Friday, June 21, 2013

Buaian Ajaib Popo

Hari ini merata krole mengembara bersama Mrs. krole dan baby Zahrah (mengembaralah sangat). Disebabkan diri ini terlampau kasihan kat isteri tersayang dan teringin untuk meringakan kerja beliau sedikit so hari ini kitaorang mengembara untuk mencari satu benda ajaib yang dinamakan buaian popo?. Apakah sebenarnya benda yang berbunyi seperti senjata hikmat ini? (amboi) hahaha!. Ok-ok! sebenarnya hari ini krole sekeluarga keluar mencari buaian popo untuk baby Zahrah, hah! tak tahu apa itu buaian popo?. Ala... tu yang buaian automatik tu. Bukan apa kadang-kadang tu kasihan krole tengok Mrs. krole, dek gara-gara aktiviti membuai ni sampai lenguh-lenguh tangan.

So krole cadanglah untuk membeli buaian popo ni, alhamdulillah Mrs. krole setuju... tapi... susah beb!. Dari pekan Beaufort ke pekan Membakut pergh! tak jumpa kedai yang jual benda ni, hampir putus asa juga kitaorang mencari benda ni tadi tapi... kalau dah rezeki tak akan ke mana kan?. Kitaorang jumpa juga buaian popo ni kat pekan Bongawan tadi, huh! 3 pekan kitaorang terjah baru jumpa benda ni, dan syukur sangat harganya kitaorang mampu. So lepas cuba, try, test tadi terus krole beli dan setting kat rumah. Pergh! memang best guna benda ni dan syukur baby Zahrah dapat terima... Lena tidur anak ayah hihihi. Seronok rasanya bila dapat mengembirakan keluarga, lagipun krole tengok tadi muka Mrs. krole dah bercahaya-cahaya kegembiraan hihihi. Oklah nak sambung kerja sikit so happy blogging semua.


Iklan : Sila klik sini untuk undi krole dalam digi wwwow award sebagai "blogger of the year".

p/s : ajaibnya buaian itu~

15 Komen:

el said...

sng kan ada buai automatik ni
nak wat kerja rumah pun senang
dulu anak2 el semua pakai buai automatik..tp kdg2 bb xmo..dia nak gak mak pak dia buaikan..dah mcm tahu2 je

dulu igt lg el baru nak setting auto...baru angkat kaki..bb dah ngis..baru nak angkat kaki dah nagis..tau2 je mama dia nak tggl dia hehehe

Farah Waheda Wahid said...

Farah...In Shaa Allah kalau dah keluar baby ni dalam bulan 12 nanti, tak mo ajar tidur buaian... heee... senang nanti tak yah nak angkut buaian sana sini kalau pegi mana2...

Anonymous said...

muka bercahaya :3 hehe

Sop said...

hari tu ada juga nak beli (masa zaman azfar pakai buai kat rumah)
agak memudahkan..
tp xleh nak nyanyi lah kot.. hehehe

boni kacak said...

wah.. boleh den cuba nanti ni.. hehe

Akupenghibur.com said...

hhehehehehe wahhh sedapnye mkin tido lena jawabnye

Mizz Aiza said...

semoga tidur lena baby zahrah.. :D

puteri kasih said...

makin lena la baby zahrah tidur yer :)

Unknown said...

Waahh ibu bapa yg bagus..sanggup pergi jauh2 cari buai.. ye la kn..senang sket buat kerja..

PeRdU cINta said...

alhamdulillah..usaha pasti membuahkan kejayaan..yg penting jangan berputus asa..moga baby zahrah lebih lena..dan ciri keselamatan juga mesti di utamakan.. menggunakan elektrik..pastikan ketika hujan lebat,,petir dan kilat ada..mesti off kan..kalau tak ada berkaitan elektrik..ok on..

Mek Onie said...

ya ampunnnnnnn,lama gila tak datang blog niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii,sampai dah kawen dah si krole sorang ni,aummmmmmmmmmm :D

Unknown said...

alhamdulillah, rezeki bby zahrah kot :)

krole said...

to all : utk pengetahuan semua menidurkan ank dalam buaian sebenarnya tak salah, kita ibu bapa yang kena peka... jangan terlampau biasakan... macam krole buaian ini hanya kitaorang guna pada waktu petang saja... sebelah pagi dan malam baby zahrah tidur diatas katil seperti biasa~ semuanya dari kita kan... lagipun krole dan Mrs. krole berkerja... so petang waktu paling sibuk.

Fais-SKA said...

pkai bnda ni lg sng :) mmg sng hidup..toksah duk ayun guna tgn lagi..btw pekan Bongawan 2 kt mn eh??

Anonymous said...

He3...
Alat bantuan yg paling bergune dikala tangan dh penat nk menghayun buaian... (^_^)