Thursday, April 4, 2013

Berat dan Sakit Perut

Semalam krole bawa Mrs. krole dan baby zahrah kat klinik kesihatan ibu dan anak, nak dijadikan cerita... baby zahrah ada sedikit kuning semasa kelahiran tapi alhamdulillah... pemeriksaan semalam menunjukkan baby zahrah bebas dari kuning yeah! kalau baby zahrah boleh berdiri mesti dia melompat kegembiraan semalam, sebab tak payah lagi nak kena cucuk-cucuk dengan cik doktor. Pergh! bab cucuk ni memang sedih beb! bagi yang dah ada anak tu mesti faham kan? siapa yang suka tengok anaknya sakit? tak ada kan? kasihan kat baby zahrah kecil-kecil dah kena cucuk-cucuk. Ohya semalam kitaorang sempat timbang berat badan baby zahrah dan keputusannya adalah... dong... dong... dong! (bunyi dram) yeah! baby zahrah dah naik berat badan dari 3 kilo ke 3.5 kilo hihihi... rasanya baby zahrah risau tak berat badannya meningkat? hihihi.

Ohya! semalam tak tahu kenapa... waktu petang tu baby zahrah menangis memanjang... bermacam-macam teknik krole dan Mrs. krole gunakan namun tak berkesan. Selalunya bila baby zahrah menangis, krole akan buat-buat bersembang dengannya so selalunya cara itu berkesan tapi semalam tak tahu kenapa... macam tak lut pula teknik tu. So Mrs. krole pun terus periksa perut baby zahrah "hm... ok saja ni bang" katanya... "bah! kenapa dengan baby kita ni yang? cuba periksa  lampinnya" kata krole, setelah diperiksa dari atas ke bawah dan depan ke belakang... kitaorang masih tak jumpa apa masalahnya. "tukar lampinnya..." kata mertua krole yang tengah berdiri kat pintu bilik kitaorang, sepantas the flash krole mengapai lampin baby zahrah, sewaktu dalam proses menukarkan lamping baby zahrah, beliau semakin kuat menangis... so cepat-cepat krole angkat sambil diperhatikan Mrs. krole, dodoi punya dodoi tiba-tiba prooot! hahaha! baby zahrah terberak! habis semua kena kat baju dan seluar krole hahaha! gelak sakan krole dan Mrs. krole waktu tu... tanpa kitaorang sedari baby zahrah dah berhenti menangis, lagi melucukan apabila baby zahrah senyum melihat ayahnya ini hihihi... "owh! nak kenakan ayah rupanya hihihi" tak apalah... bukan senang dapat pengalaman manis macam ni kan? oklah krole ada kerja sikit ni so happy blogging semua.



p/s : terima kasih baby zahrah~

13 Komen:

el said...

hahahahah terbaik
pengalaman yg xdpt dilupakan
nti zahrah dah besar kena story kat dia hehehe

Luqman Zakaria said...

haha..patutlah teknik xmenjadi..nak berak upernye.

Farah Waheda Wahid said...

comelnya dia...

iAmCekbolat said...

hahaha kelakar . comel la dua2 ni

Unknown said...

hahaha.. pndaii die pilih timing utk mengeluarkan anasir.. hihi lucu. sian die menangis sbb nk meneran ssh kot. hihi.. smg baby zahrah sht2 slalu :)

Zam said...

Salam Krole :) Untuk review hadiah yang diterima, boleh hit sini

http://zamani84.blogspot.com/2013/04/pemenang-buku-101-doa-mohon-makbul-dari.html

& untuk urusan tuntutan, boleh hubungi zam di FB

https://www.facebook.com/zamani.mohammad.3?ref=tn_tnmn

Tahniah ye :))

Mime MF said...

hehe comel je bc cerita mr.krole ni..pndai baby zahrah kenakan ayah dia ye..:))

dariilhamkehati said...

teknik bercakap ?? wakaka !! okei3 , diterima umum ,

ala .. cweetnye ade anak , huhuhu

Unknown said...

kenangan manis ni bro

Unknown said...

Haha...pakai lampin xkeluar kot.. lepas berak baru lega..

fyna said...

alolololo....pandai zahrah kena kan ayah dia.

Shaiful Zaidi said...

salam krole...selamat berhujung minggu dgn family. .

PeRdU cINta said...

sweet memory tu mr and mrs krole..so funny lor..hihihi..itulah nanti yang dirindui bila baby kian dewasa..