Sunday, June 16, 2013

Kenduri Akikah Baby Zahrah

Amaran! entri ini mengandungi terlampau banyak gambar, so krole nak minta maaf kat semua terutamanya blogger yang mempunyai masalah line internet yang tak berapa nak kuat hihihi. Alhamdulillah syukur... majlis kenduri akikah untuk baby zahrah dah selesai semalam, gembira sangat hati ini bila dapat buat kenduri akikah untuk baby zahrah. Ohya! kenduri akikah ni krole buat berduet dengan abang sulung krole... kebetulan beliau pun nak buat kenduri akikah untuk anaknya iaitu baby noorfatihah. Pendek cerita memang meriahlah kenduri akikah semalam.

 Ya! yang berbaju hitam ni adalah ayah krole, bergegar juga tangan beliau semalam... hahaha! sebab baby zahrah susah nak duduk diam hihihi, al-maklumlah... kalau nak diikutkan waktu tu baby zahrah dah lena diulit mimpi dah. Baby noorfatihah pula tak ada hal punya hihihi... sebab baby noorfatihah 9 bulan umurnya, so macam faham sedikit-sedikit dah.

Ok! yang handsome berbaju oren ni pula adalah mertua krole a.k.a ayah Mrs.krole... waktu ni beliau sempat bertanya kat Mrs. krole... "nak gunting fesyen apa ni?" hahaha! tu yang Mrs. krole tergelak waktu ni.

Dan yang ini pula adalah datuk krole... merangkap moyang baby zahrah hihihi... datuk suka sangat cium pipi cicitnya ni... katanya comel hihihi...

Inilah wajah kesayangan hamba, suka sangat bila nampak wajah gembira Mrs. krole dan babby zahrah, eh? baby zahrah siap buat gaya tu hihihi... comelnya anak ayah!.

Amboi! waktu ni terasa macam bersanding pula... jenuh melayan karenah keluarga yang nak ambil gambar hahaha! 

Waktu ni majlis dah nak selesai... so apa lagi... krole dan big brother pun ambilah peluang bergambar sama-sama. Tema diaorang malam tu hitam... manakala krole sekeluarga kelabu silver (betulkah?). Oklah sebenarnya krole nak rehat-rehat dulu ni so happy blogging semua.



p/s : terima kasih~

11 Komen:

Lieza Nordin said...

wahh..comelnya baby zahrah.. alhamdulillah smuanya bjalan lncar :))

CD said...

Alhamdulillah :) okay apa kalau bersanding sekali lagi.. hahaha... eiii.. geramnya tengok si zahrah tu.. comel!

Unknown said...

Wahh.. Alhamdulillah selesai jua.. cutenya baby zahrah posing.. comel mcm maknya..

Bunda_nora said...

Alhamdulillah,

selesai sudah majlis akikah..semoga baby zahrah membesar sihat dan menjadi anak yg solehah nanti...amiiin

Mizz Aiza said...

comelnya mrs krole dan baby zahrah.. :D

Akupenghibur.com said...

comelnya baby zahra :)

PeRdU cINta said...

Alhamdulillah selesai semuanya dengan selamat dan sempurna..syukur..dah selamat baby zahrah dan sepupunya diakikahkan..walaupun sekadar sunat hukumnya namun sunat yang sangat dituntut,,moga semua baik baik sahaja..mr&mrs krole jaga baby zahrah elok elok ye.. *,* comel kalian berpakaian sedondon..

Unknown said...

comel nyer...baby zahrah..

Anonymous said...

Smoga Baby kedua2 nye membesar mnjadi manusia yg dpt membanggakan kedua ibubapanya...
Bestnye dh ade anak... (^_^)

Fais-SKA said...

majlis akikah ni dibuat antra sdra mara je ke?? meriah je ambe tgok :) comel anak krole..smoga bhgia2 sllu disamping kluarga..

Unknown said...

alhamdulillah semuanya selesai..lepas ni kumpul duit beli kamera balik.hoho..baby zahrah putih sangat..comel.. ^^