Untuk pengetahuan anda semua... baru-baru ini krole baru memenangi sebuah tender projek mega yang dikeluarkan oleh Mrs. krole sendiri, iaitu projek mega buaian untuk baby zahrah. Hahaha! projek megalah sangat, so disebabkan diri ini terlampau sangat free hari ini maka projek tersebut krole jalankan seawal pagi tadi. Dengan berbekalkan peralatan seperti "bob the builder" krole mulakan kerja... hm... rasanya nak sejam krole buat tadi pergh! waktu tu sangkaan krole meleset tentang menguruskan projek ini seorang diri... pergh! susah beb! kalau nak diikutkan pasang benda ni memang senang cuma... bila difikirkan yang nak berbuai nanti baby zahrah pergh! kena buat cermat-cermat dan teliti oh!. Nasib baiklah abang krole datang ke rumah tadi memberi bantuan kecemasan, kalau tak...? confirm tak siap projek mega ni hahaha! (itu pun kena paksa baru datang), eh? siapa kata tu? hahaha!.
Terima kasih ya bang sebab sudi tolong tadi... tanpa anda siapalah saya (eh? ini ayat raih undi ni...). Ok! cuba korang tengok gambar kat atas tu... ya! buat pertama kalinya baby zahrah baring didalam buaian yeah!. Tapi tak tahu kenapa? selalunya baby ni kalau dibuai akan terus lena diulit mimpi, tapi... baby zahrah makin kuat menangis pula? kata mak tadi mungkin baby zahrah takut... sebab benda baru kan? so benda-benda begini kena perlukan masa. Ohya! baru kejap tadi krole upload gambar diatas kat laman muka buku hm... banyak juga respond dan yang penting banyak yang beri tips macam mana nak bagi baby cepat biasa dengan buaian ni, antara individu yang memberi tips itu adalah blogger MayaMaswany... huhuhu! terima kasih ya awak, insyallah krole akan cuba praktik semua tu. Oklah krole nak lepak dengan baby zahrah ni so happy blogging semua.
p/s : buai...buai...buaiku laju...