Friday, September 13, 2013

Perbetulkan Semula Niat

Semalam krole ada terjumpa seorang sahabat lama kat surau... sekarangni dia kerja sebagai cikgu sekolah rendah di Kota Kinabalu. Lama tak jumpa so panjang juga kitaorang sembang semalam. Sembang punya sembang keluar cerita bab kewangan, dia mengeluh kerana walaupun bergaji besar... terasa macam tak cukup je... lepas tu dari mula dia berkerja sampai sekarangni langsung tak ada simpanan. Dipendekkan cerita... bagi krole benda begini selalu berkaitan dengan niat berkerja, hutang atau keberkatan sesuatu pendapatan tersebut.

Jangan korang hairan kalau ternampak seorang nelayan yang dah berkeluarga dan pendapatannya tak lebih dari RM600 sebulan boleh hidup dengan bahagia... manakala orang jutawan yang berpendapatan jutaan ringgit sebulan hidup dalam kesedihan. Allah Maha Kaya... Dia akan memberikan kecukupan kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya. Perbetulkan semula niat berkerja tu... mencari rezeki tu kan ibadah, laksanakanlah ia kerana Allah S.W.T dan bukannya kerana niat yang menggebu untuk mendapatkan kebendaan duniawi.

Sekiranya niat kita mencari rezeki betul... InsyaAllah akan menjadi orang yang Qanaah (berasa cukup dengan hasil yang diperoleh), berlapang dada, puas, dab sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberikan kepadanya. Inilah kekayaan yang sangat berharga sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW :

"Orang yang kaya itu bukanlah dengan banyaknya harta benda, 
tapi orang kaya adalah yang kaya jiwanya." (Hadis Riawayat Muslim)


p/s : renungan untuk kita bersama~

17 Komen:

Akupenghibur.com said...

setuju dengan entri ini ,yang penting niat kita bekerja dan kerja kita lakukan mestilah betul-betul ( tak ada curi tulang)

Unknown said...

terima kasih ! kena betulkan niat ni balik, terima kasih

Unknown said...

Yup...bekerja tu kan IBADAH...niat kena betul...abess tak tau nak niat apa...niat nak tolong maka bapak, tingkatkan ekonomi keluarga..tolong orang susah......lillahitaala...

x0x0 ^_^

Vee said...

Setuju. Kalau ikhlas, maka berkat akan turun =)

norhasnizakhalid said...

betul-betul... ada jugak mama pernah terfikirkan hal itu dulu,... gaji ciput, tapi hidup senang... tapi kita gaji up sikit lah.. hati tak keruan....

Din said...

bagus entri ni.kadang2 kita lupa benda mcm ni.naseb baik ada sahabat tolong ingatkan

Scripters said...

Untuk hidup bahagia jangan sesekali melupakan Allah...

Unknown said...

yup, rezeki di mana2 , dan bahagia itu susah untuk dicari. :) semoga dirahmati ALLAH :D

Unknown said...

Setuju.. keberkatan rezeki tu yang paling penting.. Kalau mengulat time kerja tu.. memang susahlah nak dapat berkat..

Lydia Miza said...

Itulah pentingnya rezeki yg berkat

mychickenfloss said...

Sokong krol.well said. sume bermula dgn nawaitu. betul nawaitu inshaaAllah mudah jalannya.

Unknown said...

betul tu..kalau niat kita betul iA semuanya akan diberkatiNya :)

Luqman Zakaria said...

betul2 :) setuju! nawaitu tuh penting.

Rohayu Md Isa said...

betul2 ... kalo takdak keberkatan byk mne pun gaji xkn pnah cukop punye

Unknown said...

Haaa benar sekali..ia bergantung kepada niat berkerja, hutang atau keberkatan sesuatu pendapatan tersebut.

Bunda_nora said...

YANG PENTING NIAT KITA KENE BETUL...

Unknown said...

Alhmdullilh..semoga kita menjadi seorang yg bersyukur dgn apa yang ada..Amin..