Korang tahu tak waktu harian bayi dengan waktu harian orang dewasa ni tak sama? bila dah bergelar seorang ayah yang hensem ni barulah krole tahu (ok... sila muntah kerana statement tu tak boleh blah) hahaha!. Ohya korang masih ingat tak entri-entri krole sebelum ni? ala... yang cerita yang susah nak tidur malam tu...? ingat? hah! alhamdulillah... pengalaman itu memang berguna untuk krole sekarangni? boleh kata waktu malam kitaorang ni adalah waktu siang baby zahrah hihihi... waktu kita nak tidur dia pula baru nak bangun, waktu kita berjaga dia pula lelap dengan lenanya hihihi comel betul. Boleh kata sekarangni krole dah boleh dikategorikan sebagai batman yang mana kita tahu adiwira ni bergerak hanya pada waktu malam. Tapi tak apa... untuk baby zahrah juga kan... hm... tak apalah... mungkin ini adalah salah satu pergorbanan yang perlu kita lakukan (tanggungjawab). Lagipun seronok lepak dengan baby zahrah ni, sepanjang malam kitaorang bersembang-sembang, walaupun diri ini tahu yang baby zahrah langsung tak faham sepatah pun apa yang ayahnya sembangkan hahaha!
Seronok beb! kadang-kadang tu krole rasa macam baby zahrah faham dengan apa yang krole katakan, contohnya ada sekali tu hm... rasanya dalam jam 3 pagi kot? baby zahrah menangis so Mrs. krole pun dodoikan... dodoi punya dodoi tak juga reda tangisannya hm? menyusu dah, lampin pula tak ada apa-apa, perut tak kembung... so kerana kasihankan Mrs. krole terus krole kata "ala... yang tak apa... biar abang dodoikan... ayang tidurlah dulu ya". Alhamdulillah dodoian (betulkah ayat ni?) berjaya yeah! tapi tak sampai 5 minit kot rasanya baby zahrah mula menangis kembali dan waktu tu sambil mendodoi krole kata kepadanya "zahrah jangan nangis ya nak... kasihan kat umi tu... baru nak rehat" pergh! tak sangka lepas krole kata macam tu baby zahrah terus diam... cuba korang bayangkan rupa kanak-kanak tengah tahan menangis hah! macam tu lah rupa baby zahrah waktu tu (comelnya). Seakan-akan baby zahrah faham dengan kata krole tadi, alhamdulillah kerana Allah permudahkan urusan krole pagi tu. Oklah krole nak out dulu, sorry ya kalau entri krole tunggang langgang sikit. Happy blogging semua.
p/s : nak sembang topik apa pula dengan baby zahrah malam ni?