Wednesday, April 27, 2011

Bandar Dan Kampung

Dulu waktu duduk kampung tak sabar rasanya nak tinggalkan semua itu dan berhijrah kebandar~ tapi sekarang bila dah duduk bandar tak sabar pula nak balik ke kampung halaman yang tercinta ahaks~ inilah manusia kan??? hmmm~ dikampung best sangat boleh mandi sungai, air terjun dan macam-macam lagi!!! kat bandar ni pergh!!! nak mandi sungai pun takut!!! macam mana nak mandi dengan sampah terapung-apung dipermukaannya~ kalau sikit tak apa ni huh!!! tak payahlah krole nak cerita banyaknya, senang cerita berjuta-juta lemon banyaknya ngeee~ di kampung kalau ada majlis perkahwinan komfirm meriahkan~ orang ramai datang gotong royong buat persiapan seperti kanopi versi kampung punya~ potong daginglah, itu inilah... memang bestlah... kalau kat bandar memang jauh sekalilah nak tengok macam tu~ semuanya guna catering orang ramai datang untuk makan je hehehe. kalau kat kampung boleh kata semua jiran tetangga kita kenalkan dari anaknya hinggalah ke datuk, nenek, moyang dia kan??? tapi kalau kat bandar ni silap-silap jiran sebelah langsung tak kenal padahal dah tinggal 3 tahun kat sana, apa nak jadi~

Tapi sekarangni khususnya golongan muda mudi seperti berebut-rebut untuk meninggalkan kampung halaman, merantau mencari pengalaman katanya~ kerana dibandar mempunyai banyak peluang perkerjaan dan menjanjikan kejayaan~ tapi korang perasan tak??? cuba tengok orang kampung sekarangni??? rasanya lebih maju dan mewah berbanding orang dibandar??? kadang-kadang tu krole pelik sangat bila balik kampung, ada yang dah memiliki kereta sampai dua tiga biji hehehe~ tak tahulah krole~ dikampung orang mengejar kejayaan secara bantu-membantu sesama mereka, manakala dibandar selalunya untuk mengejar kejayaan mereka selalu memusnahkan hidup antara satu sama yang lain. huh!!! macam mana nak maju lagu tu!!! huhuhu~ ini hanya pendapat krole... salah silap tolong tunjukkan~



p/s : bandar dan kampung???hm...

10 Komen:

syufaa said...

semua tempat ada kebaikan trsendiri..tp depends pada individu..ikut hidup dia cmne, keperluan dia.. :)

Encik MT said...

orang cakap penoreh getah pun rilek jew dapat 3000-5000 sebulan.fuhh..
meh ramai2 pindah kampung.haha!

krole said...

syufaa=suke ngan komen wak..tol2..krole stuju~

krole said...

encik MT=ahaks..tau xpe ngeee..maju da kat kampung hee~

nuyui a.k.a miss YUI said...

mane2 leh jd same jika pndai bw diri.. =)

krole said...

nuyui=terbaik wak~memang tol~

EzayHadry said...

betul2..ezay suke duk kampung...orang kampung tak kene bayar tol dan makanan murah2 kot sbb tu kaya2..duk KL walau gaji tinggi sume mahal woo..nanti krole cari bini kampung ke bandar? haha gurau2

Enchik Nine said...

Dinginnya saujana dikampung... :D

myetech9[dot]com @ Enchik Nine

krole said...

Ezay hadry=huhuhu kampong mmg best bro~huhu x tau g..xdak awek g ngee~

krole said...

izzudin=huhu tau xpe..kalo kat bandar ni...pergh!!! panas giler~