Tuesday, May 8, 2012

Lady Gaga Punya Cerita

 Korang dah baca tak paper hari ini??? pergh!!! terkejut babun krole siot!!! bukannya krole terkejut pasal lady gaga yang sememangnya kita tahu suka mengejutkan orang dengan trend fesyennya yang pelik-pelik. Tapi berkenaan cawan yang pernah digunakannya dilelong hingga mencapai harga ratusan ribu ringgit, pergh!!! wa caya sama lu Lady Gaga!!!, menurut paper tu lagi cawan tu digunakan oleh lady gaga pada sidang akhbar di Tokyo tiga bulan selepas tsunami melanda Jepun pada Mac tahun lalu, kemudian diberitahu juga yang cawan tu ada kesan gincu dan autografnya. Hihihi inilah dunia sekarangni benda-benda yang pelik-pelik orang buat, inilah tanda akhir zaman dimana hiburan menjadi perkara utama dalam hidup seharian kita.

Inilah perangai lady gaga, orang semua pakai kain dia pakai daging. Nak  tergelak guling-guling krole waktu pertama kali tengok gambar ni, tapi lagi lucu kalau ditanya kepada orang fesyen-fesyen ni, komen diaorang rata-ratanya baik... revolusi dunia perfesyenanlah, itulah, inilah... Kalau nak pakai baju macam ni boleh juga cuma krole risau kena kejar dek anjing nanti hahahaha.

Rasa-rasanya cawan macam ni pun kalau lady gaga guna boleh jadi harga jutaan ringgit, hihihi... kalau lady gagag datang malaysia jangan lupa bawa cawan ekonomi macam ni dan minta lady gaga gunakannya lepas tu minta tandatangan kat sana juga, kemudian bolehlah jual hahahaha, oklah krole nak undur diri dulu, dah melalut entri krole ni hahaha... Happy blogging semua~



p/s : ram...ram...rammmm~

0 Komen: