Thursday, April 11, 2013

Kurang Tidur Membawa Kebahagiaan

Amboi! tajuk tu macam nak kongsi tips kebahagiaan pula kan? ok tolong jangan salah faham... disebabkan diri ini dah tak ada idea nak buat tajuk hari ini so hasilnya seperti diatas tu (nak 30 minit menghadap laptop, gara-gara mencari tajuk saja hahaha!). Sekarangni umur baby zahrah dah nak genap sebulan dah hm... rasanya hari isnin depan dah sebulan... alhamdulillah. Boleh kata sekarangni baby zahrah dah kurang tidur so secara tidak langsung kedua ibu bapanya yang comel ini juga terikut sama dengan rutin beliau hihihi. Sebelum ada anak dahulu krole selalu berkata kat diri sendiri "berjaga malam... kurang tidur... huh! aku bolehkah ni" tapi sekarang pergh! rupanya memang boleh... boleh sangat! hahaha!

Kalau dari segi tubuh badan tu memang krole akui... ada sedikit lenguh-lenguh badan... dan kelopak mata ni pun dah menjadi gelap (dah macam gothic krole tengok hihhi) tapi hm... tak tahu macam mana krole terangkan... walaupun begitu hati ini tetap rasa bahagia... walaupun kadang-kadang tu baby zahrah mengejutkan krole dan Mrs. krole dalam lingkungan jam 3 pagi hihihi... hati ini tetap rasa bahagia... biasalah... baby zahrah kan belum pandai berkata-kata... hanya tangisan sebagai isyaratnya. Sekarangni krole dan Mrs. krole dah semakin pro dalam menjaga baby zahrah ni... kalau setakat tukar lampin tu pergh! satu tangan je krole dah boleh buat hahaha! (oi! krole! jangan cakap besarlah!) hihihi... Oklah krole nak lepak dengan baby zahrah ni so happy blogging semua.



p/s : cumil tak baby zahrah bila tidur?

6 Komen:

ezyra taharin said...

alahai..sweet papa..hehe da pandai da jaga bby dia...
bby sje je tuh nak buli mama gan papa dia pagi2 buta :P

Unknown said...

Sebelah tangan? menjadi ke?hahah...

Unknown said...

Bestkan pengalaman jaga baby ni.. walaupun tak cukup tido tp kita bahagia dgn kehadiran anak..

boni kacak said...

hehehe. aku pulak rasa tak sabar nak ada baby ni..hehehe.. nak try tukar lampin dia pakai kaki.hehehe

Shaiful Zaidi said...

salam krole...kejap jer baby Zahrah dah sebulan. berjaga malam utk anak mmg satu pengorbanan yg besar. Bahagia bila tgk anak membesar...

PeRdU cINta said...

kepahitan di mana bersamanya lebih banyak kemanisannya..nikmat dan rahmat Allah..