Thursday, September 12, 2013

Gol Sampai Blackout

Pergh! perlawanan diantara skuad negara menentang Thailand semalam adalah perlawanan yang amat krole nanti-nantikan. Berbekalkan semangat yang berkobar-kobar seawal jam 8 malam krole dah terpacak kat depan TV. Kena pula... Mrs. krole siap sediakan nescafe panas berserta biskut kering kegemaran daku. Huh! memang marvelous beb!. Bila perlawanan mula berlangsug pergh! memang tak senang duduk tengok. Untuk pertembungan ini Malaysia banyak menurunkan pemain simpanan (nak bagi rehat pemain utama kot?).

Tapi serius beb! rentak mainan yang diaorang perlihatkan adalah terbaik... dalam minit ke 12 kalau krole tak silap, Malaysia sudah menjaringkan gol melalui pemain Nasir Basharuddin... gol!. Huh! semangat beb! dan rentak permainan semakin rancak lepas tu... dalam minit ke 28 yes! Malaysia berjaya mendapatkan sebiji lagi gol melalui pemain no.11 iaitu Rozaimi Rahman (pemain pujaan krole). Apa lagi... melompat krole menjerit gol! tiba-tiba... aik? kenapa gelap ni... aduh! boleh pula blackout waktu macam ni argh!... hingga tak ada kata-kata yang boleh mengambarkan perasaan krole waktu tu. 30 minit krole bertahan depan TV namun tak ada perubahan... dengan perasaan kecewa krole terus masuk ke bilik dah blackoutkan mata ni hahaha! aduh... sabar jelah. Happy blogging semua.



p/s : rupanya Malaysia menang 3-0 keatas Thailand... tahniah Malaysia (baru tahu pagi ni)~

15 Komen:

Unknown said...

krole..bukan sahaja lampu je blackout ni.. apsal blog u pun blackout juga.. nak baca kena highlight dulu.. huhuhu..

Unknown said...

hahaha...siannya..tak sempat nak habiskan kegembiraan untuk tengok bola Malaysia..hahaha

Unknown said...

Hahahaha,,bila Krole celik mata keesokannya, Thailand 5 Malaysia 0..haha

Luqman Zakaria said...

alamak..mmg spoil ler kn..game tgh baikk punyer..3-0 tuhh..

Fiza Aizzawa said...

sm cm ktorg.. mule2 cm bosan jer.. tukar channel ngk korea.. pastu dah nk abeh rupe2 nye dah 3-0.. tahniah harimau malaya...

norhasnizakhalid said...

haha.. mama tengok jugak malam td, tapi tak berapa nak feel lah, mama sakit perot! kena pergi klinik.. hihi

Akupenghibur.com said...

yeah menang,, tahniah malaysia :)

Unknown said...

Hehehe..tak minat sgt bola..apa2 pun tahniah malaysia..=D

el said...

boleh lak b/out time hang dok bersorak tu krole..kahkahkahkah padan muke!!!nasib HMalaya menang

xtgk pun bola..xminat hehe

mychickenfloss said...

xpe..apepun m'sia menang!yeay!Rozaimi mmg terbaik! hehe

Fais-SKA said...

ha3..keciannya..ptong stim btol kn bro krole =) ape pn thniah bt harimau malaya..permainan diorg smlam terbaik la..

Mizz Aiza said...

baru je semangat krole tengok bola, kecewa juga la kalau tiba-tiba blackout.. sabar aje la kan..
p.s:tahniah kepada malaysia kerana telah menang 3-0.. :D

Unknown said...

boleh pulak blackout masa tgh2 syok tu kan..btw tahniah kepada pasukan malaysia kita :)

Unknown said...

yeah malaysia menang lg..terbaik la
isi tabung krole sini
jemput join segmen ni :

http://umikasum.blogspot.com/2013/09/segmen-simple-mudah.html

pemenang akan memenangi hadiah:
CD Pocket + Apron + Wallet
Cellphone Jewellery Sticker + Ankle Bracelet
kalau free...jom join sekali :)

Vee said...

Hahaa.. Tengok ulang tayang saja laa geng :P