Friday, March 29, 2013

Berjaga Malam

Korang tahu tak waktu harian bayi dengan waktu harian orang dewasa ni tak sama? bila dah bergelar seorang ayah yang hensem ni barulah krole tahu (ok... sila muntah kerana statement tu tak boleh blah) hahaha!. Ohya korang masih ingat tak entri-entri krole sebelum ni? ala... yang cerita yang susah nak tidur malam tu...? ingat? hah! alhamdulillah... pengalaman itu memang berguna untuk krole sekarangni? boleh kata waktu malam kitaorang ni adalah waktu siang baby zahrah hihihi... waktu kita nak tidur dia pula baru nak bangun, waktu kita berjaga dia pula lelap dengan lenanya hihihi comel betul. Boleh kata sekarangni krole dah boleh dikategorikan sebagai batman yang mana kita tahu adiwira ni bergerak hanya pada waktu malam. Tapi tak apa... untuk baby zahrah juga kan... hm... tak apalah... mungkin ini adalah salah satu pergorbanan yang perlu kita lakukan (tanggungjawab). Lagipun seronok lepak dengan baby zahrah ni, sepanjang malam  kitaorang bersembang-sembang, walaupun diri ini tahu yang baby zahrah langsung tak faham sepatah pun apa yang ayahnya sembangkan hahaha!

Seronok beb! kadang-kadang tu krole rasa macam baby zahrah faham dengan apa yang krole katakan, contohnya ada sekali tu hm... rasanya dalam jam 3 pagi kot? baby zahrah menangis so  Mrs. krole pun dodoikan... dodoi punya dodoi tak juga reda tangisannya hm? menyusu dah, lampin pula tak ada apa-apa, perut tak kembung... so kerana kasihankan Mrs. krole terus krole kata "ala... yang tak apa... biar abang dodoikan... ayang tidurlah dulu ya". Alhamdulillah dodoian (betulkah ayat ni?) berjaya yeah! tapi tak sampai 5 minit kot rasanya baby zahrah mula menangis kembali dan waktu tu sambil mendodoi krole kata kepadanya "zahrah jangan nangis ya nak... kasihan kat umi tu... baru nak rehat" pergh! tak sangka lepas krole kata macam tu baby zahrah terus diam... cuba korang bayangkan rupa kanak-kanak tengah tahan menangis hah! macam tu lah rupa baby zahrah waktu tu (comelnya). Seakan-akan baby zahrah faham dengan kata krole tadi, alhamdulillah kerana Allah permudahkan urusan krole pagi tu. Oklah krole nak out dulu, sorry ya kalau entri krole tunggang langgang sikit. Happy blogging semua.



p/s : nak sembang topik apa pula dengan baby zahrah malam ni?

19 Komen:

Unknown said...

Haa inilah penglaman pertama..saya cuba bayangkan diri saya pulak nnti..mcm mana la klu anak meragam pukul 3 pagi.. nak cuba guna tip Krole la..bgitahu kat baby "jgn nangis nak, kesian ibu".. Manalah tahu berjaya..hihi

Sop said...

lepas pantang nanti lg berat bila baby dah x byk tido
skrg kalau x da masalah (sakit atau lapar) tido jer.. tp bila dah mula cukup tido jenuh kena layan.. hehehe
cabaran ibubapa tp intu yg seronok :)

Sop said...

lepas pantang nanti lg berat bila baby dah x byk tido
skrg kalau x da masalah (sakit atau lapar) tido jer.. tp bila dah mula cukup tido jenuh kena layan.. hehehe
cabaran ibubapa tp intu yg seronok :)

Anonymous said...

comel nye. buleh byg ni... :)

bby zahrah dgr ckp abh dia...anak yg bgus

Anonymous said...

haha tahniah!

can't wait for my turn one day

^^

iAmCekbolat said...

awal kelahiran bayi parent mmg akan tak cukup tidur . alhamdulillah bayi zahrah dengar cakap . nampak tak ketaatan dan sayangnya die ke ibu :)

Bunda_nora said...

assalamualaikum...

||aLeaSaRa|| said...

hahaha nmpk comel je bc entri ni,setiap saat minit jam yang berlalu,mmg rs laju je masa berlalu.wah nnt kitorg dptlah sllu bc aktiviti n perkembgn baby krole yg comel tu ^*

el said...

mmg cam tu rutin bila dah ada bb ni
siang kita tido..mlm kita jaga
lgpun bb x biasa lagi ngan waktu siang n malam..ms dia kecik lam perut pun xde timing..hahaha dia nak biasa2 kan
lenkali krole lau malam padamkan lampu or malapkan..so kena train dia mcm tu..lau cerah je manjang caner nak tido..n pasangkan lagu2 ayat2 suci or lagu2 yg tenang bg bb tu tido..one of the tips lah..xtahu lah jalan ke x..tp kita cuba kan

dariilhamkehati said...

ala , besnya , tak sabar nak ade anak sendiri , :P

Mia Liana said...

baby sebenarnya faham apa yang kita cakap... bila dah besar skit memang akan selalu berjaga malam sebab nak layan dia main...

PeRdU cINta said...

baby zahrah anak yang baik..mendengar kata..moga sampai dewasa begitulah dia..mendengar kata..patuh dan taat pada perintah Allah..

Cikgu Jaja™ said...

mana gamba baby zahrah..nk tgk baby comel tu~ :)

Shaiful Zaidi said...

salam krole....selamat berjaga malam. lama2 biasa la...hehehe

Sabella Mohamad said...

alala comelnye baby zahrah . mesti bahagia kan hidup abg krole skrg ni dgn kehadiran baby zahrah . hehe . takpelah jadi batman pun , pengorbanan :)

hana hadi said...

alaa mesti best kan sembang dengan zahrah. apa kata nyanyikan dia lagu a b c, lagu kanak-kanak nanti dia besar dia cepat membaca..

xpun sembang pasal stess krol di tempat kerja. mana nak tahu boleh hilang stres dengan berkongsi masalah dengan zahrah :)

Luqman Zakaria said...

bc entry nih rindu kt anak buah pulak..heehe..

Diari Si Froggie said...

Pengorbanan seorang bapa :) nanti zahrah dah besar ingat tau jasa ayah dan ummi :)

boni kacak said...

tak sabar den nak ada anak ni..hehhee