Kalau ditanya siapa yang tak nak berjaya dalam hidup kan? mesti semua insan yang hidup dimuka bumi ini ingin mengejar dan mengecapi kejayaan dalam hayat mereka. Bagi krole dalam hidup ini krole kejari kejayaan yang berupa keselesaan hidup, bukan maksud krole mengejar kekayaan tapi kesederhanaan. Janji krole dan isteri ada tempat berteduh, cukup makan dan pakaian sudah! kalau nak kejar kekayaan ni hm? apa guna banyak duit kalau hidup tak tenteram kan? korang fikir-fikirlah sendiri? dalam mengejar kejayaan perlu ada impian dan dalam mengimpi perlu ada angan-angan dan dalam angan-angan perlu ada usaha. Sekiranya kita boleh berbuat sebgini insyallah takkan ada halangan yang kita tak boleh tempuhi.
Wednesday, November 30, 2011
Nasi Goreng Kampung
Hari ini balik dari kerja je (kerja malam) krole terus menuju ke warung "kak yati", warung ni kira top kat Sg. Jelok ni. Siapa yang duduk di Sg. Jelok ni mesti kenal punya, daya tarikannya adalah melalui menu nasi goreng kampungnya pergh! memang layan beb! bak kata colonel rogers "sedap hingga menjilat jari" hehehe. Korang pula sarapan apa hari ini? chicken chop? lamb chop? wuah! western nampak! hehehe. Krole ni bab makan lebih suka masakan kampung memang selera terutama bila ada ulam-ulaman, teringat masakan mak dan isteri kat kampung uwah! rindunya! tak sabar rasanya nak balik kampung.
Tuesday, November 29, 2011
Masuk Kerja Malam
Aduh penat betul hari ini, baru krole berangan nak tidur awal malam ni tiba-tiba dapat pula panggilan telefon dari jabatan. Begini bunyinya "encik krole kena masuk kerja malam ni ya, orang tak cukup" pergh!!! terima kasih banyak-banyak, buat suara slumber macam tak ada perasaan je. Dahlah tadi pagi krole kena masuk kerja awal gila dalam jam 6 pagi sebab terlibat dalam pengiringan banduan ke mahkamah tinggi Shah Alam, lepas tu kena masuk kerja malam pula aduh! apalah nasib badan? nasib baiklah rezeki krole buat masa ni kat sini, kalau tidak dah lama krole angkat kaki! ada lagi perkara yang buat krole tekanan hari ini.
Mimpi Yang Aneh
Sebenarnya krole ni bukannya jenis yang suka bermimpi dikala tidur, namun tak tahu kebelakangan ini krole sering didatangi mimpi yang aneh-aneh. Dua tiga hari ini krole sering mendapat mimpi yang mana krole didatangi oleh seorang nenek tua yang bisu, mulutnya seperti hendak menuturkan sesuatu namun langsung tidak ada suara kedengaran. Mukanya... susah krole nak gambarkan cuma krole rasa pelik sangat kenapa krole alami mimpi macam ni ya? siap boleh bersambung-sambung pula mimpi seperti ada chapter 1, chapter 2, dan seterusnya? bila sedar dari tidur krole sering menenangkan diri dengan berkata didalam hati yang ia hanya mainan tidur.
Monday, November 28, 2011
Bila Akhir Tahun
Huh!!! hujung tahun macam ni mesti banyak promosi-promosi tahap gila gaban kat mana-mana shopping kompleks diseluruh pelusuk negara kita ni, 50%, 70%, 80% dan 100% (adakah promosi 100% hehehe). Semalam krole pergi jalan-jalan kat sogo dan memang seperti dalam jangkaan kat sana banyak promosi untuk akhir tahunni huh! banyak juga krole beli barang kat sana tapi kebanyakkannya untuk isteri tersayang contohnya seperti beg tangan, baju muslimah, dan minyak wangi hehehe, saja nak bagi surprise kat isteri krole nanti. Lagipun harganya murah sangat waktu ni rugi pula kalau tak beli.
Sunday, November 27, 2011
Aku Memang Gayat
Aduh! krole ni kalau cerita pasal nak pergi tempat-tempat tinggi komfirm tak nak, bukan apa krole ni boleh dikategorikan sebagai seorang Altophobia iaitu takut kepada tempat-tempat yang tinggi, bukan apa banyak pengalaman pahit krole bila ditempat tinggi ni rasanya dari kecil kot krole dah macam ni, contohnya seperti waktu krole first time naik menara KL pergh! termuntah krole waktu tu! memang tak boleh tengok bawah tapi adik-beradik yang nakal waktu tu paksa tengok (mangsa buli) hehehe habis terkeluar semua apa yang ada didalam perut krole hehehe nasib baiklah tak terkeluar usus terus kalau tak komfirm "gol".
Saturday, November 26, 2011
Semalaman di Downtown Cheras
Huargh!!! mengantuknya krole hari ini! mana taknya mengantuk semalam krole temankan member pergi downtown cheras, dia kata nak beli barang sikit tapi... barangnya pun memang sikit tapi nak cari tu pergh! mahu dua tiga jam juga mencari, krole ni kalau bab nak temankan member tak ada hal punya cuma itulah krole lebih suka keluar awal sebab bila keluar awal balik awal hehehe sebab krole dah biasa tidur awal dalam jam 10 pun dah mengantuk sangat so bila temankan member berjalan dalam jam 10 keatas komfirm macam zombie, ke hulu ke hilir krole ikut je tapi kepala otak ni memang ingat kat katil je hehehe.
Friday, November 25, 2011
Senangnya Dalam Hati
Oh senangnya dalam hati kalau beris... ups kalau krole habiskan lagu tu rasanya sampai periuk belanga ni kat kepala hahaha! hari ini krole gembira sangat hehehe nak tahu kenapa? krole ada mohon cuti hari itu untuk bulan disember ni, alhamdulillah memang rezeki krolelah katakan, cuti krole dah lulus tadi pergh! macam nak melompat-lompat je tadi depan pegawai heee~ walaupun tarikh nak balik tu masih jauh tapi krole gembira sangat-sangat. Dapatlah krole balik kampung berjumpa dengan isteri tersayang, terlampau rindu sangat. Sekarangni boleh kata hanphone ni melekat je 24 jam dengan krole hinggakan ada dua tiga orang member tu naik menyampah hehehe... lantak koranglah nanti bila korang dah kahwin korang fahamlah perasaan krole, memang susah bila duduk jauh dengan isteri ni.
Thursday, November 24, 2011
Group Anti Islam
Aduh! kenapa sampai jadi begitu? nak tahu apa yang krole tak puas hati ni? klik sini dan korang baca sendiri komfirm anda pun akan rasa tidak puas hati seperti krole, agak-agaklah diaorang ni "murtad" tu satu hal, siap buat group seperti anti islam kat laman sosial faceebook, krole dah masuk tengok-tengok tadi pergh!!! terbakar juga hati ni baca ayat-ayat dari ahli group tersebut, itu inilah tak betul, walhal kepala otak diaorang yang tak betul, yang krole bertambah angin mereka siap buat group menghina nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW dengan membuat kartun-kartun yang mengambarkan baginda. Tak tahu nak cakap apa lagi, korang terjah je group tu dan buat report agar group itu dipadamkan.
Wednesday, November 23, 2011
Out Station
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua blogger-blogger diluar sana, hari ini krole nak beritahu korang yang krole akan "out station" selama dua hari so rasa-rasanya tak dapatlah krole nak update entri dalam waktu itu, tapi kalau ada rezeki insyallah krole akan update cerita-cerita terkini. Hari ini krole terlibat dalam pengiringan banduan ke mahkamah syariah hulu selangor (bermalam), tak tahulah apa kes pergi sana? selalunya disebabkan kes penceraian dimana isteri si banduan menuntut untuk diceraikan. Doakan krole selamat pergi dan balik ya hehehe biasalah tiap apa yang dibuat mesti ada risikokan? begitu juga dengan pengiringan banduan ni, kena berjaga-jaga sentiasa. Leka sikit silap-silap banduan lari.
Tuesday, November 22, 2011
Bersantai Kalau Boleh
Kalau boleh hari ini krole nak bersantai je kat rumah, hehehe gambar kat atas tu saja buat gempak! bila krole tengok kalendar hari ini dah genap 3 minggu berturut-turut krole masuk kerja, dari shif pagi ke petang, dari petang ke malam, aduh!!! macam tak larat dah badan krole~ kalaulah badan manusia ni guna batteri rasanya dah lama "kong" bateri ni, harap-haraplah hujung minggu ni tak kena tarik kerja malam seperti minggu sebelum ini. Teringin pula nak pergi PD bersantai tepi pantai, relaks-relaks, buat BBQ, dan banyak lagilah aktiviti yang menarik, ni asyik kerja je rasa macam rutin harian krole sekarangni bangun tidur... mandi... pergi kerja... boringkan? nasib baiklah ada blog ni kalau tak ada nak mengadu kat siapa lagi? koranglah jadi mangsa krole hehehe.
Monday, November 21, 2011
Bloglist Baru Krole Dah Siap
Yeah!!! bloglist krole dah siap, sebelum krole meneruskan entri ini krole nak ucapkan jutaan terima kasih kepada member-member yang sudi join kontest kecil dari krole ni. Hari ini krole merasmikan bloglist baru krole ni dan kepada semua peserta ya!!! anda semua berjaya masuk ke bloglist krole (4 orang je join), selamat datang ke krole zone~ krole harap lepas ini traffic korang akan meningkat lebih tinggi berbanding sebelumnya dan lebih lagi dikenali dimata dunia hehehe tapi rasanya korang semua dah popularkan? mesti ramai yang kenal, mana taknya kesemua mereka memang mesra dan mempunyai blog yang menarik serta entri-entri yang best. Nak kenal siapa mereka? jom tengok kat bawah ni.
Kontest : Nak Join Bloglist Krole Boleh?
Sunday, November 20, 2011
Hujung Minggu Yang Tak Best
Argh!!! hari ini hari minggukah aduh!!! nak tahu kenapa krole bengang hari ini? baru kejap tadi krole dapat panggilan dari jabatan yang menyatakan krole kena masuk kerja shif petang hari ini uwah!!! krole kan baru habis kerja malam seminggu aduh!!! masuk petang pula!!! aduh!!! kenapa jadi macam ni!!! kat kad pengenalan krole ada tertera bangsa "bangladeshkah?", bangkla cuti hari ni, sepatutnya hujung minggu macamni kita relaks-relaks kat rumah main game PS dengan kawan-kawankah? jalan-jalankah? tengok TVkah? atau banyak lagilah!!! tapi terima kasih kepada pihak tertentu krole kena masuk kerja hari ini, betul-betul susah nak terima namun apa boleh buat... buat masa sekarang rezeki krole disini.
Friday, November 18, 2011
Selamat Hari Lahir
Hari ini adalah diantara hari yang paling best dalam hidup krole hehehe nak tahu kenapa? sebab hari ini birthday krole yeah!!! pergh!!! waktu balik kerja tadi (kerja malam), bila krole hidupkan handphone terus dapat mesej dari isteri krole yang berbunyi macam ni "selamat hari lahir bang", terkejut krole wuah!!! rupa-rupanya hari ini birthday krolelah!!! aduh apalah tuan badan ni birthday sendiri pun tak ingat hehehe. Lepas tu, sampai je kat rumah macam biasa krole akan on internet tengok apa cerita terkini pergh!!! penuh wall FB krole dengan wish dari member-member huh!!! terharunya!!! seronoknya~ dan ini merupakan hari lahir pertama krole sambut bergelar seorang suami huh!!!.
Thursday, November 17, 2011
Rasa Macam Nak Demam
Alhamdulillah syukur hari ini cerah je cuaca, bolehlah krole jemur kain yang dah terperam semalaman kat mesin basuh tu hehe, tapi hari ini krole bukan nak cerita pasal panas cuacakah? kesan rumah hijaukah? pencairan kutub utarakah? atau banyak lagilah!!! hari ini krole nak cerita apa yang krole lalui hari ini, kesihatan adalah anugerah Allah yang amat bernilai bagi kita, sekiranya Allah hendak menarik nikmatnya itu sekelip mata je. Macam krole semalam ok je, tapi hari ini rasa tak sedap badan macam nak demam. Tengok!!! kejap je kan? so hargailah kesihatan anda sebaik-baiknya dan lakukanlah perkara yang diredhaiNya semasa anda sihat, jangan sampai semua itu kena tarik baru sibuk nak meminta keampunan daripadaNya.
Wednesday, November 16, 2011
Masa Itu Gold
Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua member-member blogger diluar sana. Korang semua perasan tak sekarangni masa bergerak semakin cepat dari masa ke semasa? terutamanya waktu solat yang semakin lama semakin awal? "Masa Itu Emas" rasanya peribahasa ini memang sesuai bagi menggambarkan pergerakkan masa yang kita alami diakhir zaman ini. Masa tidak akan menunggu kita, sekiranya kita lambat komfirm kita akan ketinggalan dibelakang terutama di zaman yang moden ini yang mana kita perlu maju setapak kehadapan setiap masa agak boleh bergerak selari mengikut perkembangan semasa.
Tuesday, November 15, 2011
Budak Sekolah Masa Kini
Budak sekolah masa kini? hm... macam mana krole nak cerita ya? budak sekolah sekarangni tak macam dulu dah!!! budak sekolah sekarangni dah berani sangat dalam menjalankan aktiviti yang tidak bermoral dikhalayak ramai tanpa segan silu berbanding dahulu yang melakukannya secara sorok-sorok a.k.a dibelakang tabir. Tengok gambar diatas tu pergh!!! dengan slumber je hisap rokok ditempat yang terbuka, mesti mak bapa diaorang bangga dengan pencapaian yang anak mereka lakukan ni? heee, kalau nak cari salah siapa hm... rasanya tak perlu kot, pandai-pandailah korang fikir sendiri, yang baik itu semua datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya dari kita sendiri.
Monday, November 14, 2011
Mengikuti Kursus Blog
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua, wuah!!! petang ni sejukkan??? alhamdulillah syukur kerana dianugerahkan rahmat ini kepada kita. Hari ini krole mengikuti "kursus pengurusan blog" yang dianjurkan oleh jabatan krole dengan kerjasama kolej komuniti kajang, pergh!!! rasa macam jadi student balik pula krole, namun best juga dapat belajar pengurusan blog ni secara terperinci al-maklumlah selama ini krole main redah je setting-setting blog ni ahaks. Lagipun krole rasa happening sangat semasa mengikuti kursus tadi dan tenaga pengajarnya pun mesra orangnya, kalau pasal masa pula memang best tak adalah terkongkong sangat. Cuba tengok gambar kat bawah ni.
Sunday, November 13, 2011
Jagalah Solat Sebaiknya
Solat adalah satu daripada 5 rukun islam yang amat dititikberatkan didalam agama islam. Ia merupakan tiang agama dan merupakan pencegah maksiat serta kemungkaran, namun di zaman serba moden kini kadang-kadang kita sering lupa akan tanggungjawab yang diberikan ini, kita lebih leka mengejar keindahan dunia yang sementara hinggakan terlupa untuk "membbuat pelaburan" bagi menjamin tempat di syurga yang hakiki. Cuba korang tengok keadaan masjid-masjid dihari biasa, mesti lengangkan? begitulah gambarannya akan orang masa kini yang semakin leka dan alpa dengan dunia, ok untuk tatapan kita bersama hari ini krole kongsikan "kelebihan menjaga solat" moga kita semua mengambil ikhtibar dan peluang ini bersama-sama, insyallah.
Saturday, November 12, 2011
Sedikit Perubahan
Rasanya dah lama kot krole tak buat perubahan untuk blog ni, bukan apa dari semua aspek bagi krolelah kan??? krole berpuas hati dari rupa dan semua gadget yang krole gunakan. Tapi hari ini krole buat sedikit perubahan hehehe rasanya kalau anda semua masuk blog ni terus nampak perubahan yang krole buat. Ya!!! betul gambar kat "official owner" tu!!! saja krole nak tukar angin asyik tengok gambar dengan paper bag tu boring juga krole jadinya, nak dijadikan cerita gambar tu isteri krole yang shoot heee pandai kan isteri krole ambil gambar, kalau harapkan krole pergh!!! memang kurang berbakatlah katakan. Krole harap anda semua suka dengan sedikit perubahan yang krole buat ni.
Gara-Gara Terlampau Taksub
Assalamualaikum dan selamat pagi semua, alhamdulillah syukur ke hadrat illahi dapat lagi krole menerbitkan entri untuk hari ini dan disini tahniah krole ucapkan kepada dua orang member sekolah krole yang telah selamat bergelar suami semalam, tapi disini krole nak kongsikan apa yang berlaku keatas diri mereka semalam. Mungkin disebabkan tahun ini ramai pasangan yang hendak mendirikan rumahtangga pada tarikh 11.11.11 yang dianggap cantik maka semalam jadi kelam-kabut sikit dikenduri pernikahan member krole, dimana imam lewat sampai dan kurangnya tetamu yang datang. Ada apa juga dengan tarikh tu ya? seperti diagung-agungkan sangat lebih baik kita agung-agungkan bulan-bulan islam? semalam boleh dikatakan pasangan yang mengadakan majlis pernikahan mececah seramai 100 orang, itu dikampung krole je.
Friday, November 11, 2011
Bila Jariku Menari
Assalamualaikum dan salam jumaat kepada member-member semua, dikala kebosanan melanda diri krole jari ini mula gatal untuk menari diatas pentas keyboard ni. Memerah otak mencari idea untuk dikongsikan bersama dengan anda semua, entri dalam sesebuah blog merupakan perkara yang penting untuk menarik pengunjung ke blog anda tidak kiralah sama ada entri tersebut berunsur ilmiah, fakta, diari, dan banyak lagi. Pengolahan ayat adalah penting sekiranya penulisan kita membosankan orang ramai pasti tak berminat untuk membaca entri-entri yang diterbitkan. Dan entri tersebut biarlah benda yang betul dan anda memang pasti dengan kesahihannya bukannya main taip je, takut nanti jadi benda yang bukan-bukan contohnya seperti fitnah pergh!!! percuma dapat dosa.
Thursday, November 10, 2011
Janganlah Menghina Mereka
Sekarangni peminta sedekah boleh diibaratkan satu kerjaya yang amat menguntungkan sehingga ada yang sanggup menubuhkan "sindiket-sindiket peminta sedekah" dan menghantar tenaga pekerjanya ke seluruh pelosok tumpuan orang ramai seperti restoran makan, jejantas, pusat membeli-belah dan banyak lagi. Namun bukan semua peminta sedekah diluar sana seperti itu ada yang meminta sedekah kerana memang betul dia tidak mampu untuk berkerja dari segi zahir dan batin, serta desakan hidup yang membuatnya hingga melakukan "aktiviti" itu. Namun betulkah atau tidak itu terpulang diantara dia dengan Allah Yang Maha Esa. Kita sebagai muslimin dan muslimat sekiranya berkemampuan memang amat digalakkan untuk bersedekah.
Bawa Berbincang
Dunia sekarangni sering kali kita tengok di media cetak dan elektronik tentang keruntuhan rumah tangga? rumah tangga masa kini ibarat satu permainan je, nak tahu kenapa krole kata begitu? cuba korang tengok kat TV dan suratkhabar, bila nak kahwin pergh!!! habis riuh satu dunia tapi tengok sebulan dua dah bercerai wuah!!! apa cer!!! itu kira ok lagi ada pula pasangan yang tak dapat dah terima pasangan siap menyeksa pasangan mereka lagi!!! simbah asidlah!!! pukulah!!! dan yang lebih teruk sampai membunuh!!! memang kita sekarangni dah macam zaman jahilliah, mungkin disebabkan pengaruh-pengaruh dari negara barat kot?
Wednesday, November 9, 2011
Kontest Akan Datang
Cuba tengok banner kat atas tu... kalau anda mengikuti perkembangan blog krole dari mula komfirm anda semua masih ingat banner tu kan??? ya betul!!! itu merupakan banner kontest "nak join bloglist krole???" satu ketika dahulu, chee macam lama je bunyinyakan???. Disebabkan blog krole mengalami masalah baru-baru ini habis hilang semua bloglist krole yang sebelum ini (mohon maaf atas segala kesulitan) so krole bercadang nak buat kontest ini semula, rasanya dalam masa terdekat ni kot, tapi apa-apa pun krole mesti umum juga bila buat nanti, jangan risau dan yang excited tu harap bersabar ya hehehe.
Semakin Pulih
Alhamdulillah syukur walaupun pada mulanya krole risau tahap cipan tapi kini beransur lega kerana member-member blogger ramai dah tahu yang krole dah tukar URL disebabkan domain lama dah expired, hehehe bukan tak nak renew cuma memang tak reti bab ni??? lagipun tak tahulah krole nak kata macam mana??? rasanya seronok juga bila guna balik blogspot ni heee... Harap member-member tak tawar hati pula nak singgah sini lagi ya, ohya kepada member-member yang meletakkan link krole diblog anda bolehlah tukar link tu dengan yang terkini ini ya, kalau sudi??? hehehe... krole tak paksa pun.
Tuesday, November 8, 2011
Berubah Ke Blogspot
Yeah!!! dah berubah ke blogspot!!! hehehe mengada-ngada je krole ni kan??? orang semua gembira bila dapat domain sendiri krole ni pula gembira sebab sebaliknya, wuah!!! cuba korang semua tengok URL krole kat atas hehehe dah tak ada dot com dah!!! sekarangni bermula hari ini krole umumkan yang krole dah kembali semula ke blogspot huh??? domain tu dah expired (menang kontest) so gambar diatas sudah cukup menceritakan bagaimana rasa hati krole heee... pening juga mula-mula nasiblah masih dapat diselamatkan.
Friday, November 4, 2011
Balik Kampung
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua blogger-blogger sekalian. Hari ini krole ada pengumuman penting untuk semua~ hari ini krole balik kampung, alhamdulillah syukur permohonan cuti krole lulus untuk hari raya haji ini dapatlah krole sambut raya haji kat kampung bersama isteri tersayang yeah!!! walau apa pun sebelum terlambat bukan apa takut kat kampung nanti krole tak sempat nak update so krole nak ucapkan selamat menyambut perayaan haji kepada semua muslimin dan muslimat didunia terutamanya jemaah haji yang sedang menunaikan ibadat tersebut.
Thursday, November 3, 2011
Aku Bukan Bodoh
Hari ini krole nak kongsi sedikit pengalaman hidup krole dalam berkawan, kawan ni ada macam-macam ragamnya??? ada kawan waktu susah, ada kawan waktu senang, ada kawan waktu sedih, ada kawan waktu gembira, ada kawan buat kita menyampah dan banyak lagilah!!! hehehe... pengalaman ini krole dapat sewaktu reunion kelas yang kitaorang buat sendiri tahun lalu, waktu tu pergh!!! happy sangat dapat jumpa kawan-kawan lama hehehe ada yang datang berdua (berkahwin) siap ada anak lagi tu!!! tapi kebanyakkannya masih lagi single waktu tu, tapi dalam ramai-ramai tu krole teruja sangat nak jumpa si A ni (nama dirahsiakan), kerana waktu sekolah dulu dia ni boleh dikira BFF lah.
Tuesday, November 1, 2011
Duit Oh Duit
Huh!!! kalau ada sesiapa yang sudi bagi duit banyak macam tu kat krole... komfirm krole tak tolak!!! hehehe... rasanya siapa-siapa pun tak tolakkan??? biasalah dunia sekarangni semakin maju, walaupun "duit bukan segala-galanya" namun "segala-galanya perlukan duit sekarangni", kadang-kadang tu sedih juga krole bila terbaca di suratkhabar yang menyatakan ada individu yang sanggup membunuh kerana duit dan lagi menyakitkan hati orang yang dibunuh adalah darah daging dia sendiri!!! aduh!!! dah macam zaman jahilliyah kita sekarangni kan???. Gara-gara kertas yang bergelar duit habis hubungan keluarga.
Subscribe to:
Posts (Atom)