Sunday, June 9, 2013

Undi Krole : Digi WWWOW Award

Ok! lepas korang baca tajuk entri tu tolong terkejut, tak pun buat-buat terkejut seperti gambar diatas untuk menyenangkan hati admin yang nak buat korang terkejut hahaha! berapa banyak terkejut da. Ok! lurus ke titik (maksud straight to the point setelah ditranslate mengunakan google translation) hahaha!. Ok hari ini secara rasminya krole mengumumkan kepada semua bahawasanya blog kroleZONE mengikuti anjuran digi wwwow award dalam kategori "blogger of the year" yang ditaja oleh nuffnang. Korang tahu tak digi wwwow award ni? ok! kalau tak tahu korang klik saja kat sini secara automatiknya korang akan faham (sebenarnya malas nak terangkan). Mula-mula tu krole rasa ragu-ragu juga nak join anjuran berprestij seperti ini sebab diri ini baru setahun jagung dalam arena berblogging ni tapi setelah dipujuk rayu berunsur paksaan oleh beberapa sahabat blogger akhirnya krole akur. Amboi! betulkah ni krole?, jawapanya adalah... (bunyi dram) tak betul. Ok! bab tu krole gurau saja.

Dalam kategori "blogger of the year" ni hm...untuk menang tu... krole tengok amat tipis sekali, sebab ramai- blogger-blogger popular turut serta. Kalau dibandingkan dengan krole ni aduh! rasanya seperti langit dan bumi, blog diaorang tu cerita benda best-best... seperti melancong ke luar negara, makan kat restoran 10 bintang,... dan banyak lagilah... janji best. Kalau komen tu tak payah nak ceritalah... satu entri diaorang tu boleh dapat komen sampai seratus lebih pergh!. Kalau blog ni hm... rasanya banyak lagi penambahbaikkan yang perlu krole buat hihihi. Namun diri ini sentiasa percaya yang rezeki itu semuanya daripada Allah, manalah tahu tiba-tiba blogger kampung macam krole ni boleh menang kategori ni. Pergh! kalau menang confirm mulut orang-orang kampung yang perli krole berblog selama ini akan ternganga seluat lautan antartika tu. So krole mohon jasa baik korang semua, sekiranya berkesempatan dan rasa krole layak untuk anugerah ini... undillah sebelum anda diundi aduh! pula dah!. Nak undi senang saja, klik sini atau klik banner kat kotak official owner tu. Oklah krole kena jaga baby zahrah ni so happy blogging semua.



p/s : tiada yang mustahil dalam hidup ni~

16 Komen:

Bunda_nora said...

assalam,
dah klik dah..dah vote dahh..

Ranz Blog said...

in syah Allah aku buat kempen2

Unknown said...

all the best. teringin nk try jugak masuk, tapi segan. haha. sedar diri blog tak seberapa... tp klu nk try, apa salahnya kan?

Unknown said...

InsyaAllah sy undi sahabat blogger sy ni.. tahun depan KROLE undi sy pulak ok..

Sop said...

good luck
undi terus :)

Sop said...

good luck
undi terus :)

bicara mak dara said...

all the best dik

||aLeaSaRa|| said...

wah makin ramai kawan2 yang join ni,all the best ok otw nak klik ni yehaa..

Norfarhanah said...

Good Luck! InsyaAllah menang. Rezeki semua Allah yang bagi. Ingat tuuuu Hehehe http://akudot.blogspot.com/2013/06/mini-giveaway-by-zakieazid.html

Anonymous said...

wahhh gud luck taw krole :)

PeRdU cINta said...

selamat maju jaya mr krole..siapa tahu rezeki untuk familykan..yang penting usahakan..

Akupenghibur.com said...

acik support

PCL said...

semoga berjaya Krole.

puteri kasih said...

puteri support..good luck bro krole :)

Unknown said...

Hidup krole! krole! krole!

krole said...

to all : terima kasih semua bab suport...huhuhu kalau bule tolong pomotela skit...manala tau bule menang~ hihihi