Wednesday, June 5, 2013

Bela Toyol

Huh! tajuk entri dah angker dah... tapi cerita yang krole nak kongsi kejap lagi ni tak adalah angker sangat, cuma diri ini terpanggil untuk berkongsi tentang apa yang krole alami siang tadi. Biasa tak korang dengan ayat ni "hm... mesti diaorang ni bela toyol". Hah! biasa dengar hm... selalunya korang dengar ayat ni diucapkan kat mana?... ya betul! kat restoran a.k.a kedai makan. Ok begini ceritanya... siang tadi krole terjumpa seorang sahabat ni yang dah lama tak jumpa (rasanya nak 6 tahun), sembang punya sembang... tiba-tiba terasa haus pula plus lapar, so krole pun ajaklah beliau ke kedai makan yang paling top kat pekan Beaufort ni iaitu kedai nasi ayam sedap, pergh! nama pun dah sedap! rasanya pula pergh! purgh! porgh!... tak dapat krole nak terangkan macam mana hahaha! cuma korang bayangkan saja, kedai makan tu tak pernah lengang dengan pelanggan. Krole dengan sahabat tadi pun pesanlah nasi ayam kat sana... sambil tu kitaorang sambung tajuk persembangan yang tak habis tadi. Bila pesanan kitaorang sampai... kitaorang pun melompat-lompat dengan girangnya hahaha! ok! itu cuma gurauan semata-mata. Order sampai kitaorang pun makanlah hihihi, waktu tu krole tengok sahabat tadi makan dengan bersungguh-sungguh.

Lepas makan kitaorang pun sambung sembang sekejap dan bila terasa kerusi mulai panas disebabkan kitaorang dah lama duduk sana, Lepas bayar... waktu krole nak gerak, sahabat tadi sempat berkata kat krole "eh? role? kau tak hairankah makanan di restoran tu terlampau sedap?". Krole hanya senyum dan bertanya "kenapa geng?". Sahabat tadi pun mendekatkan lagi dirinya kat krole (amboi ayat ni) "mungkin dia bela toyol kot?", aduh! beginilah mentaliti orang kita kan, tak sedap salah kalau sedap pula ada kaitan benda-benda macam tu hm...? Sebenarnya tak baik kita berburuk sangka begitu, takut benda begitu menjurus kepada fitnah huh! minta-mintalah dijauhkan, tak salah kita belajar untuk sentiasa berbaik sangka kepada orang lain kan? ini sesetengah situasi orang jeling pun jadi satu masalah. Macam sahabat tadi krole dah basuh beliau kaw-kaw dan alhamdulillah dia pun setuju dengan apa yang krole kata kat dia tadi, bukan nak tunjuk pandai cuma ingat mengingati, manalah tahu satu hari nanti krole buat silap pula dan dia pula boleh menegur krole kan? oklah happy blogging semua.



p/s : toyol bukan mencuri ke kerjanya? hihihi

14 Komen:

puteri kasih said...

Tak tau plak toyol pandai masak..hahaha. setuju dengan cakap bro tu, tak sedap orang komplen..bila sedap pun nak juga cari penyebabnya. Entahlah manusia ni susah nak dipuaskan. Ada sahaja yang nak cari kesalahan.

Akupenghibur.com said...

hehe lepas ni toyol tu boleh masuk masterchef lah ..mentaliti orng kita

Sop said...

apa kena mengena toyol dgn makanan? hehehe
kalau kaya tu mungkin la ada toyol tolong cari duit... hehehe

Mia Liana said...

hmmm.. salah tajuk rasanya ni krole... patutnya pelaris niaga tu... heheheh

||aLeaSaRa|| said...

owh saja nak share,kawan husband mata dia tu boleh nampak benda halus.nasib baik abahnya guru agama so anak dia yang lemah semangat asyik ternampak benda halus,dipagari dengan pendinding.

satu hari husband pergi makan dengan kawan dia,tu.tempat tu femes dengan supnya yang kaw2.masa tunggu order,elok je kawan ni toleh meja sebelah.nampak makhluk halus macam budak kecil tengah kencing dalam mangkuk sup,customer sebelah punya.

punyalah dia terkejut,mengigil dia ajak husband blah,dalam kereta baru dia cerita.sejak tu husband pun tak pergi kedai tu lagi.


bila husband saja cerita dengan kawan yang lain,kawan tu pun cakap memang betul.sebab bekas pekerja kedai tu pernah nampak tokey kedai tadi tu 'pasang' pelaris..

tehr said...

macam tu pulak
setahu aku orang bela toyol untuk curi duit

apa pun elok kita bersangka baik
hidup senang
hati pun lapang

el said...

skun toyol dah moden..keje bkn mencuri..memasak pun ye hahaha

PeRdU cINta said...

hehehehe..serious lucu..amboi sekarang toyol lebih advance la..dulu curi duit je..sekarang masak pulak..jangan lepas ni toyol jadi maid pulak..aa sudah..benda ghaib mmg wujud..tapi selagi kita tak pasti ia menjadi fitnah..tukang masak tersebut Allah beri kelebihan bakat memasak dan masak dengan hati yg ikhlas..jadi sedaplah masakannya itu.. :)

fyna said...

macam-macam sekarang nih kan. hehehe.

Shaiful Zaidi said...

salam krole...mesti ramai pelanggan kat restoran tu.

Anonymous said...

Toyol... hu3, sah mmg bela toyol... Pemikiran org melayu yg perlu dibuang jauh2..

Unknown said...

Jadi sblm makan tu baca la apa yg patut nak elak syaitan kencing ke apa..hehe..

krole said...

to all : huhuhu tu r...toyol skngni dah upgrade dr mncurik ke memasak plak hahaha! tapi seriusly guys n gurls...kat restoran tu makanan mmg umph! dan stuju ngan blogger Mieza, sblum mam skurang2nye bce bismillah..manalah tahu kan..elak2 mende2 camtu

Long Cham said...

fuyoooo bela toyol
www.kucinghitam.net