Monday, September 23, 2013

Penat Tapi Puas

Assalamualaikum... alhamdulillah dapat juga update entri untuk hari ini. Rasa lain macam je kalau tak dapat update entri (tegarnya aku). Ok! hari ini nak kongsi kisah benar yang bukan tiruan kat korang semua... Pagi tadi waktu krole dalam perjalanan nak ke pekan Beaufort (nak beli barang dapur). Krole ternampak seorang makcik kat tepi jalan ni sedang melambai-lambai ke arah kereta yang lalu-lalang kat sana. So waktu dah dekat dengan makcik tu... krole perlahankan kereta dan turunkan cermin tingkap. Dipendekkan cerita hihihi... krole berhenti ke tepi dan terus pergi ke arah makcik tu. Rupanya tayar kereta makcik tu pancit... so waktu tu juga krole menawarkan diri untuk membantu tukarkan tayar keretanya (sebab makcik tu seorang je). Walaupun sedikit lambat namun semuanya berjalan dengan lancar, biasalah beb! bukan tiap hari buka pasang tayar ni... waktu krole tukarkan tayar tu... panjang juga kitaorang sembang. 

Oh... rupanya makcik tu taukey sebuah restoran kat pekan Beaufort ni... bila dah selesai krole terus minta diri dari makcik tu, kelam-kabut makcik tu menyeluk poketnya dan mengeluarkan duit... melalui jelingan mata krole waktu tu rasanya macam RM50 hahaha!. Sambil buat muka cool krole pun kata "tak apa makcik... saya ikhlas". Senyum makcik tu... yang bestnya bila dia kata macam ni "kalau ada masa... datanglah ke restoran makcik... makcik belanja" pergh! macam nak melompat katak je waktu tu hahaha!. Seronok beb! walaupun penat tapi terasa puas sangat hati ni bila dapat membantu sesama muslim dikala mereka memerlukan. Tengok...  tak sangkakan? niat krole mulanya hanyalah nak ke kedai... tak sangka pula dapat kawan baru dan yang bestnya nak kena belanja makan yeah! ok makcik nanti saya bawa satu kampung pergi ke restoran makcik hahaha!. happy blogging semua. 



p/s : siapa nak ikut krole pergi ke restoran makcik tu? hihihi~

10 Komen:

PCL said...

budi baik insyaAllah baik juga balasannya. bagus krole ni semoga mendapat rahmatNya

Unknown said...

Bantu membantu amalam mulia.. :-)

Akupenghibur.com said...

bila kita buat baik dengan orang, pastikan akan ada kebaikan untuk kita dari orang itu tu atau orang lain

Fais-SKA said...

Alhamdulillah =) ukhwah dan ikhlas tu pnting..terbaik la bro Krole..anda mmg prihatin..inshaa'Allah, pasti Allah permudahkn urusan kita

Anonymous said...

bila niatnya ikhlas, terasa puas dalam hati sebab kita buat kerana Allah :D

PeRdU cINta said...

nakk ikut juga..hehehe..Alhamdulillah..tak sia-siakan bila kita mula berbudi dan berbudi bahasa..kerana kelak kita uga yang akan tuai hasilnya..rezeki itu kalau nak dating dengan pelbagai carakan..

PeRdU cINta said...

nakk ikut juga..hehehe..Alhamdulillah..tak sia-siakan bila kita mula berbudi dan berbudi bahasa..kerana kelak kita uga yang akan tuai hasilnya..rezeki itu kalau nak dating dengan pelbagai carakan..

Unknown said...

sempat lg yer menjeling.
hahaha..
terbaek ler mr.krole,
rezeki orang baik.

Unknown said...

rezeki nak masuk dengan pelbagai cara bro hehe:)
Tutorial Pasang Design Sendiri Pada Baju

Unknown said...

haha jahat..bankrap la makcik tu bawak satu kampung..tp puas hatikan dpt tolong org dgn ikhlas..