaks~ huh??? tapi hari lain sikit mengantok sangat mungkin disebabkan nasi lemak yang krole makan tadi pagi, pergh!!! breakfast nasi lemak memang best siap tambah lagi tu!!! balik rumah je tadi lepas buka uniform krole saja baring-baring atas katil nak rehat-rehat sejukkan badan, tapi tak disangka gua terlelap beb... dan ni baru bangun tidur pergh!!! bangun tidur terus update blog, tapi... mata ni mengantok lagi rasanya mungkin kejap lagi nak sambung tidurlah~ kalau tak cukup tidur pergh!!! alamatnya jadi zombielah malam ni masuk kerja. Tapi sebelum itu nak pergi dapur kejap pekena chesse kek yang krole beli semalam hahaha!!!.
Monday, July 11, 2011
Terima Kasih Daun Keladi
Sebelum krole mulakan entri kali ini saja nak beritahu kat korang semua, minggu ini krole kerja malam uwah!!! so masa untuk online agak kurang, kerana masa yang selalu digunakan untuk online diisi dengan aktiviti tidur hahaha!!! ok, disini krole ingin mengucapkan billionan jutaan terima kasih kepada member-member semua yang mengucapkan tahniah kepada krole dalam entri yang sebelum ini, dan disini krole ingin memperbetulkan beberapa perkara~ krole baru saja melangsungkan majlis pertunangan ya bukannya kahwin hehe... kerana ramai yang sangka krole melangsungkan perkahwinan pabila melihat gambar yang krole muat naik hari itu??? dan krole ingin memberitahu kepada semua, kerana ramai yang tanya??? krole akan bernikah pada tanggal 30/09/2011 sekiranya tiada halangan (krole harap tiadalah apa-apa halangan). so kepada member-member yang nak datang nanti amat krole alu-alukan.
Friday, July 8, 2011
Cuti Sudah Habis
Bak kata Aaron Aziz dalam cerita KL gangster "cuti sudah habis bro~" uwah!!! macam sekejap je krole rasa... rasa macam tak cukup pula~ walau apa pun krole tetap bersyukur dapat pulang berjumpa keluarga dan alhamdulillah krole selamat menjadi tunang orang iaitu kepada cik Zianah binti Mohd Yusof a.k.a intan payung krole. Waktu balik tu masa terhad sangat dengan mencari mak andam, mencari pelamin yang sesuai dihati,buat kad kahwin,ukur baju sanding dan akad nikah... wuah!!! kalau nak certia satu-satu pergh!!! senang cerita kesibukkan waktu itu sampaikan krole tak sempat nak update blog hingga nak online facebook pun tak sempat adus, tapi sekarang i'am back!!! so kepada member-member semua tunggu kedatangan krole ya, krole akan terjah blog korang satu persatu ahaks~ ohya ni krole ada upload gambar bertunang krole, ada siapa-siapa yang nak tengok??? amat dipersilakan ya.
Subscribe to:
Posts (Atom)