Friday, February 7, 2014

Final Maharaja Lawak Mega 2013

Assalamualaikum dan selamat malam semua... alhamdulillah berkesempatan lagi untuk melayan blog kesayangan ni ahahaha... terima kasih tidak terhingga kepada rakan-rakan blogger yang sentiasa support teratak krole ni walaupun dah tak deras seperti dulu-dulu... amboi! ayat bajet puluhan tahun dah bergelar blogger ahahaha!. Ok! malam ni mesti semua dah tahu kan? final maharaja lawak mega 2013. Pergh! serius beb! krole memang layan program ni. Program santai yang secara tidak langsung mengembirakan dan mengeratkan silaturahim dalam keluarga. Kalau tak percaya... ce tengok... ce tengok.

Korang mesti ada peserta kegemaran kan? ok! nak cerita peserta kegemaran krole ni. Mesti ramai tahu kumpulan Bocey kan? aha! ni group yang paling krole minat sekali dalam maharaja lawak mega 2013 ni. Boleh kata diantara semua peserta maharaja lawak yang ke final... diaorang ni boleh dikategorikan sebagai newbies... pergh! respect tahap gaban kat diaorang ni kerana dapat bersaing dengan senior-senior mereka yang rata-ratanya dah bergelar artis dan mempunyai kelab peminat tersendiri. Apa-apa pun tak sabar nak tengok kejap lagi... Mesti gempak persembahan malam final ni. So krole doakan moga BOCEY menang yeah! hihihi... happy blogging semua.


p/s : hadiah pertama... setengah juta tu...!!!

1 Komen:

PeRdU cINta said...

Assalammualaikum mr krole sekeluarga..ermm sepahtu juarakan..rezeki mereka..mungkin di masa akan datang rezeki sahabat lain pula..amin..