Tuesday, June 4, 2013

Gara-Gara Lampu Signal

Krole harap entri kali ini dapat memberi ikhtibar kepada semua, terutamanya yang mengunakan kenderaan... tak kiralah samada motosikal ataupun kereta. Pagi tadi krole dan mrs. krole keluar membeli barang-barang dapur sikit, so waktu dalam perjalanan nak balik ke rumah tiba-tiba... krole ternampak sekelompok manusia berhimpun kat tepi dan tengah jalan. Waktu tu sangkaan krole hm... mesti ada roadblock encik polis kat depan tu?. Semakin krole menghampiri lokasi tu pergh! rupa-rupanya ada kemalangan berlaku, sebenarnya pada mula tu krole nak lalu saja... bukan apa, waktu tu krole tengok memang dah ramai gila kat sana dan krole sekeluarga nak balik cepat tapi... bila krole terlihat kereta yang terlibat dalam kemalangan tu huh! "kereta makcik tu!" kata krole kepada mrs. krole kat sebelah. Terus krole berhenti kat tepi jalan... perkara pertama yang berlegar dikepala krole waktu tu adalah keadaan makcik krole. Alhamdulillah walaupun kereta rosak teruk (seperti didalam gambar) beliau ok tanpa sebarang kecederaan. Terus krole bertanya dengan makcik "auntie camna benda ni jadi?". 

Oh! rupanya perkara ni terjadi disebabkan rider yang berhelmet putih kat atas tu, beliau berhenti secara mengejut ditengah jalan? (menurut makcik krole). So krole terus bertanya kepada pakcik yang membawa motor tu "kenapa pakcik berhenti tiba-tiba?". Oh! rupanya menurut beliau, dia sebenarnya nak masuk ke simpang kiri dan menurutnya lagi dia dah tekan lampu signal? aik? akhirnya polis tiba... dan setelah memeriksa dan menemuramah kedua-dua belah pihak... akhirnya pakcik rider tadi didapati bersalah kerana berhenti secara mengejut ditengah jalan? Rupa-rupanya lampu signal beliau hangus, terbakar, rentung, hm... apa lagi ya? ah! kira rosaklah! namun beliau tak perasan. Waktu tu krole terus gerak, bukan apa... kasihan tengok mrs. krole dan baby zahrah menunggu kat dalam kereta (lagipun makcik dah ok waktu tu), huh! bahaya juga kan benda-benda macam tu... nampak mudah tapi tak boleh ambil mudah, kalau tak pergh! confirm jadi macam diaorang tadi. So nasihat krole kepada semua pengguna kenderaan, sebelum bertolak kemana-mana periksa dahulu lampu signal ni, manalah tahu kan? oklah happy blogging semua.




p/s : moga Allah permudahkan urusan mereka~

18 Komen:

Akupenghibur.com said...

meang bahaye.. kena rajin2 check kereta or motor.. kadang kita bawak dengan berhati2 .. tapi orang pulak yang tak berhati2.. minta di jauhkan dari berlaku yang bukan2

hana hadi said...

xda yang bersalah la kan. alhamdulillah :)

peringatan untuk diri sendiri. sentiasa check kenderaan

||aLeaSaRa|| said...

alhamdulillah makcik krole takde apa2..kak lea pun kadang2 risau tiap2 hari drive ke office.macam2 peel driver tu satu hal.condition kenderaan mereka kita tak tau,kan.signal memang penting,kena check kot terbakar ke apa ke huhu..

KM7 said...

Berhati-hati di jalan raya

iAmCekbolat said...

ni yg bolat takut kalau bawak motor . hmmm dari kiri nak ke kanan atau kanan ke kiri . haishh

PeRdU cINta said...

malang itu sukar dijangkakan..berhati-hatilah walau di mana pun berada..walau sedang berjalan kaki sahaja..baca doa sebelum bergerak ke mana-mana..moga perjalanan dilindungi Allah..andai berlaku juga..itu adalah ujianNYA..

Unknown said...

alhamdulillah la tak apa2 kan..huuh..sebelum nak keluar lepas ni kena buat check la apa2 yang patut

Lieza Nordin said...

kalau kita y berhati2, pemandu lain lak y buat hal..huhu.. sama2lah menjga keslamtan di jalan raya :)

Anonymous said...

Halamak. Patut la masa belajar ambik lesen L dulu kena cek signal sebelum jalan.

caliph shuriken said...

owh, noted.. btul jgak kn kdg2 kita x perasan lampu signal kita ada problem sehinggalah ada org lain bgtau kt kita, huh...

Anonymous said...

sebelum sempat baca entry tadi, saya terus tengok gambar yang pertama. Ingatkan kereta dalam gambar tu mr. krole punya. kehkehkeh

Unknown said...

Selalu sgt kena mcm tu lg2 dgn penunggang motor..kalau dah rosak kan naye..nak kena baiki, terkejar masa, nak guna kete, duit lg..menyusahkan org..

Bunda_nora said...

assalam,

itulah pasal kadang2 tu kita dah lebih berhati2 memandu tiba2 orang lain plk yg penyebab kemalangan dengan kita...

bunda selalu ingatkan anak2 bunda, apa lagi yg bawa moto malam2 tu...cek semua lampu, brek dan tayar dan pastikan ada lampu sisi..

mrpolie said...

Kena rajing check lampu2 yg ada kat kenderaan kita tu...

el said...

pasaipa hang dok benti tgh jalan..kut ye pun pi lah tepi jalan..kan menganggu penguna jalan raya..haiii ni sure x pikiaq dah....sib bek la xde pape yg berlaku

H.A said...

assalam...bahaya juga...kdg2 kite tak perasan yg lmpu signal or lampu break kite osak...kne ade org lain bgtau baru kite tau knn... hihihi

Sop said...

nasib baik x da kemalangan nyawa

periksa kenderaan anda :)

tehr said...

memang bahaya bila lampu signal tak menyala
boleh menempah maut tu