Friday, August 31, 2012

Padah Minum Nescafe

Tersebutlah sebuah kisah... ek??? apa yang krole melalut ni hihihihi. Sebenarnya kalau nak dijadikan cerita sekarangni sepatutnya krole dah masuk tidur sebab esok kena bangun awal kerana nak temankan isteri krole    ke majlis sambutan hari keluarga yang dianjurkan oleh sekolah tempat isteri krole mengajar tapi... tak tahu macam mana mata ni terang saja argh!!! bukan apa awal-awal tadi krole asyik minum nescafe, isteri krole dah nasihat jangan minum terlampau banyak tapi tak tahulah berselera betul krole malamni dengan nescafe, minum punya minum pergh!!! nak separuh jag tu krole seorang habiskan hah!!! kalau tak percaya "tanya sama pokok" hihihi dah melalut dah. Alamak masa pun terasa semakin cepat berlalu aduh dah masuk jam 11 dah ni.

Dari tadi krole asyik pusing kanan, pusing kiri... tapi tak dapat juga nak lelapkan mata ni aduh!!! macam mana nak buat ni, tak kan nak hentak kepala kat dinding kan??? hahaha!!! kalau waktu sekolah dulu kalau jadi kes macam ni senang saja, komfirm krole buka buku teks matematik hihihi selang 10 minit komfirm lelap punya, kalau tak percaya bagi member-member yang masih bersekolah cuba tips ini hihihi... kalau tak jadi itu maknanya korang memang minat kepada mata pelajaran tersebut. Oklah krole nak sambung percubaan untuk menidurkan diri so doakan krole dapat lelap ya hahaha!!! happy blogging semua.




p/s : Zzzzzzzzz

Merdeka Merdeka Merdeka

Krole ingin ucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-55 kepada semua warganegara malaysia... Alhamdulillah syukur rupa-rupanya negara kita ni dah merdeka selamat 55 tahun pergh!!! tapi bagi pendapat krolelah kan memanglah dari segi pemerintahan kita merdeka tapi rasanya dari segi pemikiran dan mental hm... belum lagi kot. Kita cuba tengok dengan generasi pelapis (muda) pada masa kini, pergh!!! dari segi pemakaian pun dah tak melambangkan negara kita, contohnya budaya ikutan that so call "punk" ni pergh!!! rambut pacak, anting-anting kat hidung, baju berlambang NAZI aduh!!! merdekakah macam tu? itu baru sikit sebenarnya banyak budaya luar yang berjaya mempengaruhi generasi muda kita masa kini, alasan mereka bila ditanya akan penampilan mereka adalah "kebebasan"??? hm... tak tahu bebas tang mana tu??? hihihi malaslah krole nak cerita panjang bab ni lagipun korang bukannya tak biasa tengok berita semasa kat tv tu kan? banyak juga masalah sosial yang berlaku dalam negara kita masa kini... terutamanya kes pembuangan bayi... Astagfirullah...

Walhal untuk memerdekakan negara kita ini para pahlawan banyak mengorbankan nyawa dan begitu juga dengan pemimpin yang sentiasa berani memperjuangkan hak tanah air dan melawan penjajah... kerana merekalah kita dapat hidup aman damai sekarangni... hari kemerdekaan ini janganlah asyik ingatkan perarakkan dan konsert kemerdekaan yang diadakan... ingatlah juga akan jasa-jasa mereka... tanpa mereka tak kan ada MALAYSIA, oklah krole out dulu... happy blogging semua~



p/s : merdeka!!!

Tuesday, August 28, 2012

Seronok Sangatkah?

Kadang-kadang krole rasa pelik juga dengan orang muda zaman sekarangni... eh??? kejap-kejap krole ni dah tuakah? hihihi... Bukan apa waktu raya tu krole tengok kenderaan yang paling banyak bertebaran membelah jalan raya (pergh!!! ayat tu) adalah motorsikal. Dan rata-ratanya yang menunggang adalah individu yang berstatus remaja, kalau bab pandu motor konvoi ramai-ramai tu tak apalah... Biasalah dah adat beraya lagi best kalau ramai-ramai kan? tapi... yang tak bestnya bebudak sekarangni bila dah ramai tu adalah seorang dua tu nak tunjuk kehebatannya contohnya seperti aksi whillie, superman, surfing... hm... dan banyak lagilah!!! yang krole panas ada hari tu (waktu beraya dengan wife) tengah krole memandu tiba-tiba adalah sekumpulan budak-budak bermotorsikal "overtake" kereta krole tapi bukan pasal tu krole panas!!! krole panas sebab waktu diaorang memotong tu diaorang siap buat aksi-aksi ngeri lagi argh!!! bengangnya krole... malang kan tak berbau, kalaulah jadi apa-apa waktu diaorang potong kereta krole tu tak kah krole terbabit sekali.

Seronok sangatkah buat benda-benda merbahaya macam tu? kalau merbahayakan diri sendiri tak apalah... lantak kaulah nak buat aksi macam mana pun, tapi yang tak best ni bila orang lain terbabit aduh!!! seronok sangatkah menyusahkan orang lain ni, diaorang fikir bila diaorang whillie-whillie!!! aksi superman tu masyarakat sukalah? makin menyampah tahap nak bagi penampar adalah!!! diaorang ni tak sayang keluargakah? mak bapak? hm... inilah perkembangan zaman kan? oklah krole nak rehat-rehat dengan keluarga dulu, happy blogging semua~




p/s : katakan tak nak kepada rempit!!!

Monday, August 27, 2012

Macam Ni Tak Matangkah

Krole peliklah? kematangan "that so call mature" ni selalunya diukur bagaimana ya? adakah dengan berpenampilan segak berbaju kolar, berkasut kulit dan bertali leher dah cukup membuatkan seseorang itu matang? bukan apa terus terang krole cakap krole ni fanatik anime naruto ni ala senang cerita asalkan kartun krole minatlah hihihi... Bukan apa baru-baru ini ada hamba Allah yang berstatus sahabat krole berkata macam ni kat krole " weii...!!! ko tengok naruto!!! agak-agaklah kau tu bakal jadi bapa budak sudah takkan tengok kartun lagi" siap geleng-geleng kepala lagi tu!!! hm... itu yang buat krole berfikir??? kenapa ya??? adakah kalau krole minat sangat tengok kartun krole ni tak matang??? tang mana yang tak matang tu ya??? pelik bin ajaib betulah?.

Adakah kalau krole tengok berita sahaja barulah diri krole ini di pandang matang oleh kawan-kawan? (matanglah sangat). Susah juga nak kata kan? bagi krolelah benda-benda matang ni tak adalah sampai begitu sekali, buat apa kita nak buat perkara yang kita tidak suka kan? bagi krole menonton kartun seperti naruto ni dapat menenangkan jiwa krole... ada setengah orang tu dengan memancing dan ada juga dengan bermain game... lain orang lain caranya kan?. And for the record krole tengok berita apa cuma kawan-kawan je tak nampak, memanglah tak kanlah bila krole nak tengok berita kat TV krole kena call beritahu semua kawan-kawan...

Hihihi... Benda ini jugalah selalunya kawan-kawan krole kata yang diri krole ini tak matang, sebab krole ni minat gila kat domo ni... sebelum domo ni top kat malaysia krole dah lama minat... Koleksi tu alhamdulillah adalah sikit, tapi kadang-kadang gara-gara benda macam ni jugalah kadang-kadang kawan-kawan suka mengata... Argh!!! lantaklah janji diri kita suka kan? buat apa nak fikir apa yang orang fikir? kalau benda yang kita buat tu salah tak apalah... tapi kalau dah benda simple macam ni je.. hm... rasanya janji diri kita happy kan? ok happy blogging semua.





p/s : domo mmg cute~

Selesai Akhirnya

Walaweh!!! rupa-rupanya susah juga isi borang ni, hihihi sebenarnya krole baru siap mengisi borang permohonan lesen perniagaan... pergh!!! tak sangka nak isi borang yang hanya dua tiga keping tu mengambil masa hampir sejam aduh!!! macam nak patah pinggang krole ni, mana taknya sejam tak bergerak... duduk menghadap borang tu. Padahal soalan-soalan kat borang tu tak adalah susah sangat, tak adalah sampai tahap peperiksaan SPMkah? STPMkah? DIPLOMAkah? tapi... tak tahulah kenapa pening juga kepala krole nak mengisi tadi, mungkin takut silap isi maklumat-maklumat penting kot. Yang penting benda tu dah setel dan hati krole yang tak tenteram dari tadi dah kembali aman alhamdulillah (harap-harap tak ada yang silap).

Sebenarnya krole ada plan nak buka sebuah perniagaan, sebab tulah krole memohon lesen perniagaan ni... rupa-rupanya rumit juga nak mohon lesen ni kan??? maklumlah ini merupakan pengalaman pertama krole berurusan bab-bab lesen niaga ni... krole bukan apa saja nak berniaga nak tambah income... kos hidup sekarangni semakin meningkat dari masa ke semasa so sekurang-kurang kalau ada perniagaan dapatlah cover sikit perbelanjaan keluarga krole. Apa-apa pun ayah krole selalu pesan bab berniaga ni jangan kelam-kabut, kena plan betul-betul dan dalam masa yang sama kena berani... Insyallah nasihat ayah akan krole ingati... dan yang paling utama jangan lupa memohon kepadaNya kerana rezeki itu semua pemberian daripadaNya amin. Oklah nak rehatkan otak dulu, happy blogging semua.



p/s : leganya~

Saturday, August 25, 2012

Pening Sepening Peningnya

 Kalau difikirkan betul-betul hidup kita ni amat singkat sekali, apa-apa boleh berlaku kepada kita dalam sekelip mata sahaja. Pepatah ada menyatakan "sediakan payung sebelum hujan"... Hmm.. pepatah inilah yang memeningkan kepala krole masa ni, krole bersyukur yang krole mempunyai kerja yang stabil sekarangni namun sekiranya satu masa rezeki krole bukan disana lagi pergh!!! tak tahu krole nak buat apa??? bukan apa sebenarnya baru-baru ni ada sahabat krole diberhentikan kerja atas alasan-alasan yang tertentu, walhal beliau dah berkerja lebih dari 8 tahun tapi gara-gara satu kesilapan je dah kena buat macam tu, tu yang krole fikir kalau krolelah ditempat beliau argh!!! nak buat apa ya???

 
Sekarangni baru krole terfikir yang diri krole yang kerdil ni tidak mempunyai apa-apa kemahiran atau kelebihan pun yang boleh dijadikan sebagai mata pencarian... Macam sekarangni krole ada perancangan untuk membuka sebuah perniagaan ala untuk jaminan masa depan kiranya hihihi, tapi krole tak tahu nak buat perniagaan apa? nak buka cybercafe krole ni buta IT sikit (kira tak prola~), nak buka kedai cake tak tahu pula nak masak kek? nak buka bengkel... krole tak reti bab-bab enjin ni... Hm... Bisnes apa ya? pening juga kepala krole. Oklah krole ciowlu nak cari idea hihihi... Happy blogging semua~



p/s : tajuk cam lagu dangdut~

Wednesday, August 22, 2012

Akibat Mengidam Maggie

 Sebenarnya petang tadi isteri krole mengidam nak makan maggie perisa kari, so lepas solat maghrib je krole start kereta dan keluar ke pekan sekejap untuk mendapatkan benda yang bernama maggie kari tersebut. Walaupun dalam hati krole terdetik kerisauan kerana risau akan kesan sampingan terhadap isteri krole yang tengah mengandung, krole terpaksa beli juga bagi menghilangkan rasa mengidamnya. Tak sampai hati krole tengok, cuma krole pesan kat isteri makan maggie tu sikit-sikit je, asalkan dapat hilangkan rasa mengidam yang dialaminya, Sekembalinya krole dari kedai, sepantas kilat dan dengan semangat yang berkobar-kobar isteri krole memasak maggie tersebut... Sekelip mata saja maggie tadi terhidang di depan mata krole, lepas itu kitaorang pun makan, waktu tu krole tengok muka isteri krole gembira sangat ibaratkan senyum sampai ke pipi hihihi, kalau isteri krole gembira krole lagilah beribu-beribu lemon gembira.

Tapi tak sangka pula, selang 30 minit kot... Sewaktu di bilik krole terdengar bunyi muntah-muntah di bilik air yang bersebelahan dengan bilik tidur krole??? rupa-rupanya isteri krole yang muntah tu alamak!!! cuak juga krole waktu tu, tambah-tambah lagi apabila terlihat rupa isteri krole yang merah padam waktu tu hinggakan terkeluar air mata... Hinggakan isteri krole nak berdiri pun dah tak larat, pening katanya... Mesti ni kesan sampingan dari makan maggie kari tadi??? ni pun krole baru lepas dodoikan isteri krole, alhamdulillah syukur  dapat juga isteri krole tidur, tu yang terus ambil peluang update blog tu. Bukan apa nak juga tanya member-member blogger wanita yang dah berstatus IBU... Tak apakan makan maggie kari waktu mengandung ni??? risau juga krole ni??? harap ada yang boleh tolong, happy blogging semua.



p/s : risau~

Tuesday, August 21, 2012

Al-Kisah Raya Ke-3

Hari ini seawal subuh krole dan wife dah bangun dari tidur, bukan apa saja nak kemas-kemas sikit rumah menyapulah, mop lantailah, dan banyak lagilah!!! hihihi seronok juga sekali-sekala macam ni, rasa segar je badan ni, mana taknya segar, awal pagi dah keluar peluh berbaldi-baldi ups??? hihihi... Bila kita tengok rumah kita bersih huh??? terasa berbaloi semua penat lelah tadi yeah!!! yang krole risau cuma isteri krole ni, dia ni jenis yang suka buat kerja rumah??? cuma buat masa sekarangni krole memang larang keras daripada buat kerja-kerja yang berat maklumlah wife krole ni kan pregnant~ 

Lepas mengemas tadi bermulalah aktiviti didapur, kalau area tu je hah!!! krole pula kena dengar cakap isteri krole hahaha!!! tadi kitaorang potong sikit bawang, em.... alamak!!! itu je yang krole tahu... yang lain tu tak tahu apa namanya??? hm??? sebab isteri krole kata dia nak masak kari ayam hari ini, yeah!!! lagipun mungkin ramai member-member datang beraya hari ini.

 Sebut pasal orang datang beraya ni huh!!! kalau cerita pasal anak buah krole yang banyak hingga tak terkira tu wuah!!! memang meriah bila datang beraya segala kerusi, meja, hingga almari dipanjatnya??? hahaha!!! tak tahu kenapa begitu, mungkin diaorang rasa kerusi meja krole ni macam rupa gunung kinabalu kot? hahaha!!! tapi bila krole keluarkan duit raya je pergh!!! sekelip mata bro... beratur dah depan mata, magik... magik... Oklah krole ada kerja sikit ni, so jumpa lagi di entri akan datang, happy blogging semua~




p/s : wuah!!! bersihnya rumah!!! suka-suka!!!

Monday, August 20, 2012

Kenyang Makan Kuih Raya

Burp!!! alhamdulillah kenyangnya perut krole ni hihihi... Baru krole perasan dari semalam hingga hari ini krole tak makan nasi? wuah!!! beraya sakan katakan, kenyang makan kuih raya saja. Boleh kata dalam perut krole ni penuh dengan bermacam-macam perisa kuih, strawberyla, vanillalah, kacanglah, coklatlah... hm... senang cerita macam-macam ada (ups sori ASTRO terpinjam trademark korang pula). Dan kalau cerita pasal air wuah!!! komfirm perut ni penuh dengan minuman bergas pelbagai jenama hahaha!!! naik kembung dah perut ni hahaha!!! malam ni krole and wife balik rumah awal berbanding semalam, tak larat dah nak beraya, nak jalan pun rasanya macam dah tak mampu.

Gambar kat atas tu memberi sedikit gambaran akan diri krole dikala ini, hihihi... kenyang betul siot!!! hm??? esok beraya harap-haraplah ada yang akan serve air mineral tak pun air milo... janji bukannya air bergas hahaha!!! Oklah krole nak ciowlu... Ada kerja sikit nak dibuat, so happy blogging semua.




p/s : kenyangnya~

Ceritera Hari Raya


Wuah!!! bestnya hari raya tahun ni!!! meriah sangat-sangat!!! macam mana pula dengan raya korang??? mesti lebih meriahkan??? dari semalam hingga hari ini pergh!!! ramai keluarga krole dan isteri datang beraya kat rumah dan tak terlupa juga kenalan-kenalan dan rakan sepenjawat pergh!!! pendek kata memang malatoplah katakan!!! hahahaha!!! ni pun tengah krole update blog ada tetamu kat luar tu tapi kebanyakkannya kawan-kawan isteri krole so krole minta "time off" kejap kat isteri tersayang hihihi. Bukan apa dalam jam 3 kot member-member krole nak datang beraya, waktu tu bolehlah isteri krole rehat-rehat kejap juga.

Oklah guys and gurlz my wife calling~ nak minta bantuanlah tu hihihi, kesian isteri krole tu... Kalau ada masa nanti krole buatkan entri panjang sikit, Sebelum krole mengundur diri krole dan isteri ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua member-member blogger. Assalamualaikum, happy blogging semua.


p/s : tu tema baju raya tahun ni, cantik tak???

Saturday, August 18, 2012

Selamat Hari Raya

Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi, esok raya yeah!!! detik cemas sewaktu pemegang mohor raja-raja mengumumkan tarikh hari raya tadi memang boleh memberhentikan jantung sebentar pergh!!! walaupun ramai yang menyangka esok komfirm hari raya namun... tiada yang mustahilkan dalam dunia ni??? huh!!! alhamdulillah dah rezeki kita esok raya yeah!!! sekali lagi!!! yeah!!!. Ramadhan kali ini krole bersyukur sangat kepada Allah S.W.T kerana memberi kesihatan dan memudahkan diri krole dalam menunaikan puasa pergh!!! penuh bro puasa tahun ni, memang krole terharu tahap gaban dah sekarangni, tambah-tambah lagi bila kedengaran takbir raya di udara pergh!!! terasa kepuasan yang tidak dapat krole nak terangkan dengan kata-kata. Cuma hati ini rasa bersyukur sangat.

Tapi dalam kita bergembira jangan sekali kita lupa akan saudara-saudara kita yang hidup dalam kesusahan, puasa ini mengajar kita akan sedikit kesusahan dan kesulitan yang mereka hadapi, doakanlah mereka agar dipermudahkan urusan dan dilimpahi dengan rezeki insyallah, amin. Oklah krole nak tolong family kejap mengemas-gemas rumah untuk persediaan menyambut hari raya esok so jumpa lagi di entri akan datang, happy blogging semua.



p/s : selamat hari raya semua~

Friday, August 17, 2012

Kena Buat Pilihan

Dimana Ramadhan sudah sampai ke penghujungnya, dimana orang ramai ingin bergembira untuk meraikan kejayaan berpuasa selama sebulan dan menyambut tibanya hari lebaran, krole dalam kebuntuan... Rasanya situasi krole sekarangni boleh diibaratkan sebagai hm... ala... tak ada idea pula!!! bingung kepala otak krole ni argh!!! krole pun tak dapat nak ceritakan kepada korang semua cuma, benda ni krole kena setelkan secepat mungkin kerana ia melibatkan masa depan keluarga krole, krole kena buat pilihan? tapi... krole takut silap buat pilihan? harap korang sudi doakan terbaik untuk krole ye~ eh cam ayat boboiboy pula, krole saja upload gambar boboiboy tu sebab kartun ni sebenarnya banyak beri pengajaran kepada kita tentang kehidupan seharian, persahabatan, kekeluargaan dan banyak lagi.

Dalam hidup kita ni pasti akan tiba satu ketika dimana kita kena buat beberapa pilihan penting, bagi yang membuat pilihan tepat alhamdulillah komfirm berjaya dan tak menyesalah beliau... tapi kalau buat pilihan tak tepat pergh!!! menyesal sampai kesudah... Begitulah kot situasi krole sekarangni secara ringkasnya... aduh!!! poning kepalo eden!!! oklah sebelum kepala ni meletup kerana terlampau fikir dek topik yang krole tak berapa dapat nak terangkan ni, baik kita ramai-ramai pakat pergi terawikh... Manalah tahu boleh dapat petunjuk daripadaNya, oklah semua happy blogging semua~



p/s : yang mana satu???

Friday, August 10, 2012

Minggu Yang Sibuk

 Wuah!!! penatnya badan krole ni!!! boleh kata minggu ni lepas kerja je krole keluar shopping raya dengan keluarga pergh!!! berpeluh-peluh krole shopping dan dompet pun semakin nipis argh!!! nasib baiklah kerajaan bagi bonus yeah!!! ringanlah sikit beban... terima kasih kerajaan... minggu ni saja rasanya dah bermacam-macam kueh dan biskut raya krole beli dan menurut isteri yang tersayang stok tu semuanya belum cukup, hah??? belum cukup!!! hihihi biasalah tahun ini kan kitaorang first tme sambut raya dengan gelaran suami isteri ni hihihi... Krole pun cuak juga tapi apa boleh buat krole ni kan ketua keluarga so kena bersikap cool selalu walaupun kadang-kadang tu rasa cam nak meraung guling-guling je dalam hati.

 Hah ni lagi satu... Sebenarnya tahun ni krole plan nak beli je baju melayu raya ni, bukan apa krole rasa sekarangni banyak sangat orang berniaga baju melayu raya ni dan boleh kata designnya pun cantik-cantik belaka, tapi yang peliknya sampai sekarangni krole belum jumpa lagi baju yang berkenan kat hati argh!!! nak menyesal pun tak ada guna lagi. Tapi tak apa puasa ada semiggu lagi so kena usaha lebihlah nampaknya hihihi... ok itu kita tolak tepi kejap.

Yang penting ni... Ala gambar kat atas tu!!! ya betul!!!... shopping-shopping juga... rumah jangan pula lupa nak hias... Aduh apa boleh buat kan? raya hanya sekali tapi berbelanjalah ikut kemampuan, semua orang nak terbaik tapi bukan semua orang mampu so faham-fahamlah, macam krole tahun tak adalah sangat bab rumah ni, cuma beli langsir dan alas meja baru je hihihi, excited ni nak tukar biar rumah krole berwajah baru. Oklah krole nak gerak dah ni, biasalah kat sabah ni awal waktu berbukanya berbanding semenanjung so krole nak serbu bazzar sat no, happy blogging semua.



p/s : dompet semakin nipis???alamaks???