Ok seperti biasa, kalau aku update malam-malam buta begini mesti nak cerita pasal tak dapat nak tidur hahaha! macam mana nak cerita ni ya? kalau nak diikutkan aku ni tak biasa nak tidur lewat-lewat ni, tapi kebelakangan ni? serius beb! tak tahu nak cakap macam mana lagi, segar bugar saja mata ni. Nak kata krole tidur petang tak juga, nak kata tak kerja berat tak juga, nak kata badan tak letih tak juga hm... memang misteri nusantara betullah! tapi bila krole terbaca komen dari seorang blogger di entri sebelum ini? terus diri ini berfikir "mungkin apa yang berlaku ni ada hikmah disebaliknya". Nak tahu apa blogger tu kata? ok macam ni "nanti dah ada anak... memang tak cukup tidur krole woiii... hahaha biasa-biasakan lah no" hm... betul juga kata rakan blogger tu, mungkin Allah swt nak persiapkan diri krole untuk menyambut kehadiran cahaya mata kitaorang nanti. Terima kasih ya blogger el... komen dari kau buat aku berfikir dan redha diatas ketentuanNya.
Besarnya kuasa Allah swt yang Maha pemurah lagi Maha mengetahui... yang bestnya! walaupun aku lewat tidur tapi serius beb! bangun awal tu! jam loceng tak sempat nak berbunyi aku dah bangkit dari tidur. Selalunya jam loceng tu lah yang membangunkan krole waktu subuh-subuh hahaha! terima kasih jam loceng kerana sentiasa memecahkan gegendang telingaku diawal pagi hahaha!. Oklah terasa macam nak berat dah kelopak mata ni, skrin ni pun dah kabur-kabur sedikit krole tengok, lagipun esok krole kena bawa Mrs. krole pergi buat pemeriksaan lagi kat klinik ibu dan anak, kala ini aku terasa klinik ibu dan anak tu macam rumah no.2 kitaorang hahaha! dan terasa cik doktor kat sana dah macam adik-beradik sendiri, mana taknya bila nampak kitaorang sampai saja... siap sambut kat depan pintu lagi hahaha! oklah... happy blogging semua.
p/s : Zzzzzzzz~