Petang tadi waktu krole on the way balik ke rumah dari pekan... kat satu simpang ni ternampak sekumpulan orang berkumpul ramai-ramai. Dalam kepala krole ni memang dah bajet "ni mesti kes kemalangan...". Dek perasaan ingin tahu yang membuak-buak krole berhenti kat tepi dan pergi ke tempat orang ramai berkumpul tadi. Waktu krole nak sampai tu... tiba-tiba suasana jadi kecoh... tiba-tiba nampak seorang pakcik ni terbang kiri dan kanan... dan seorang pakcik ni pula menepis ala-ala zapin begitu.
Rupanya pakcik berdua tu adalah owner kereta yang berlanggar tadi... huh! macam-macam jurus diaorang keluarkan... yang ramai-ramai tu pula jadi penonton setia dan ada pula yang siap bagi sokongan padu kat pakcik berdua tadi. Aduh! tak bolehkah runding cara baik... krole faham juga kalau jadi benda macam ni... darah memang naik mendadak, cuba istigfar dulu... ni main fire-fire pula. Krole rasalahkan... umur pakcik tadi dah level-level macam ayah krole... so kecewa beb! tengok benda macam ni. Nak juga krole pergi leraikan tadi tapi... bila tengok jurus-jurus diaorang huh!. Terpaksa jerit kat tepi je "sabar pakcik! sabar pakcik!". Bila encik polis datang barulah pakcik berdua tadi berhenti... siap berdarah-darah lagi muka huh!. Tak padan dengan usia... kalau budak-budak nampak... tak kah jadi ikutan... hm...
p/s : apa-apa pun cuba bawa berbincang dulu~
11 Komen:
ish!! malula tngok perangai cm tu..nape tak bleh bincang elok2..tpi skarang ni byk kut owg lama2 ni..macam tak reti nak bersabar terus nak terjah je..=)
fuh..lau pergi leraikan td..makne kate ngan krole2 sekali terbang lah jawabnye.
huishh ganasnya depa.yelah,kan benda dah nak jadi,tapi kan boleh bincang elok2 huuh...
isk.. sungguh memalukan.. mcm kawan zie cakap, yang tua2 ni la terlebih emosi.. =.='''
Waauu dahsyatnya pakcik..risau juga kot2 terlanggar anak org atau kereta..xpepasal kena karate..
hadoi... kan kita bole duduk berbincang... memang lah marah, tapi kalau bertumbuk begitu, hape pun tak dapat... sakit dapat ler...
dh tua² buat perangai mcm tu.. haishhh
lau marah pun lau kereta leh baik balik xpelah..hahaha
lau lah terjadi pd el..el ternpk kes mcm ni..seboleh el lah kan nak jerit kuat2 kat diorg ni..smpi diorg terkejut berukmaknyehh..boleh x mcm tu krole..:)agak2 el leh buat ke mcm tu nak redakan pergaduhan yg xde untung tu :) kbai
biasa dh tu ramai penonton dari menolong,
lg yg x tahan ada yg siap rakam,
yg tu mmg xleh diterima,
hu3..smpai gaduh2 tu =) pelik2..kalau ambe p balai la..lpas 2 kalau nk sman, boleh je sman..mcm, awatlah yg tgok pn xleraikn pergaduhan..xptt2..
tak matang lg kot..hihi
Post a Comment