Haish...! tak sangka dalam dunia ni ada juga orang serupa ini...?. Hahaha! sorry... entri kali ini bersifat luahan ketidakpuashatian krole terhadap segelintir masyarakat yang berperangai macam yang krole nak cerita kejap lagi ni. Ok! baru-baru ni krole dipanggil oleh seorang pakcik kesayangan kat kampung, nak minta tolong edar kad jemputan kahwin anaknya... so krole and the gang pun mulalah memeriksa tiap kad satu persatu bagi mengelakkan berlakunya keterciciran (amboi... betul tak ayat tu? huhuhu) jemputan khususnya kepada keluarga terdekat.
Hasil pemeriksaan kitaorang mendapati bahawa ada dua tiga nama penting yang belum lagi dijemput so... krole sebagai ketua AJK bahagian edar kad kahwin melaporkan perkara ini terus kepada pihak tuan rumah iaitu pakcik krole. "pakcik... pakcik! ni ada dua tiga orang lagi belum tertulis nama dikad jemputan". Krole pun menunjukkan nama tersebut... bila pakcik krole ternampak saja nama tu terus dia tarik krole ke tepi.
Amboi... macam buat benda salah je hahaha!. Sambil membuat muka serius tahap power rangers pakcik krole berkata "oh... yang ni memang pakcik tak jemput... diaorangkan sokong pembangkang..." pergh! naik nyilu lubang telinga krole ni dengar ayat tu... aik? gara-gara tu je... takkan gara-gara lain fahaman politik terus buang keluarga... walhal kalau kita senang, susah, sihat, sakit, gembira atau sedih keluargalah yang selalu berdampingan dengan kita. Hm... betul-betul krole tak puashati dengan kenyataan beliau... namun... nak buat macam mana? dah majlis diaorang... hm... dengan berat hati krole pun teruskan operasi menghantar kad jemputan... janji cepat selesai.
Cuma... sedih hati ni bila tahu ada keluarga terdekat krole berperangai sebegitu, terlampau taksub dengan perihal dunia hingga keluarga diabaikan... walhal kalau kita meninggalkan dunia ini satu masa nanti, keluargalah yang akan selalu mengingati dan menyedekahkan Al-Fatihah untuk kita... hm... malas nak ulas panjang... Nasihat krole kepada yang minat berpolitik diluar sana... politik-politik juga keluarga jangan sekali dilupa... biar berlainan fahaman atau perjuangan ok!. Happy blogging semua.
p/s : hari ini nak bawa baby Zahrah shopping baju baru yeah!
17 Komen:
like seriously? huh
x ske org mcm ni
pntingkan politik semata
Assalammualaikum mr krole sekeluarga..wah baby zahrah nak beli baju baru ye..masyaAllah..kadangkala kerana kita terlalu menjaga dunia..hukum Allah kita pinggirkan..air dicincang takkan putus..sebolehnya jangan campuradukkan urusan dunia dengan hukum Allah yang boleh mencampakkan kita kita dalam kemurkaan Allah..sedih..kerana di kampung Jua pun ada yang sanggup bercerai berai kerana politik..semuanya bakal ditinggalkan..
aik semata2 kerana tu jer sanggup buat macam tu, ermm...tak baiklah buat macam tu...
sampai cenggitu sekali.. aii.. memang tak patut..
la sampai macam gitu sekali ?? persaudaraan jangan terputus sebab perbezaan ideologi
hidup serumpun , seagama, sebangsa pun nak putus kerana berlainan fahaman politik je ?
nasib la kat tempat seri tak mcm tu...politik tetap politik tp silaturrahim tetap dijaga...
subhanallah..bro Krole kena dakwah tu..silaturrahim ni pntg..shinggakn xmsuk syurga kalau mnusia ni ptus @ xsmbung silaturrahim..harap jgn la sbb fhaman politik jd cmni..1contoh yg xbaik =(
lailahailaAllah
ada gak org mcm ni
sabarlah krole..doakan beliau terbuka hati supaya tidak bersikap demikian..aah betul tu nti ssh senang mati nti ngan keluarga terdekatlah kita nak mtk tulun nak sedekah alfatihah nak bc yasin dan sebagainya...ni dah tahap x tau nak beza politik ngan hubungan sesama umat huhu
Assalamualaikum krole
Kena fikir di luar kotak bila berpolitik.
tuh yang CP paling tak suke sekali part politik nih, bukan la CP tak minat politik, CP antara yang amek tahu pasal politik dan ada pandangan CP sendiri...
tapi CP cukup tak minat dengan ketaksuban sesetengah orang...
xpatut dicontohi
ikatan keluarga akan kekal bila2 walaupun dibuang
sampai mcm tu kn..kadang2 sbb ketaksubkn ni la yg bergaduh..payahkan..
lamanya zara tak jalan2 kt blog krolezone ,,cibuk sgt..rindunyaa..huhuhu..
baru sempat nak ke sini...
psssttt wahhh shopping ekkk zara ya..
kerana politishit . ehmmm
manusia hina dina mcm tu la serba tak kena waima mengaji kehujung dunia
x baiknye...ish2
Post a Comment