Friday, February 28, 2014

Tanda-Tanda Sebelum Kita Meninggal Dunia

100 hari sebelum kematian :
-Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. 

40 hari sebelum kematian :
-Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika. 

7 hari sebelum kematian : 
-Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan. 

3 hari sebelum kematian :
-Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan. 

1 hari sebelum kematian :
-Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya. 

Hari kematian :
-Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Moga perkongsian ini menjadi renungan untuk kita bersama. Kerana hidup ini hanyalah sementara manakala mati itu adalah suatu yang pasti. Seimbangkanlah kedua-duanya... InsyaAllah kita semua akan mengecapi kejayaan dunia dan akhirat. Assalamualaikum dan happy blogging semua.


p/s : ingat-mengingati amalan yang mulia~

Thursday, February 20, 2014

Dia Pelengkapku

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Aisyehmen... nak cerita jiwang sikit malam ni hihihi. Ok! sebelum krole berkahwin dulu serius beb! hidup krole ni macam tak ada hala tuju... target apa benda pun tak ada. Tapi bila dah berkahwin dengan Mrs. krole ni... pergh! serius beb! kalaulah badan ni larat... semua kerja krole nak buat. Bukan kerana nak mewah... cuma kalau boleh... nak bagi isteri dan anak tersayang hidup dengan selesa. Hidup dengan selesa tu tak adalah sampai duduk rumah banglo 3 tingkat atau belikan perhiasan emas dari kepala sampai ke kaki (tak mampu). Bagi krole... asalkan cukup pakai, cukup makan, dan cukup keperluan... krole dah bersyukur sangat.

Kadang-kadang bila tengok rakan-rakan update di facebook... hadiahkan baju mahal, gadget mahal untuk isteri pergh! dalam hati ni selalu terlintas "alangkah baiknya kalau aku pun dapat bagi macam tu kat Mrs. krole". Tapi tak apa kan? rezeki masing-masing... krole bersyukur sangat... kadang-kadang krole terkata juga kat Mrs. krole tentang perkara ni. "Maaf ya yang... abang tak mampu nak beli benda-benda macam tu untuk ayang". Tapi selalunya Mrs. krole akan kata macam ni "tak apa bang... bukannya penting pun benda tu". Serius beb! bila terdengar ayat tu terasa macam nak menangis je... sebab mustahil seorang wanita tak ada punya keinginan untuk memakai pakaian cantik... perhiasan emas... dan banyak lagi. 

Krole bersyukur sangat dari awal perkahwinan hingga ke hari ini Mrs. krole sentiasa memberi semangat kat krole untuk berusaha agar maju dalam hidup. "Dialah pelengkap dalam kehidupanku", dan.... hurm! alamak... baby zahrah menangis... so krole out dulu... hihihi... happy blogging semua.


p/s : sayang sangat-sangat Zianah binti Mohd Yusof (Mrs. krole) dan Nur Zahrah (baby zahrah)~

Wednesday, February 19, 2014

Rezeki Masing-Masing

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... teringin pula nak cerita pasal benda ni, sebenarnya tadi... krole ada bersembang dengan kawan bab benda ni. Waktu tengah berjualan tu tiba-tiba datang kawan krole datang. Sambil menepuk bahu krole dia berkata "krole... kan best kalau kita ni kerja pejabat hihihi". Aduh! nak tergelak krole waktu tu... dahlah kelulusan pun krole tak ada... nak kerja pejabat macam mana? hihihi. Sembang punya sembang... tiba-tiba... kawan krole tadi kata "kalau kau ni kerja JPJ atau Imigresen mesti kau ni segak krole". Ahahaha! tergelak beb! tapi... dalam tergelak tu terbayang juga pergh! mesti smart dapat pakai uniform, baju kot, kasut kilat hurm... tapi semua tu hanya mainan angan-angan krole je.

Rezeki kita ni Allah SWT dah tentukan sebaik-baiknya untuk kita... ada yang jadi polis, ada yang jadi doktor, ada yang jadi peniaga runcit, ada yang jadi penjual ikan, ada yang jadi tukang kilat kasut... semua itu adalah ketentuan daripada Allah. "Kenapa Allah tak takdirkan aku jadi doktor?" pergh! persoalan ini biasa krole dengar dari kawan-kawan. Jawapannya mudah saja... Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita... dalam hidup ni Allah dah sediakan banyak jalan untuk kita... tinggal kita je yang nak pilih jalan tu. Apa pun pilihan kita itu adalah yang terbaik pemberian daripada Allah. So sebaiknya bersyukur dengan apa yang ada dan berusaha sebaiknya untuk mencari rezeki halal yang telah Allah sediakan dimuka bumi ini. Kalau difikirkan secara logik pun... kalaulah semua ditakdirkan jadi doktor so tak adalah orang yang berjual ikan kan? ahahaha! begitulah juga sebaliknya. Sebaik-baik perancang adalah Allah SWT. So happy blogging semua.


p/s : ada rupakah krole ni kalau kerja pejabat? hihihi~

Monday, February 17, 2014

Memilih Bulu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, alhamdulillah banjir di Pekan Beaufort semakin pulih hari ini... pagi tadi sempat krole ronda-ronda ke pekan... pergh! banyak lelong beb!. Kebanyakkan kedai-kedai yang terkena banjir semuanya melelong barang hari ini. Alhamdulillah ada juga rezeki krole sekeluarga shopping sakan hari ni. Bajet RM50 je tapi barang pergh! macam beratus-ratus punya harga hihihi. Ok! nak cerita sikit pasal berebut nama ni... tadi sempat krole ke pusat pemindahan mangsa banjir.

Nak jenguk keluarga yang masih ada kat sana... kebetulan pula hari ini ada pemberian bantuan berupa wang kepada semua mangsa banjir kat sana daripada sebuah parti politik ni. Alhamdulillah... tapi... rupa-rupanya pemberi sumbangan tersebut memilih bulu? hanya mangsa banjir yang sama bendera politik saja yang terima bantuan tersebut. Manakala yang lain bendera... hurm... senang cerita tak dapat?. Pelik betul sekarangni... itulah dalam kamus hidup krole ni... memang tak berapa minat sangat benda-benda politik ni. Banyak negatif berbanding positif. Argh! malas nak cerita panjang bab ni... cuma disini krole nak nyatakan agak terkilan bila tengok pemimpin yang dinaikkan rakyat berbuat begitu kepada rakyatnya. Oklah... krole out dulu, happy blogging semua.


p/s : terima kasih kepada yang ikhlas membantu~

Sunday, February 16, 2014

Dalam Sekelip Mata

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, pelik manusia ni kan? dalam sekelip mata saja segala kebaikkan kita selama ini tak dihargai... kenapa krole kata macam tu? ok nak cerita sikit ni. Kejadian ini berlaku pagi tadi. Tengah krole lepak-lepak santai kat rumah tadi.. tiba-tiba datang seorang hamba Allah yang bergelar sahabat baik krole kat sini. Datangnya membawa hajat, iaitu nak pinjam kereta krole... sambil membuat muka panik beliau berkata "krole... boleh pinjam kereta kau tak? aku nak bawa isteri ke hospital... isteri aku sakit". Pergh! terkejut krole waktu tu tapi... sahabat krole seorang ni tak ada lesen kenderaan so krole beritahu kat dia yang krole tak dapat nak pinjamkan kereta tu.

Tapi krole tawarkan diri untuk bawa beliau dan isterinya ke hospital cuma... macam ni katanya "tak apa... menyusahkan kau saja... pinjamkan saja kereta tu". Krole pun kata kat beliau alasan yang sama sebab... beliau tak ada lesen kenderaan so krole tak berani nak pinjamkan... kalaulah ada roadblock? panjang ceritanya nanti. Tiba-tiba sahabat krole ni naik marah... sambil beredar dia kata "haish... kedekutlah kau ni". So dipendekkan cerita... krole pergi ke rumahnya... tapi beliau tak ada... yang ada isterinya... lagi misteri isterinya sihat walafiat je... bila krole tanya mana suaminya... dia kata belum balik lagi...? aik! pelik manusia macam ni. Apa-apa pun krole dah mesej beliau... cuma belum ada respond dari tadi... tapi tak apa... itulah warna-warni kehidupan kan? mesti ada hikmah semua ni. Happy blogging semua.


p/s : banjir di pekan beaufort makin surut... alhamdulillah~

Saturday, February 15, 2014

Terkini Banjir Di Beaufort

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Begini rupa pekan Beaufort hari ini. Boleh kata seluruh pekan Beaufort sudah dinaiki air hari ini. Mengikut cerita orang-orang lama kat sini... dulu sekitar tahun 1980-an pernah terjadi banjir seperti ini sekali. Kini peristiwa tersebut berulang semula... pagi tadi krole and the gang ada cuba nak ke pekan dengan menaiki kenderaan 4 wheel tapi... disebabkan arus air terlampau deras pergh! tak berani beb!.

Gambar-gambar ni pun krole dapat atas ehsan perkongsian dari rakan-rakan difacebook. Gambar kat atas ni adalah TM centre... pergh! sekejap je air naik hingga paras macam ni.

Ini pula gambar pejabat pos kat pekan Beaufort... pejabat pos ni mempunyai bawah kolong... tapi... korang tengok sendiri... setahu krole... ketinggian bawah kolong pejabat pos ni sekitar 7 ke 8 kaki... hurm... 

Ini pula gambar jalan kat kampung krole... semakin naik dan deras airnya... tengah krole taip entri ni pun... hujan lebat beb!. So agak risau juga bila lihat tahap air yang kian meningkat ni. Dewan-dewan serbaguna kat kampung krole pun dah penuh dengan mangsa banjir dari kampung sebelah. Moga Allah permudahkan tiap urusan mereka. "Pray For Beaufort"... krole  gerak dulu. Happy blogging semua.



p/s : Ya Allah... jadikanlah hujan ini rahmat buat kami semua~

Friday, February 14, 2014

Pray For Beaufort

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Ok! ini sambungan dari entri krole semalam... Kalau tengok gambar kat atas ni rasanya korang boleh bajet dah kan...?. Hari ini paras banjir di Pekan Beaufort semakin meningkat berbanding semalam... kalau tak silap krole dah lebih dari paras merbahaya dah. Allahuakhbar... dalam sekelip mata saja... Pekan Beaufort ditengelami air banjir. 

Menurut sumber dari kawan-kawan krole... hampir 95% kawasan Pekan Beaufort dah dinaiki air banjir. Ok! gambar kat atas ni adalah Pasar Tani Pekan Beaufort... pergh! tenggelam habis beb!. Menurut laporan lagi... semalam rupanya ramai mangsa yang terperangkap di Pekan Beaufort. Syukur ramai sukarelawan dan bantuan dari jabatan beruniform (bomba, polis, kesihatan, dan lain-lain) memberikan bantuan. Setakat ini tiada kes kematian dilaporkan.

Semalam krole ada ambil gambar stesen minyak ni... Pergh! dah tenggelam beb!... stesen minyak ni sebaris dengan stesen keretapi Beaufort... Cuma tak dapat gambar dikawasan sana sebab air terlampau deras sekarangni. 

Ini pula jalan nak ke kampung krole... pagi ini sempat pergi melihat perkembangan kat sana. Ternyata air semakin naik. Sekarangni kalau kereta-kereta kecil tak dapat dah nak lalu kawasan ni... kereta besar macam 4 wheel, lori 10 tan, dan sebagainya je yang boleh. Sebab pagi tadi... ada 2 buah motorsikal cuba meredahi air banjir ni... keputusannya? hanyut beb! nasib baik sempat diselamatkan orang dan motorsikal tu... So harap kawan-kawan blogger... doakanlah agar keadaan di Pekan Beaufort ni kembali pulih. Ok! krole nak ronda-ronda kejap so happy blogging semua.



p/s : antara banjir teruk yang pernah dialami oleh warga Beaufort

Thursday, February 13, 2014

Pekan Beaufort Dilanda Banjir

Assalamualaikum... aha! kat entri sebelum ni krole ada kata yang pekan kitaorang dilanda banjir?. So atas ehsan daripada kawan-kawan yang rajin menjenguk perkembangan kat pekan tadi... dapatlah krole share dengan korang semua. Boleh kata hampir 70% kawasan pekan beaufort dah ditengelami dengan air. Sedangkan pagi tadi... krole tengok dah teruk... sekali petang pergh! bertambah-tambah pula naiknya.

Disebabkan beberapa jalan utama di pekan beaufort ni ditenggelami dengan air so memang jem beb!. Sedangkan pagi tadi... krole nak keluar dari pekan pun mengambil masa selama 40 minit pergh! dah macam jem kat kajang... uh! kajang? wah... rindunya waktu duduk kat sana hihihi.

Ini pula ada diantara stesen minyak yang dinaiki air banjir... pergh! nasib baik kat pekan ni ada banyak stesen minyak. Kalau tak... pergh! confirm orang-orang yang pakai kereta dan motor menangis-nangis sambil menyanyi lagu-lagu sedih kat tepi tu hihihi. Oklah... sebelum krole melalut lebih panjang... doakanlah agar banjir ni akan cepat surut. So happy blogging semua.



p/s : banjir oh banjir~

Program Perarakkan Maulidurrasul Peringkat Daerah Beaufort

Assalamualaikum... huh! panjang betul tajuk tu kan hihihi. Ok! sebenarnya hari ini kat tempat krole ada program perarakkan Maulud Nabi... memang meriah beb! banyak juga krole tengok jabatan-jabatan kerajaan join... contohnya seperti JHAEINS, JAKIM dan hurm... tak ingat dah ahahaha!. Walaupun hari ini cuaca agak mendung sedikit namun alhamdulillah program ni berjalan dengan lancar. Oya! cuba tengok gambar kat atas tu... hah! yang pakai baju hitam tu adik krole hihihi... diaorang ni wakil dari JAKIM. Pergh! seronok sangat tengok diaorang ni.

Oya! lupa pula nak beritahu kat korang semua... kat tempat krole sekarangni banjir... so bila nampak orang ramai sanggup turun untuk memeriahkan program yang mulia ni pergh! memang bangga beb! dengan warga pekan Beaufort. Hurmmm... alamak! lupa pula... krole ada kerja sikit ni ahahaha! (sebenarnya tak ada idea) so happy blogging semua.


p/s : babai~

Wednesday, February 12, 2014

Segmen 12 Jam Bloglist #7 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Mac dan April 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 12 Februari 2014, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #7 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 28 Februari 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Telefon Jatuh Sakit

Assalamualaikum... yes! akhirnya dia buat hal juga ahahaha!. Tengok tajuk mesti boleh buat peminat gadget gerun kan?. Ni nak cerita ni... semalam waktu krole tengah guna telefon kesayangan tiba-tiba... pup! meletop? jatuh?... hihihi taklah... tiba-tiba skrin jadi gelap pergh! kelam-kabut krole dibuatnya waktu tu... mana taknya... nak beli baru tak mampu... so waktu pulang ke rumah terus krole mengadu kat Mrs. krole. "uwah...! uwah...! ayang...! telefon abang rosak" hahaha! ok! yang bab menangis tu tak ada... saja tambah-tambah.

Dengan tenang Mrs. krole menjawap "abang ni pun... kan telefon tu masih ada warantty". Bling (terus timbul icon lampu atas kepala)... kira macam dapat ilham da... So pagi tadi krole terus ke samsung centre. Alhamdulillah... doktor samsung kata telefon krole sakit biasa saja. "oooo... ini tak ada masalah tuan... dia punya *&&^%$ (tak ingat namanya) je yang rosak, kami akan ganti baru" kata doktor samsung tadi. Pergh! lega hati nurani ni beb!. So hari ini telefon krole ditahan dihospital samsung, kata doktor samsung... esok dah boleh ambil yeah!. Hahaha! so hari ini... krole kembali ke zaman batu (amboi). Oklah tu je nak cerita pun... moral of the story... jagalah gadget anda sebaik mungkin huhuhu. Happy blogging semua.


p/s : gatal pula jari ni nak slide-slide telefon~

Tuesday, February 11, 2014

Angan-Angan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Huhuhu... kalau ditanya kat siapa-siapa pun hurm... siapa yang tak ada angan-angan kan?. Kalau topik ni dijadikan modal bercerita di kedai kopi pergh! confirm meriah beb! sampai ke sudah tak akan selesai cerita. Ada yang nak ke bulan, nak jadi kaya (selalunya), nak jadi popular dan banyak lagi. Seperti diri krole ni pun serius beb! ada angan-angan juga hihihi... siapa yang tak nak berjaya dunia dan akhirat kan?. Bila krole berjualan kat tapak tamu mingguan... selalunya krole tertarik bila melihat karenah orang lalu lalang dihadapan tapak jualan krole. Gelak tawa mereka sering menarik perhatian. 

Seperti kelmarin... sewaktu berjual, krole ada ternampak satu keluarga ni... seronok tengok bila si ayah tengah mendukung anaknya dan si ibu tengah memayungkan suami dan anaknya. Gelak tawa mereka boleh membuatkan hati ini turut tumpang gembira. Si ayah berpakaian kemas seperti gaya-gaya seorang yang berkerjaya besar, si ibu pula berpakaian cantik ala-ala artis begitu, dan si anak pula berpakaian branded kanak-kanak (kalau tak silap kiko). Pergh! tibat-tiba diri krole ni terbawa ke alam angan-angan seketika... dimana krole lihat keluarga krole seperti itu juga. Wah! bestnya (walaupun hanya angan-angan).

Tiap hari krole berangan untuk memberikan yang terbaik kepada keluarga krole... nak bagi pakaian yang cantik-cantik kat Mrs. krole yang tercinta, nak belikan pakaian yang branded-branded untuk baby Zahrah. So tanpa mengenal penat lelah krole cuba berusaha sekuat mungkin... macam-macam kerja krole cuba buat dan kadang-kadang hinggakan berjualan kat tepi jalan. Walaupun penat selalunya krole kuatkan diri dengan ayat seperti ini "tak apa diri aku yang susah... jangan isteri dan anakku susah". Hurm... angan-angan tak salah kan? janji usaha tu kena ada... walaupun kadang-kala krole terasa macam tak tercapai angan-angan tu.

Namun rezeki kan ketentuan Allah SWT... tak ada yang mustahil dalam hidup ini. Janji kita kena rajin berusaha dan memohon kepadaNya. Oklah... krole kena gerak dulu... huhuhu... Happy blogging semua.


p/s : serabut sikit entri ni hihihi... i'am sorry~

Sunday, February 9, 2014

Apa Yang Anda Tak Tahu Tentang Seorang Ayah

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita... Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!". Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau...?

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"... Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah dipercayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya... Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau.

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar... Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya... Saat kamu berjaya... Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga.

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dengan baik... Bahagiakanlah putra putri/kecilku yang manis bersama pasangannya".

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yang sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita.

*Allahuakhbar... waktu bujang dulu pernah krole terbaca ni, tapi bila dah bergelar seorang suami dan ayah kepada keluarga tercinta ni pergh! serius beb! kalau baca seorang-seorang boleh menitis air mata. Allah sahaja yang tahu. Krole doakan kepada semua lelaki yang bergelar ayah, abi, abah, bapa dan yang lain-lain agar sentiasa dipermudahkan olehNya dalam mencari nafkah yang halal untuk keluarga. Amin Ya Rabb.


p/s : copypaste dari artikel yang Mrs. krole share kat FB~

Friday, February 7, 2014

Final Maharaja Lawak Mega 2013

Assalamualaikum dan selamat malam semua... alhamdulillah berkesempatan lagi untuk melayan blog kesayangan ni ahahaha... terima kasih tidak terhingga kepada rakan-rakan blogger yang sentiasa support teratak krole ni walaupun dah tak deras seperti dulu-dulu... amboi! ayat bajet puluhan tahun dah bergelar blogger ahahaha!. Ok! malam ni mesti semua dah tahu kan? final maharaja lawak mega 2013. Pergh! serius beb! krole memang layan program ni. Program santai yang secara tidak langsung mengembirakan dan mengeratkan silaturahim dalam keluarga. Kalau tak percaya... ce tengok... ce tengok.

Korang mesti ada peserta kegemaran kan? ok! nak cerita peserta kegemaran krole ni. Mesti ramai tahu kumpulan Bocey kan? aha! ni group yang paling krole minat sekali dalam maharaja lawak mega 2013 ni. Boleh kata diantara semua peserta maharaja lawak yang ke final... diaorang ni boleh dikategorikan sebagai newbies... pergh! respect tahap gaban kat diaorang ni kerana dapat bersaing dengan senior-senior mereka yang rata-ratanya dah bergelar artis dan mempunyai kelab peminat tersendiri. Apa-apa pun tak sabar nak tengok kejap lagi... Mesti gempak persembahan malam final ni. So krole doakan moga BOCEY menang yeah! hihihi... happy blogging semua.


p/s : hadiah pertama... setengah juta tu...!!!

Wednesday, February 5, 2014

Anak Ayah Suka Bertudung

Assalamualaikum dan selamat malam semua... alhamdulillah... petang tadi Mrs. krole memakaikan tudung kat baby zahrah. Pergh! comel beb!... selalu baby zahrah ni kalau uminya pakaikan reben atau snow cap tu confirm baby zahrah akan tarik dan buang jauh-jauh hihihi (sabo jela). Tapi petang tadi... lain pula... nampak sangat anak ayah kesukaan sangat memakai tudung.

Bila Mrs. krole nak buka... baby zahrah pula tak nak ahahaha! cuba tengok gambar kat atas. Gara-gara tak nak buka tudung sampai baby zahrah gigit tudung tu ahahaha! anak ayah ni... alhamdulillah moga besar nanti menjadi anak yang solehah, Amin Ya Rabb. Oklah sebenarnya tu je yang krole nak kongsi pun huhuhu... nak rehat-rehat kejap... so happy blogging semua.



p/s : nak belikan baby zahrah tudung~

Tuesday, February 4, 2014

Baby Zahrah Aktif Bermain

Assalamualaikum semua... rindu update dari krole tak? aha... mesti rindu kan? (mode perasan). Ok! kali ini nak cerita al-kisah anak kesayangan krole Nur Zahrah atau panggilan manjanya baby zahrah ni hihihi. Alhamdulillah sekarangni baby zahrah dah mula aktif bermain... sekarangni tak ada dah istilah baby zahrah tidur petang... waktu petang ni adalah waktu bermainnya... pummm sana... pummm sini... sambil gelak tawa riang ria ahahaha... dah ayah dan uminya ni pula berpeluh-peluh mengejar dari belakang ahahaha!. 

Stamina baby zahrah ni memang krole tabik spring hihihi... mana taknya... krole ni... tercungap-cungap kejar baby zahrah ke sana-sini tapi anak ayah ni steady je ahahaha... cuba tengok gambar kat atas tu? aha... sempat lagi toleh belakang, mesti kat dalam hati baby zahrah kata macam ni "aik? napa ayah ni? baru 50 round" hahaha!.
Gambar ni buat krole terharu beb!. Waktu ni krole dah surrender kejar baby zahrah so... berhenti rehat sekejap bersama kit kat hihihi... boleh pula waktu ni baby zahrah U-Turn dan menjenguk ayahnya yang tengah kesemputan... ah!!! caringnya anak ayah ni. Cuba tengok muka risau baby zahrah tu huhuhu. Apa-apa pun... seronok bila dapat lihat perubahan anak ni dari masa ke semasa... tak lama lagi rasanya baby zahrah dah boleh berjalan ni hurm... kena banyak bersukan ni... simpan stamina untuk masa tu nanti hihihi. Oklah! that all for now, happy blogging semua.



p/s : moga menjadi anak yang solehah~