Tolong jangan rasa pelik dengan tajuk kat atas tu? suami yang mengidam? adakah benda macam ni wujud? ya! hari ini aku nak kongsi sedikit cerita pengalaman yang telah aku rasai sendiri semasa Mrs. krole mengandung ni. Ok selalunya bab mengidam ni sering dikaitkan dengan wanita a.k.a isteri a.k.a wife kan? tapi tak tahulah... lain pula situasinya dengan kitaorang, tengok Mrs. krole slumber saja, tapi krole ni pergh! asyik mengidam benda yang bukan-bukan contohnya seperti ayam pangganglah? macam tak hairan kan kalau baca? aku mengidam ayam panggang ni waktu tengah-tengah malam pergh! nak cari kat mana benda tu malam-malam buta? perasaan mengidam ni bermula waktu kandungan dah masuk 3 bulan pergh! waktu tu serius beb! macam-macam krole nak, air kelapa pandanlah! murtabak sayurlah! ikan bakarlah! aduh! pelik juga kan? walhal Mrs. krole relak saja.
Bab! muntah tak payahlah krole nak cerita panjang pergh! muntah memanjang... nak kata makan tak ikut time tak juga? nak kata perut masuk angin tak juga? nak kata... ada gastrik tak juga? sampai Mrs. krole pun hairan waktu tu, "aik kenapa abang pula yang lebih-lebih mengidam dan muntah-muntah ni ya?" katanya. Mungkin ini salah satu cara Allah s.w.t nak bagi rasa kat krole apa yang Mrs. krole ni rasa kan? kan dah lumrah wanita terutamanya yang bergelar isteri akan sentiasa mengadu apa-apa saja masalah kat suami mereka kan? kadang-kadang tu ada jenis suami yang tak berapa nak layan... ada pula siap tengking isteri sebab terlampau serabut dek masalah yang diceritakan oleh isterinya? aduh! ada juga macam ni kan? tapi sebenarnya kalau difikirkan dunia isteri ni adalah suaminya, tak kanlah dia nak mengadu kat orang lain pula kan? aik? macam terkeluar tajuk pula. Pesanan krole kepada setiap suami di dunia yang isterinya mengandung, kalau mereka mengidam cubalah tunaikan dan kalau mereka mengadu sakit-sakit , layanlah mereka sebaik-baiknya. Oklah tak tahu nak cerita apa lagi so happy blogging semua.
p/s : yang...!!! nak ikan bakar!!!
12 Komen:
hahaha parah jugak tu kalau memalam mengidam macam-2 . mungkin Allah nak kurangkan beban isteri abg kut . dia dah kehulu kehilir bawak perut , pastu sakit nak melahirkan lagi . bab-2 mengidam abg la pulak yg tanggung ;D
mengidam ayam panggang kira ok lagi...akak dulu hari2 curi2 masuk kilang roti,dapat bau kulit roti tu pun sedap sngt dahhh...kluor kilang,rambut putih diselaputi tepung,selalunya hubby bising2..
penat dia cari saya..katanya
akhirnya anak akak lahir putih gebu mcm roti..hihi
ahaha like3.. betul2 mungkin hikmahnya Allah nak bagi en krole tahu kesusahan mrs krole.. hehe baby ni pandaii tau, membesar dgn sehat ye ^_^
aik bro krole pula yang mengindam yer..hehe. tapi puteri pernah terbaca, ramai juga suami yang mengindam ketika isteri mereka mengandung. Sekurang-kurangnya kurang sikit bebanan isteri kan :)
dulu time nak dtg belalang Jr., belalang alahan teruk gak awal2 tu... ngidam tak igt pula ade ke x... huhu
alololo comel nye kalau suami y mengidam nie..hehe...
kurang lah sikit beban isteri mengandung kan?huhu
sy smpi skrg mmg teruja(chewahh) bila dgr para suami lak yg mengidam hga adakalanya muntah2.sy nsb baik ms mgandungkan kembar sebulan je alahan,husbd pun ok je xda mslh tapiiii...
bila blk kg,family jadi pelik.ni bini yg bunting ke laki?dh tu perut husbd sy makin buncit sebab?
sy mengandung sllu lapar,kdg2 selera mkn dtg x kira waktu,pernai 3 pagi lepak kt kedao mamak semata2 nk pekena roti canai pisang n teh tarik.manalah husbd sy x buncit hehe.
InshaaAllah bro..den akan pegang pesanan bro tu.. den akan cuba menjadi seorang suami yang terbaik satu hari nanti :)
haha...selamat mengidam benda yang boleh dapat kan.. :)
comei sungguuhh !
sabella : tol jgk wak~
hayati : huuh smpai gtu skali yew wak~ huhu akhirnya dpt ank putih melepak hahaha~
Mar : huhu insyallah wak..thanks yew amin~
puteri : tu r wak...dpt rasa sdikit pe yg mrs krole rasa~
belalang : huhu krole ni lebih kpd mengidam..pergh! ada jgk alahan yew~
ezyra : em..krole pon hrp camtu~
sis aleasara : huhu besa r tu wak..lelaki ni kan cpt naik prutnyew~hihihi
deqja : tu r wak..selamat~
Post a Comment