Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, sebenarnya hari ini kat masjid kampung krole ada mengadakan program menyambut nisfu syaaban. Walaupun lewat sehari alhamdulillah... sambutan amat meriah. Ramai yang hadir tadi. Banyak acara yang diadakan tadi... contohnya seperti membaca yasin sebanyak 3 kali, doa selamat, dan ceramah agama. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar tadi, pihak masjid menjemput seorang penceramah dari Kota Kinabalu tapi... krole tak ingat namanya aduh! ternyata krole kena banyak makan kismis lepas ni hahaha! seronok beb! penyampaiannya santai dan mudah nak faham. Topik yang paling krole suka adalah keindahan bulan ramadhan, ya Allah... tak sabar rasanya diri ini nak menyambut bulan ramadhan,
Apabila semua aktiviti dah selesai tentulah beralih ke aktiviti makan kan? hahaha!. Berlaku pula peristiwa lawak tahap gaban tadi, dimana makanan yang telah dihidangkan oleh AJK masjid untuk para tetamu kurang? aik? macam mana boleh kurang ni?. Akhirnya ketua AJK bahagian makanan tadi dilantik menjadi detektif conan untuk menyiasat kes ini hahaha!. Rupa-rupanya ada dua tiga orang kanak-kanak melantak dulu sewaktu ceramah agama berlangsung tadi hahaha! yang menambahkan lawak ini sampai ke tahap dewa-dewa. Seorang daripada kanak-kanak yang terlibat tadi adalah anak kepada penceramah jemputan tadi hahaha!. Oklah... krole nak lepak dengan Mrs. krole dan baby Zahrah dulu so happy blogging semua.
p/s : Ramadhan dah dekat~
8 Komen:
tak sabar tunggu Ramadhan....
wah seronok kan menghadiri majlis ilmu..tunggu zahrah besar sikit..boleh bawa sekali..hehehehehe..budak budak kan..tak pe maafkan saja..hati hati detectif conan sedang menjalankan tugasnya..hehehehe..aah makan kismis jangan sesorang,,bg mr dan bb zahrah juga tau..Ramadahan pertama zahrah.. :)..saya sangat suka bila kita meriahkan masjid..
sabar aje la budak2 tu.. hihi..
biaselah tu budak2,,, tak sabar nak ramadhan
Alhamdulillah, he3 budak2 lapar sgt da 2 :)
Hahahaha...anak penceramah pun join sekali..
byk ke budak2 tu bedal smpi x cukup hehehe..
to all : huhuhu lawak beb! masa kanak2 tu kantoi...krole tngok semua muka merah padam hahaha! terutamanya ustaz penceramah tu...sebab anaknya pun terlibat hahaha! nak saja krole guling2 kat sana waktu tu. tp sebenarnya diaorang tak ambil bnyak pun... AJK masjid perasan sebab diaorang amik makanan kat meja VIP... tu yang kantoi tu
Post a Comment