Friday, June 7, 2013

Berjalan Kaki Ke Masjid

Assalamualaikum dan salam jumaat kepada semua, Sekarangni bila mahu pergi solat saja confirm jalan sesak dan susah nak cari ruang parkir kat kawasan masjid kan? hm... nampak sangat orang kita sekarangni kebanyakkannya berkemampuan beli kereta. Eh? keluar topik pula hahaha! sorry.. sorry. Ok sememangnya kita tahu pada hari jumaat ini setiap ibadah yang kita amalkan akan dilipat ganda balasannya kan? dan lebih afdhal kita berjalan kaki ke masjid untuk menunaikan solat jumaat secara berjemaah. Rasanya sekarangni melalaui pemerhatian krole sendiri, orang ramai lebih suka berkenderaan ke masjid termasuklah diri krole hihihi. Walhal sekiranya kita berjalan kaki ke masjid setiap langkah kita itu ada balasannya iaitu setiap satu langkah itu akan menghapuskan dosa dan mengangkat darjat kita di dunia dan akhirat.

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: 
"Sesiapa yang bersuci di rumahnya (berwudhu’), kemudian ia pergi ke salah sebuah rumah dari rumah-rumah Allah, untuk mengerjakan sembahyang fardhu, nescaya setiap langkahnya itu: yang satu menggugurkan dosanya, dan yang satu lagi menaikkan darjatnya setingkat lagi”  (Hadith sahih – riwayat Muslim)

Tapi bukannya satu kesalahan mengunakan kenderaan ke masjid ni, kalau rumah dah jauh sangat dari masjid takkan nak jalan kaki juga kan? nanti tak pasal-pasal bila sampai ke masjid orang dah selesai solat. Kalau guna kenderaan tu rasanya tak salahkan parkir jauh sedikit untuk mendapatkan pahala berjalan kaki ni, itupun kena niat dengan hati yang ikhlas ya. Lagipun berjalan kaki ni kan menyihatkan badan. Ok salam sayang dari krole sekeluarga, happy blogging semua.



p/s : jom pakat-pakat pergi masjid jalan kaki~

9 Komen:

Akupenghibur.com said...

betul tu , ala parking jauh sikit pon ok, itupon ada yang merungut parking jauh ... semoga amalan kita di terima ALLAH

PCL said...

yes bro Krole, seronok aku baca ada peringatan sebegini..terima kasih., ..aku ni, rumah dekat sangat dengan masjid pon naik motor...

Sop said...

kat kg biasa la berjalan sbb x jauh
kat opis mmg kena naik motor :)

Anonymous said...

betul betul betul. tak pun beli je rumah yang dekat dengan masjid. hihihi

PeRdU cINta said...

sambil berjalan tu sambil zikir..berganda-ganda dapat pahala..amin..semoga mendapat keberkatan dunia akhirat..

CD said...

so true... insyaAllah.. pahala itu semua Allah yang kira :)

Unknown said...

Jarak rumah dari masjid ada la 2KM.. tp disebabkan xnak berpeluh, hmm start kete jgk..sumbat ramai2 warga lelaki..pastu kul 2.30 xbalik lg sbb kete kena block..haha

Mia Liana said...

bagus tu krole... ;)

krole said...

untuk dapat pahala tu amat mudah diakhir zaman ni tap amat susah utk dilaksanakan..renung2kan dan bersama2lah kta muhasabah diri