Sunday, April 14, 2013

Lucu Tapi Malu

Nak tanya korang ni...? pernah tak dalam hidup korang ni koyak seluar kat belakang depan orang lain? lepas tu tak perasan? hah! tak pernah... hihihi, bersyukurlah korang kerana malu beb kalau jadi benda macam ni? aik! bunyi macam ada pengalaman kan? hahaha! betul! sangkaan  anda semua, hari ini buat pertama kalinya dalam hidup, aku alami pengalaman seperti ini hahaha!. Tadi krole ada kerja sikit dengan kawan-kawan so waktu rehat tu kitaorang jalan-jalan kejap... tak tahu kenapa, ke mana saja krole pergi mesti orang ramai bagi senyuman yang seperti ada maksud? (korang bayangkanlah sendiri ya). Tiba-tiba kawan krole seorang ni yang kebetulan berjalan kat belakang krole menegur "aduh! bro... seluar kau koyak" pergh! tak tahu krole nak gambarkan perasaan waktu tu, padahal seluar yang koyak kan? tapi krole rasa macam muka krole ni yang koyak hahaha! malu tahap gaban!.

Ok rasanya cerita pasal koyak-moyak tu setakat ni saja ya... sebab memang tak indah pun cerita tu hahaha! saja kongsi mana tahu boleh mengembirakan hati pembaca yang tengah berduka (amboi! ayat!). Ini lagi satu... sekarangni mesti korang tahu kan yang pilihanraya semakin dekat... pilihanraya tu tak apa... benda biasa bagi krole, biasalah politik. Tapi kalau keluarga berpecah disebabkan politik ni hah! tu luar biasa... bukan apa terkejut krole waktu sembang dengan kawan krole tadi... dia kata keluarganya sekarangni asyik gaduh memanjang gara-gara perbezaan pandangan politik? aduh! hairan betul kan? boleh juga jadi benda macam ni... politik-politik juga.... tapi jangan sampai membelakangkan keluarga pula, krole doakan moga keluarga kawan krole tadi diberi petunjuk dan kebahagiaan olehNya. Kat tempat korang ada juga tak benda-benda macam krole cerita ni?. Happy blogging semua.



p/s : dunia oh dunia~

9 Komen:

Iha Zaliza said...

uih kesiannya bro.. tak pernah alami tapi dulu2 ada kisah memalukan yg lain, tengah syok jalan2 tu, ramai uncle pandang semacam.. rupanya butang baju terbukak kat tengah2.. rasa macam nak menyorok kat celah2 bangunan je, haha..

luqman zakaria said...

lorh..nak wat cmne..tak nampakkan..nasib baik ade yg tegur..kalau x ..hmmm..heheeh

Mieza Jhaa K said...

Hahah..kalau saya yang duk kat belakang memang sah sy ketawa macam pontianak dah sampai krole terkejut..

Sy pn xsuka kat saudara yang taksub sangat berpolitik sampai warna pun menjadi kebencian..

deqjamucuxx said...

hahaha. tumpang gelak jap. :3 len kali sebelum pakai make sure suar tak koyak yer,,

bab politik : saya masih kanak2 *no comment*

cweet pinky said...

hahahaha , lawak bro , CP pown ade cerita macam tuh bro , adoi , terbuang angin mase tgh meeting , lagik siot , time owg tgh fokus lak tuh

iAmCekbolat said...

penahhhhhhhhhhhhh ! hahahaha malunyaaa terinngat balik .

masa tu tgh oreintasi . dan tengah bersila . nasib dekat paha je . iskk

el said...

hahahaha pengalaman x leh lupa
dulu ada sorg cleaner kat ofis pun cam tu gak..tp sib bek la el yg npk lau time dia kt ofis lain tgh clean of xtau lah..mmg koyak betul kt blkg suar tu hahaha..sib bek la dia ada bw baju cover lah kt blkg tu

then pas2 el pulak ada gak hahaha
tp sib bek lah time nak kuar tu lam kete terkoyak..mayb suar tu dah lusuh sgt kot..hahaha

Wan Ahmad Izudean said...

masa sekolah rendah je kot. hehe harap2 tak berlaku lah lepas ni hoho

MaYa MustWany said...

awww pengotor lah abg sudin ni..hahaha

nasib baik kawan tegur,kalau dia wat diam,lagi prah kan..