Assalamualaikum... ok! straight to the point, hari ini krole nak join sebuah mini giveaway daripada Sabreehussin dot com. Tajuk mini GA ni adalah seperti diatas hm... (tengah berfikir dengan serius). Disebabkan topik kali ini serius so krole cuba seserius yang mungkin untuk membuat entri ni (dengan muka serius). "Apa yang saya belajar tentang buat duit dengan blogging?"... perkara pertama yang krole pelajari tentang buat duit dengan blogging ni adalah ia bukanlah sesuatu perkara yang mudah....? hahaha!. Susah beb! buat duit dengan blog ni... kalau mudah hm... rasanya dah ramai blogger berstatus jutawan sekarangni.
Untuk menjana pendapatan melalui blogging kena ada teknik yang betul (masih tengah belajar), kena ada daya usaha yang berterusan (tengah berusaha), dan pendedahan yang luas (berkenaan pasaran). Kalau tak ada ketiga-tiga ni hm... susah nak kata. Sekarangni ramai blogger mengunakan kaedah pengiklanan didalam blog sendiri, contohnya dengan menyertai Nuffnang... seorang blogger boleh menjana pendapatan melalui komisyen per klik ke atas iklan daripada syarikat Nuffnang.
Tapi kebelakangni krole mula belajar cara menjual produk fizikal melalui blog... contohnya kalau korang masih ingat? ada haritu krole buat entri berkenaan "Buaian Elektronik POPO" yang khas untuk pasaran sabah saja. Alhamdulillah... melalui entri itu, minggu ini saja dah 4 buah krole dapat jual disini... yang bestnya kebanyakkan mereka dapat maklumat tentang jualan produk tu disini. Mungkin disebabkan platform blogspot ini mesra dengan engin pencarian. Oklah... rasanya itu saja kot... harap entri ini menepati syarat dan menang yeah!.
p/s : jom join ramai-ramai... tarikh tutup pada 15 oktober 2013~
18 Komen:
luqman sokong..menjana duit dengan blogging bukanlah perkara yg senang..pentingnya disini..kita xboleh putus asa ..kene berusaha lebih..
dari blog boleh dapat sales? hebat tu.
tapi bukan sesuatu yang mustahil
terima kasih untuk penyertaan dan sokongan :-)
hebat tu krole... mama nak tukar template mesra seo tak lagi kot... kena banyak belajar lagi ni,, pelan-pelan kayuh...
tahniah tau.. :)
selain di jejaring soaial jualan bisa juga memanfaatkan blog pribadi, apalagi kalau blog yang di punyai trafiknya cukup banyak, salam kenal kawan
syuk pun kena belajar lagi . hehe. ni step yg bagus ni bro krole :D
inshaAllah kalau betul caranya :)
Saya juga menyertai contest ini :-)
niat yang baik..cara yang betul pasti ganjarannya juga manis..semanis kurma..ada kurma kering dan basah..ada kurma kecil dan besar..begitulah kita..kadangkala lambat tetapi lumayan..adakala sedikit tetapi laris..sukar dijangka tapi bila ia milik kita maka kembali kepada kita juga.. :)
tahniah ! krole...
tahniah..apa pun kena isi tabung nuff kawan2. bantu antara satu sama lain.
alhamdulilah tahniah :)
takutnya nak join GA mcm ni..terus hilang idea nak tulis..haha
all the best ! rajin yer join segmen2 ni gak..hehe
kalu full time kt rumah mmg sesuai rebut peluang sebegini!
tahniah krole berjaya buat sales dgn blog ni, harus dibanggakan..dan juga berjaya buat entri ni..pcl pon ada jemputan ..rasanya mcm xde idea nak share pasal duit blog ni..tgk lah mungkin memburu hadiah misteri *peserta paling akhir join..mungkin :) .
wah....all d bez krole berbisnes dgn dunia internet ni
blh jd inspirasi yumida..mana lah tahu 1 hari nak bukak bisnes online gak
yumida isi tabung Nuffnang sini...selamat menabung :)
tahniah mr.krole.
dalam diam2 dh jadi duta POPO ni.
gud luck bro.
Tahniah krole.. :-)
Post a Comment