Sunday, March 3, 2013

Pencerobohan Lahad Datu

Sekarangni cerita yang paling panas dimana-mana laman sesawang adalah cerita tentang pencerobohan di Lahad Datu Sabah kan? tapi melalui pemerhatian aku sendiri, aku dapati kebanyakkan cerita-cerita ini direka-reka oleh pihak tertentu, tak tahulah kenapa diaorang ni? ada yang aku terbaca kata ada polis di sabah dipancung oleh tentera penceroboh? untuk pengetahuan semua cerita ni bohong semata-mata. Gambar yang diaorang upload tu benar! cuma benda tu jadi kat negara orang lain? bukan kat sabah ya. Lagi satu sekarangni aku tengok cerita ini siap dikomersialkan oleh pihak-pihak tertentu untuk berkempen... contohnya macam cerita diberita TV3 tadi? korang ada tengok tak? aduh! tolonglah tolak tepi dahulu benda-benda politik tu. Tak habis-habis nak cari point nak mengenakan antara satu sama lain. Kalau nak tahu cerita sebenar tentang pencerobohan di Lahad Datu tu, sebaik-baiknya baik korang tanya sendiri orang yang tinggal kat sana.

Maksud krole... tanyalah orang sabah sendiri... khususnya yang tinggal di Lahad Datu. Menurut sahabat krole yang sememangnya anak kelahiran Lahad Datu hari ini disahkan ada 5 lagi anggota polis terbunuh, dan menurut beliau semua yang terkorban tu adalah orang sabah. Tapi? kenapa krole tak nampak di berita jam 9 tadi? seperti pengorbanan mereka ini tak dipedulikan langsung? cerita pong! pang! pong! pang! itu inilah... tapi? argh! malas nak ulas panjang... cuma buat masa ini keadaan di Lahad Datu semakin pulih sedikit demi sedikit namun... situasi itu beralih pula ke kawasan lain iaitu Semporna Sabah (sebab waktu diserbu semalam, kebanyakkan penceroboh lari dan berpecah melalui hutan). Oklah bukannya krole tak nak cerita panjang pasal ni, cuma itu saja yang krole tahu sekarangni. Krole dapat maklumat pun melalui sahabat-sahabat yang menetap disana. So kalau ada maklumat baru, krole kongsi-kongsi dengan korang semua. Happy blogging.




p/s : sudah-sudahlah mereka cerita tu ya~

10 Komen:

||aLeaSaRa|| said...

reading list kat dashboard mmg penuh ttg entri lahad datu.sentiasa doakan semua anggota pertahanan ngra kental & kuat dan dpt berjuang melindungi Sabah.

ye setuju.jgnlah nk kucar-kacirkan ngra dgn pelbagai info yg merepek merapu.kesian kpd keluarga arwah yg terkorban :(

Unknown said...

Moga semuanya akn selamat~

Anonymous said...

entahlah, tak tahu mana nak percaya, banyak versi pulak. apa2 pun seoga mereka di sana selamat!

dan bila kebebasan media di malaysia disekat. sedih!

Annamariana1989 said...

macam2 kan cite yang kuaq.. apa pon moga semua rakyat malaysia selamat... x kira sape pon terutama skali anggota keselamatan ngara..

Sabella Mohamad said...

hadui . time2 macam ni la politik2 nak mencelah . mmg bella pun ada yg terpercaya dgn cerita2 rekaan tu . igtkan betul2 . haish .

el said...

xfhm betul pttnya kenalah update status ape yg terjd kt sn..ni amek x kisah jek..arrgggh malas lah el nak mengundi cm ni

Anonymous said...

Hmm.. sokong dengan entri nii ^^

krole said...

sis aleasara : tau xpe...byk tol versi ceta kat tenet ni...

tieyshanaf : amin~

seven : sedih bla jd camtu tu bro..sabo jela~

krole said...

ana mariana : insyallah, amin~

sabella : tu r wak...ssh jgk kalo pemimpin ngara kta ni tak alert~

el : hahaha! jgn camtu el..undi ttp undi hahaha!

krole said...

Ailyl : thanks sbab stuju :)