Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru

Hari ini... eh? tak dari semalam lagi krole tengok ramai yang update berkenaan hari guru tak kiralah sama ada di laman sesawang muka buku atau pun twitter, penuh semuanya dengan kata-kata terima kasih dan penghargaan kepada bekas guru mereka. So hari ini terdetik pula dalam hati krole ni nak update berkenaan hari guru ni juga. Gambar kat atas itulah bekas guru yang mengajar krole di bangku sekolah dahulu (tolak pengetua yang kat tengah tu, sebab dia baru). Kenangan dengan guru-guru ni memang banyak, manis, pahit semuanya ada tapi alhamdulillah terima kasih kepada guru-guru yang mengajar krole dulu, kerana menjadikan krole seorang "manusia seperti hari ini".

Paling krole tak boleh lupa di sekolah adalah cikgu Awang Ali yang merupakan guru disiplin waktu itu, pergh!!! cikgu ni dengan jelingannya saja kita boleh tahu tahap kebrutalan beliau huyooo!!! dahsyat o0o0!!! tapi sekarang krole baru faham, rupa-rupanya itu adalah antara teknik untuk mengajar pelajar, biasalah kalau bagi can je pelajar ni kang naik kepala, maafkan segala kesalahan krole dahulu ya cikgu (aik??? dia bacakah blog krole ni???) oklah krole pun ada kerja nak buat lagi so happy blogging semua~


p/s : selamat hari guru~

0 Komen: