Thursday, January 19, 2012

Tayar Kereta Buat Hal

Adus benda ni pelik juga kan? macam tahu-tahu je yang krole ni baru je masuk gaji, adoi!!! poning kepalo eden!!! tayar kereta krole buat hal pula hari ni argh!!! nasib baiklah kereta sendiri kalau tidak dah lama krole bom!!! mananya tak marah... bunga masih ok harum mekar kembang mewangi tapi sekali tengok koyak da? pasti korang semua heran kan? tayar terkoyak? persoalan ini krole pun tak boleh nak jawap? sebab krole pun tak tahu nak jawap macam mana? yang krole tahu tayar kereta ni memang menyusahkan krole sekarangni, nasib baiklah ramai kawan-kawan yang tolong tadi kalau tidak alamatnya krole kena bermalam kat lebuhrayalah jawapnya. Hihihi bengang-bengang pun sempat nak update blog juga.

Heeeee... bukan apa krole rindu sangat dengan korang semua!!! argh!!! terkacau duit tabung krole nak pasang wifi...!!! nampaknya bulan ini krole tak dapat lagi nak pasang wifi kat rumah ni!!! tapi tak apa krole masih cool~ sebab sekarangni musim tuntul (siput sedut) kat kampung krole yeah!!! kalau ada masa krole nak berniaga siput sedut ni, kat sini benda ni laku o0o0o0!!! dan boleh dijual dengan harga yang mahal!!! cuma masalahnya sekarang krole belum ada masa lagi nak pergi cari... Insyallah minggu depan kot? harap-haraplah boleh dapat untung? oklah krole nak balik rumah dulu, happy blogging semua

p/s : beginilah nasib diriku yang....

Monday, January 16, 2012

Blog Bersawang

Wuah!!! dah bersawang blog krole ni tak berupdate hihihi... bukannya krole dah beralih minat atau dah tak nak berblog lagi tapi adalah beberapa masalah yang tak dapat nak dielakan kat kampung ni. Faktor yang utama adalah tak ada internet hihihi... tak tahu bila nak pasang wifi kat kampung ni, kalau nak guna broadband rasanya baik guna wifi kan? bukan apa krole ni banyak pengalaman buruk dengan benda yang dipanggil broadband ni hihihi. Alhamdulillah syukur hari ini dapat juga krole update blog yang tersayang ni, krole kena mengembara sejauh 16KM hanya untuk mengupdate blog ni.

Kesian kan krole? hihihi... Bak kata bujang lapok "dah nasib badan", krole harap korang semua sihat dan baik-baik ya diluar sana. Ohya best juga bila dah duduk kampung ni.. Ada saja aktiviti yang nak buat, petang ni krole, wife and family nak pergi pantai pimping nak buat barbeque yeah!!! oklah krole nak jalan dah ni ciow, happy blogging semua~


p/s : yummy~

Wednesday, January 4, 2012

100 Kilometer Sehari

Apakah perasaan korang bila tempat kerja anda 100 kilometer jauhnya dari tempat tinggal korang? keluhan? tekanan? atau biasa sahaja? hihihi krole tanya begini bukan apa, sekarangni krole mengalami situasi macam tu aduh! nak mengeluh pun tak baik juga kan? buat sementara ni krole terpaksa berulang-alik dari tempat tinggal ke tempat kerja krole sebab tak dapat lagi rumah kerajaan aduh! sakit betul kaki ni! hari-hari krole kena bangun awal dan bertolak awal sedikit? hihihi kira awal banyak juga. Kalau tak komfirm masuk kerja lewat, tapi syukur juga sekarangni walaupun penat balik dari kerja sebab terlampau jauh jaraknya tapi bila balik rumah sejuk je hati ni.

Sebab sekarangni bila krole balik kerja je isteri yang sambut pergh!!! langsung tak rasa penat dah bila dapat tengok senyuman manis daripada isteri hihihi... Bab letih tu krole boleh terima lagi tapi bab minyak kereta ni pergh!!! memang terasa siot!!! harap-haraplah permohonan rumah kerajaan krole cepat diluluskan... Oklah happy blogging semua!!!



p/s : vrooooooommm!!!