Wednesday, April 10, 2013

Pelajar Berlagak Samseng

Huh! sekarangni amat sukar rasanya nak mengonlinekan diri ini, terasa bosan sangat kerana selama ini dunia terasa seperti berada dihujungi jariku yang kecil dan comel ini... tetapi kala ini hajatku untuk mengonlinekan diri terpaksa aku tolak tepi dahulu... kenapa krole? hah! siapa yang tanya tu? hihihi... bajet ada peminat katakan. Soalan tu senang saja krole nak jawap dan rasanya sebelum ini pun krole dah beritahu kat semua, sebabnya sekarangni krole duduk kat rumah mertua (Mrs. krole berpantang kat sana) so kat sana memang tak ada benda-benda internet ni... tapi walaupun begitu semenjak kemunculan baby zahrah dalam hidup kitaorang huh! memang tak rasa bosan sekarangni hihihi... kalau boleh krole nak bermain saja dengan baby zahrah sepanjang hari hihihi. Seronok tau bila dah bergelar ibu bapa ni banyak yang kita kena belajar... contohnya seperti memandikan baby pergh! bukan senang tau! perlu ada skill, karisma, mutu, keunggulan... eh? apa aku merepek ni?.

Ok! nanti krole ceritakan perkembangan baby zahrah dengan korang semua ya... sebab hari ini krole nak cerita bab kes buli di sekolah ni, baru kejap tadi setelah sekian lama... krole online facebook... kalau nak cerita notification tu hm... beribu-beribu krole dapat hahaha! cuba yang krole tertarik ni... ada seorang sahabat krole yang mentag satu video kes buli yang disebarkan oleh laman polis diraja malaysia... pergh! angin satu badan beb! bila tengok video tu! nak 3 orang membelasah seorang pelajar... lagi menambahkan angin dalam diri ini... apabila insiden ini diaorang rakam dengan bangganya dan ketawa keseronokkan semasa melakukan aktiviti tidak bermoral tu... aduh! budaya buli ni memang susah nak dibendung... tapi walau apa jua masalah mesti ada cara mengatasinya kan. So pihak polis diraja malaysia menyeru kepada pihak sekolah, mangsa, atau keluarga yang terlibat tampil membuat laporan di balai polis berdekatan. Sebenarnya krole nak ulas panjang lagi tapi... aduh! ada kerja sikit ni so until next time, happy blogging semua



p/s : nak tengok video tu klik link ini : http://www.facebook.com/photo.php?v=560895980611683&set=vb.161086313901684&type=2&theater

10 Komen:

ANNA MARIANA said...

semua nak tunjuk gangster.. hish3

Dkna Abza said...

bahaya sekarang nie.. nak salahkan siapa kalau anak jadi pembuli? ibu bapa? cikgu?

Mieza Jhaa K said...

Saya pun bila dah ada anak nnti jarang berbelog jgk kot..jadi sekarang kita enjoyyy...

Jahat2 budak sekarang..takut saya..

el said...

loh
baru pg td hb el tunjuk video ni kat fb..mmg crazy mcm nak hempuk diorg ni melampau sungguh..berlagak samseng ea..meh sini ku hentam cukup2..bw sekali jumpa mak bapak diorg..

luqman zakaria said...

bru tgk video tuh td..sakit ti jer tgk..

Sop Nama Saya said...

Kes buli x pernah selesai
Cuma skrg dpt tangkap bila ada bukti melalui rakaman video
Bgs juga teknologi ni kan? Kalau x rakam mungkin terlepas merea

Aku Penghibur said...

kes buli dari dulu lagi.. tapi bangga pukul orang..adehh memalukan

kopi pasta said...

banggang betul... sigh. baru lower form dh bajet mcm taiko besar..

adzairdawati makdara said...

geram tgk budak samseng2 ni.. anak mak pon pernah kena buli.. last2 buat report polis terus dibuang sekolah.. br padan muka dia

Iha Zaliza said...

kalau ikutkan video terbaru ni tak seteruk yg sy tgk 2-3 tahun lepas.. ada yg lg extreme.. tapi ganas ke x ganas tetap menyalahi undang2.. biar pihak berkuasa yg berikan hukuman yg setimpal..