Thursday, June 20, 2013

Hadiah Dah Sampai

Alhamdulillah... tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia nampak bila dia berkaki ayam?. Amboi! macam pelik saja bunyinya kan?. Ok-ok! pembetulan... tuah manusia hanya Allah saja yang tahu. Awal pagi ni krole dapat panggilan dari pejabat pos kat pekan krole ni. "Encik... pihak kami ingin maklumkan, bungkusan pos laju untuk encik dah ada kat pejabat pos ni so datanglah ambil!!!". Hm... beginilah kalau popularkan? ini mesti surat dari peminat krole, kalau tak layan nanti diaorang kata sombong pula (aduh! perasan betul budak ni). 

Bila dah ambil bungkusan tu.... krole pun terus balik ke rumah dan mengoyakkan bungkusan tadi dengan bersungguh-sungguh... aik? ini bukan surat dari peminatlah?. Wuah! ini hadiah dari segmen Blogger Mak Dara haritu, untuk pengetahuan semua... krole menang ya hahaha! (ketawa jahat). Syukur sangat... krole menang "buku 101 doa mohon makbul" tajaan Blogger Zamani Abe.

Terima kasih bro Zamani Abe... krole suka sangat hadiah ni... bro pun tahu kan yang krole memang dah lama cari buku ni. Seronok beb! dahlah buku ni dipenuhi dengan doa-doa terbaik. Siap ada gambar kartun pula tu huhuhu. Alhamdulillah setelah membaca buku ni tadi krole dah dapat hafal satu doa berguna iaitu "doa semasa meletakkan anak di atas riba". Oklah! krole ada kerja sikit ni so until next time, happy blogging semua.


Iklan : "Sila Klik Sini untuk undi krole dalam digi wwwow award sebagai "blogger of the year".

p/s : jom kenal-kenal dengan dua orang blogger supporting ni~

16 Komen:

Akupenghibur.com said...

wahhh seronoknye....... tahniah

Bunda_nora said...

assalam,

memang pun krole ramai peminat...dah 2 ribu lebih dah, tahniah lah dapat hadiah ye..

Mizz Aiza said...

wah.. tahniah krole.. semoga terus murah rezeki lepas ni.. :D

Lieza Nordin said...

:) tahniah..smga terus murah rezeki ^^

Fais-SKA said...

ALhamdulillah..he3 tahniah bro krole :) gempak kot hadiah 2..

Cekgu Norazimah said...

wah ! mcm best jer buku tu,ada jual ker dekat popular? tak pernh nmpk lak

Shaiful Zaidi said...

Tahniah krole..

aku dan tawarikh said...

tahniah2.. nanti nk masuk jugak la ga or contest blog nih..jeles tengok org menang.huhuhu

Anonymous said...

Tahniah Bro... (^_^)
Bile la plaknye Giorgio nk dpt Hadiah yea... He3

hana hadi said...

tahniah :)

el said...

boleh lah share2 doa2 lam buku tu krole..jgn kemut sgt boleh hahaha

nti setiap n3 lau hang rajin hang tulis kt akhir n3 hang tu taw..

xnak xpelah...kbai

bicara mak dara said...

Yeayyy hadiah dah sampai.. Tahniah krole .. dan terima kasih kerana sudi join segmen mak dara aritu... pada Zamani terima kasih kerana sudi menjadi salah sorang dr penaja segmen mak dara itu ya.. u guys are awesome

Mizz Aiza said...

salam krole.. aiza dah send tuto kotak komen tu katshoutbox.. tapi aiza komen kat sini juga la..

http://maribinablog.blogspot.com/2011/11/terkini-cara-pasang-fungsi-threaded.html

fyna said...

tahniah krole.

ala... krole kan memang pemes pun ^_^

boni kacak said...

lepas ni bolehlah pinjam setahun dua.hahaha :P

Unknown said...

Wahh bestnya dapat buku tu...tahniah..