Monday, December 30, 2013

Funfair Yang Menarik Perhatian Zahrah

Assalamualaikum semua... wuah! dah hampir dah tahun 2013 ni menutup tirainya kan?. Mesti ramai dah buat azam baru kan? InsyaAllah... mudah-mudahan Allah s.w.t kabulkan setiap kehendak korang semua... tapi ingat... azam... azam juga... usaha kena ada. Ok! siapa kat sini yang rindu banget kat krole hinggakan tak lena tidur sebab blog krole ni tak berupdate? ahahaha... ada kan?. Alhamdulillah murah sikit rezeki hujung tahun ni... sebenarnya krole sekarangni berniaga jual t-shirt design sediri je. Berniaga kecil-kecilan je... berjual pun kat tapak tamu dan pasar malam je. Takpa janji mencari rezeki yang halal dan diberkati olehNya kan?.

Oklah! minggu ni ada funfair kat pekan krole... serius! benda macam ni jarang sekali berlaku kat tempat krole... pendalaman katakan... so terdetik hati ni nak bawa Mrs. krole dan baby Zahrah... Dipendekkan cerita waktu sampai tu... baby Zahrah terus tergamam kegembiraan... mana taknya, warna-warni sana dan sini. Korang cuba tengok gambar kat atas ni... hahaha! hinggakan ayahnya panggil tak dilayan... khusyuk tengok roda tu hahaha!. Takpa janji baby Zahrah gembira... Oklah sebenarnya banyak yang krole nak cerita tapi... idea tak ada... so until next time... happy blogging semua.


p/s : Alhamdulillah~~

Tuesday, November 26, 2013

Esok Pesta Bagandang Beaufort

Assalamualaikum semua... sebelum krole mulakan entri ni... nak ucap jutaan tahniah dulu kat semua yang menduduki SPM tahun ni (adik krole ada seorang SPM tahun ni). Mesti hati korang semua tengah berbunga-bunga kan? hahaha!. Ohya! esok ada pesta bagandang kat tempat krole tapi... sebelum tu nak terangkan kejap... bagandang tu maksudnya bergendang ya... maksud sama bunyi je lain-lain (sebutan kat sabah). Pesta bagandang ni selalunya diadakan sekali dalam setahun (macam raya). So waktu ni ramailah peniaga-peniaga kecil macam krole ni akan turun padang untuk berjual barangan seperti kraftangan, barangan tembaga, set gendang (seperti dalam gambar), ekspo dari badan-badan kerajaan negeri dan banyak lagilah.

Waktu macam ni... akan banyak persembahan dari pelbagai kaum di sabah ini yang akan dipertontonkan kepada semua pengunjung contohnya seperti nyanyian, tarian, baju tradisi, dan banyak lagi (tak terkata a.k.a tak berapa tahu sangat hahaha!). Selalunya pesta bagandang ni sampai malam tapi... krole tak pernah pun stay sampai malam, selalunya pergi tengok-tengok kejap... tapi mungkin tahun ni sampai malam kot... sebab nak berniaga kan hihihi. Ohya kepada member-member blogger yang ada disabah kala ini, jemputlah datang ya... mana tau boleh jumpa kat sana. Ok semua! krole ada kerja sikit ni so happy blogging semua.



p/s : puas hati aku dapat update blog ni hahaha!!!

Sunday, November 10, 2013

Baby Zahrah Suka Oren

Assalamualaikum semua! huh!... serius beb! rindu sangat dengan dunia blog ni. Disebabkan beberapa faktor yang tak dapat nak dielakkan hm... tak dapat krole terbang bebas didunia maya seperti sebelum-sebelum ini. Tapi... utamakan mana yang penting dahulu kan... bukannya krole berhenti berblogging pun. Ohya! hari ini buat pertama kalinya baby Zahrah merasa buah oren. Mula-mula tu seperti biasalah kan... kemasaman baby Zahrah (cumil tengok mukanya... tapi tak sempat nak snap argh!).

Bila dah dua tiga kali suap pergh! rupanya... baby Zahrah suka dengan rasa buah oren ni... siap merajuk lagi kalau lambat suap hahaha!. Cuba korang tengok gambar kat atas... aha! lihatlah wajahnya yang serius melihat Mrs. krole mengupas buah oren hahaha! (cepat umi... cepat).

Ohya! semakin hari semakin banyak perkembangan baby Zahrah... sekarangni baby Zahrah dah pandai duduk dalam walker... siap boleh tolak pergi depan, belakang, kiri dan kanan lagi yeah!. Ohya nampak macam baby Zahrah pakai tudung kan... huhuhu... kreatifnya Mrs. krole... tuala boleh jadi tudung. Saja kitaorang biasalkan, melentur buluh biarlah dari rebungnya kan?. Oklah semua... krole nak rehat-rehat kejap... assalamualaikum dan happy blogging semua.


p/s : lama tak menaip...asyik salah tekan je :)

Monday, October 28, 2013

Buang Keluarga

Haish...! tak sangka dalam dunia ni ada juga orang serupa ini...?. Hahaha! sorry... entri kali ini bersifat luahan ketidakpuashatian krole terhadap segelintir masyarakat yang berperangai macam yang krole nak cerita kejap lagi ni. Ok! baru-baru ni krole dipanggil oleh seorang pakcik kesayangan kat kampung, nak minta tolong edar kad jemputan kahwin anaknya... so krole and the gang pun mulalah memeriksa tiap kad satu persatu bagi mengelakkan berlakunya keterciciran (amboi... betul tak ayat tu? huhuhu) jemputan khususnya kepada keluarga terdekat.

Hasil pemeriksaan kitaorang mendapati bahawa ada dua tiga nama penting yang belum lagi dijemput so... krole sebagai ketua AJK bahagian edar kad kahwin melaporkan perkara ini terus kepada pihak tuan rumah iaitu pakcik krole. "pakcik... pakcik! ni ada dua tiga orang lagi belum tertulis nama dikad jemputan". Krole pun menunjukkan nama tersebut... bila pakcik krole ternampak saja nama tu terus dia tarik krole ke tepi.

Amboi... macam buat benda salah je hahaha!. Sambil membuat muka serius tahap power rangers pakcik krole berkata "oh... yang ni memang pakcik tak jemput... diaorangkan sokong pembangkang..." pergh! naik nyilu lubang telinga krole ni dengar ayat tu... aik? gara-gara tu je... takkan gara-gara lain fahaman politik terus buang keluarga... walhal kalau kita senang, susah, sihat, sakit, gembira atau sedih keluargalah yang selalu berdampingan dengan kita. Hm... betul-betul krole tak puashati dengan kenyataan beliau... namun... nak buat macam mana? dah majlis diaorang... hm... dengan berat hati krole pun teruskan operasi menghantar kad jemputan... janji cepat selesai.

Cuma... sedih hati ni bila tahu ada keluarga terdekat krole berperangai sebegitu, terlampau taksub dengan perihal dunia hingga keluarga diabaikan... walhal kalau kita meninggalkan dunia ini satu masa nanti, keluargalah yang akan selalu mengingati dan menyedekahkan Al-Fatihah untuk kita... hm... malas nak ulas panjang... Nasihat krole kepada yang minat berpolitik diluar sana... politik-politik juga keluarga jangan sekali dilupa... biar berlainan fahaman atau perjuangan ok!. Happy blogging semua.



p/s : hari ini nak bawa baby Zahrah shopping baju baru yeah!

Friday, October 25, 2013

Sembuh Dari Demam

Alololo... ibu bapa mana yang nak... anaknya sakit?. Kalau bolehlah nak saja tengok anak ni sihat sepanjang masa. Namun walau sebaik mana pun kita menjaga... Allah S.W.T yang menentukan semuanya, pasti ada hikmah kerana Dia lebih mengetahui akan apa yang terbaik buat kita. Sebenarnya baru-baru ni baby Zahrah demam... pergh! first time ni. Krole mengaku... waktu benda ni berlaku huh! kelam-kabut juga krole dan Mrs. krole, al-maklumlah.... first time... nasib baiklah Mrs. krole cepat perasan benda ni.

Terus krole bawa ke klinik berdekatan... tapi... cuba tengok gambar kat atas... comel tak? hahaha!. Ramai orang kata baby Zahrah ni murah dengan senyuman (alhamdulillah), tengoklah waktu ni baby Zahrah masih demam sikit tapi sempat lagi senyum (sayang anak ayah). Selepas 3 hari... keadaan baby Zahrah beransur pulih dan aggresif semula, tidur pun semakin lena (waktu demam tu baby Zahrah kurang tidur). Sekurang-kurangnya krole dan Mrs. krole bertambah sikit pengalaman dalam membesarkan anak tersayang... Oklah nak santai-santai dengan keluarga kejap, assalamualaikum dan happy blogging semua.



p/s : bagus produk cool fever ni... berkesan!!!~

Saturday, October 12, 2013

Ke Tempat Bersejarah

Assalamualaikum semua... pergh! bersawang blog ni... bila dapat update blog ni terasa macam kanak-kanak ribena dapat gula-gula kapas je... huh! alangkah rindunya daku kepada dunia blog ni... terasa macam something missing je kalau tak dapat update blog ni. Disebabkan dek kesibukkan yang melampau... laptop kesayangan pun lama terabai kat atas meja ni... taip pun kadang-kadang tersilap tekan da....

Ok! gambar pertama kat atas tu adalah masjid pekan Beaufort... tapi tajuk kata ke tempat bersejarah... aha ya... sebenarnya inilah tempat pertemuan krole dengan Mrs. krole... huhuhu... amat bersejarah bagi kitaorang tempat ni. So hari ini... dengan masa terluang yang Allah berikan... krole bawa Mrs. krole dan baby Zahrah ke sana. Syukur sangat... sampai je kitaorang kat kaki lima masjid ni... mood baby Zahrah baik je. Siap gelak-gelak lagi... mungkin baby Zahrah terasa kot aura tempat ni hihihi.

Seronok juga sekali-sekala buat macam ni... dapat imbau kenangan indah satu ketika dahulu... bukan apa... manusia ni mudah lupa kan?. Hm... lama juga kitaorang lepak kat sana... banyak juga kitaorang bergambar... tapi krole upload 3 je... hihihi. Hm... kesimpulannya... seronok sangat hari ni... doakan terbaik untuk kitaorang ya, happy blogging semua.



p/s : alhamdulillah~

Wednesday, October 2, 2013

Sibuk dengan Kertas Kerja

Assalamualaikum semua... rindu krole tak? aha... mesti rindu sampai hentak-hentak kepala kat dinding kan? hahaha!. Pergh! lama juga blog ni tak berupdate... tapi jangan risau, bukannya krole dah hilang minat nak berblog cuma... keadaan tak berapa nak mengizinkan kala ini. Sekarangni krole sibuk dengan macam-macam kertas kerja. Amboi... macam dahsyat je bunyainya kan? tapi tak adalah dahsyat sangat pun.

Nak cerita dengan korang pun malu... hahaha!. Tak apa... bila tiba masanya, krole akan cerita juga kat korang semua. Alhamdulillah dari bulan lalu hingga sekarangni... murah sedikit rezeki keluarga krole ni, banyak kerja yang menjadi... krole berniaga pun semakin lancar dari hari ke sehari. Rezeki dari Allah S.W.T amat indah... kita hanya perlu bersabar dan berusaha saja. Oklah! nak tidur dah ni... esok kena bangkit awal so happy blogging semua.



p/s : terima kasih semua sebab support teratak krole ni~

Friday, September 27, 2013

Kembali Ke Masa Lalu

Assalamualaikum... ok! siapa ingat cerita ni? aha! betul... kembali ke masa lalu atau bahasa mat sallehnya "back to the future". Pergh! memang dah lama krole cari cerita ni... tapi... pergi kat mana-mana kedai confirm tak jumpa... biasalah kalau cerita lama ni memang susah nak cari sekarangni. Nasib baiklah ada hamba Allah ni merangkap adik kesayangan krole terjumpa dan terus membeli DVD cerita ni tanpa rasa ragu-ragu hahaha!. 

Bila krole dapat tahu je... terus krole pinjam... walaupun beliau belum habis tengok cerita ni... adik krole ni ok je... kalau dengan adik-beradik ni dia tak berkira (terutama abangnya seorang ni hihihi). Pergh! yang bestnya... dia beli semua koleksi cerita ni dari pertama hingga ketiga pergh! pergh! pergh! memang seronok tengok tadi. Sebab lama dah tak tengok... krole lupa habis jalan ceritanya... bila melaksanakan marathon "back to the future" petang tadi huh! barulah ingat... memang seronok tahap power rangers pink hihihi. Ok! sebenarnya entri ni nak bagi korang jealous je hahaha! happy blogging semua.



p/s : bab skate terbang tu yang best~

Rebutlah Peluang Ini

Assalamualaikum dan salam jumaat semua, alhamdulillah syukur ke hadrat illahi... hari yang penuh barakah ni dimulakan dengan titisan hujan rahmat dipagi hari. Pergh! sampai mandi pun mengeletar satu badan hahaha!, kalaulah krole ada kemampuan beli mesin pemanas air tu (tak tahu nama). Tapi tak apa... mana tahu akan datang ada rezeki beli benda tu, InsyaAllah... janji kena rajin usaha je?.

Waktu hujan ni adalah salah satu masa mustajabnya berdoa... alhamdulillah, awal pagi lagi Allah memberi peluang kepada hamba-hambaNya untuk berdoa kepadaNya, so kepada yang tengah kerja tu cuba berhenti sekejap... ambil wuduk dan tadah tangan berdoa kepadaNya, InsyaAllah tak sia-sia usaha itu. Jangan terlampau berkira dengan masa tu, Allah dah beri peluang so jangan sia-siakan ya... happy blogging semua.


p/s : jom doakan saudara-saudara kita di Syria

Thursday, September 26, 2013

Wujud Lagi Benda Macam Ni

Assalamualaikum semua... agak sibuk kala ini... walaupun sibuk, tak sanggup rasanya hati nak abaikan blog kesayangan ni tanpa berupdate hihihi (tegar tak?). Ok! mari rapat sikit dengan krole... nak cerita ni... korang pernah tak dapat "Mesej Berangkai" hm... maksud krole mesej yang kalau kita tak hantar kepada 15 orang akan mendapat nasib malang. Bukan apa... pagi tadi krole dapat mesej macam tu, pergh! tersenyum seorang diri krole... kalau boleh nak gelak guling-guling tadi hahaha!. Mesej tu kata kalau krole tak sebarkan pesanan tu kepada 15 orang kawan krole... nasib malang akan menimpa.

Aduh! wujud lagi benda macam ni ya... ada juga orang yang percaya benda tahyul mahyul ni. Dahlah krole tak kenal nombor pengirim mesej tu, bila krole call dia tak angkat aik? boleh pula macam tu ya?. Sebenarnya benda macam ni tak patut kita percaya, dah tahu Allah S.W.T yang menentukan segala-galanya... boleh pula takut mesej tu ya... aduh! secara tak langsung benda ni boleh mengundang perbuatan syirik (menduakan Allah) samada langsung atau tak langsung. So kena hati-hati sikit dalam tiap perbuatan... Oklah! rasanya tu je yang mampu krole cerita buat masa ni so happy blogging semua.


p/s : pernah juga dapat mesej macam ni dulu... kalau tak sebarkan akan mati... amboi~

Tuesday, September 24, 2013

Tak Dapat Nak Update Gambar Terkini Baby Zahrah

Kebelakangan ni ramai rakan blogger bertanya kat krole... "bila nak update gambar baby Zahrah ni?", "apa cerita terkini baby Zahrah? uploadlah gambar" dan banyak lagi... kalau nak taip semua kat sini pergh! sampai juga sejuta patah perkataan hahaha! ok! gurauanku terlebih sudah. Ok! pertama sekali bab telefon... buat masa ini krole mengunakan telefon nokia 1200 yang canggih... skrinnya hitam putih dan kamera... faham-fahamlah ya hihihi. Setakat ni krole belum ada kemampuan lagi nak beli telefon yang canggih sedikit dari ini. So kepada yang berminat nak belanja krole handphone baru... jangan malu jangan segan ya... hubungi je krole kat FB.

Ok! sebab kedua pula... kamera kesayangan krole nikon coolpix L26 buat hal. Nak dijadikan cerita... ada satu hari tu... baby Zahrah baru belajar main baby walkernya so apa lagi... kelam kabut krole mengapai kamera kesayangan, kononya nak menangkap moment indah tapi lain pula jadinya. Kamera tu terlepas dari tangan krole dan jatuh ke atas lantai... jatuh manja begitu... tak adalah terhentak kuat sangat tapi... bila tekan butang ON pergh! gelap masa depan hm... bukan rezeki katakan. Kalau nak hantar kat kedai tak ada bajet... terlampau mahal chargenya so terpaksalah tangguh dulu niat tu. Oklah! sekarang korang dah tahu kan... kenapa krole tak dapat update gambar terkini baby Zahrah buat masa ni so doakan terbaik untuk kitaorang ya... manalah tahu... kalau ada rezeki InsyaAllah dalam kadar segera akan repair kamera tu. Happy blogging semua.



p/s : terima kasih kepada yang bertanya... alhamdulillah baby Zahrah sihat-sihat je kat sini~

Tolong Serah Diri

Amboi... tajuk dah malatop dah... tapi cerita tak malatop pun hahaha!. Ok! begini, makin hari krole tengok ruang krole zone fans tu semakin bertambah... sekarangni dah mencecah 2820 orang semuanya. So entri ni khas kepada sesiapa sahaja yang dah follow blog ni tapi krole belum follow balik blognya. Mohon korang serah diri kat sini dengan meninggalkan link blog korang diruangan komen ya... boleh tak?

Bukan apa... krole ni pun manusia biasa, sekali-sekala boleh juga terlepas pandang pada benda-benda penting macam ni (maafkan diri daku). Krole tak naklah nanti ada orang yang cop krole ni blogger sombong, dahlah baru nak berjinak-jinak dengan dunia blogger ni. So jangan malu jangan segan... tinggalkan link anda disini... InsyaAllah dalam kadar segera krole akan follow balik. Happy blogging semua.



p/s : terima kasih kerana menyokong blog krole selama ini~

Monday, September 23, 2013

Penat Tapi Puas

Assalamualaikum... alhamdulillah dapat juga update entri untuk hari ini. Rasa lain macam je kalau tak dapat update entri (tegarnya aku). Ok! hari ini nak kongsi kisah benar yang bukan tiruan kat korang semua... Pagi tadi waktu krole dalam perjalanan nak ke pekan Beaufort (nak beli barang dapur). Krole ternampak seorang makcik kat tepi jalan ni sedang melambai-lambai ke arah kereta yang lalu-lalang kat sana. So waktu dah dekat dengan makcik tu... krole perlahankan kereta dan turunkan cermin tingkap. Dipendekkan cerita hihihi... krole berhenti ke tepi dan terus pergi ke arah makcik tu. Rupanya tayar kereta makcik tu pancit... so waktu tu juga krole menawarkan diri untuk membantu tukarkan tayar keretanya (sebab makcik tu seorang je). Walaupun sedikit lambat namun semuanya berjalan dengan lancar, biasalah beb! bukan tiap hari buka pasang tayar ni... waktu krole tukarkan tayar tu... panjang juga kitaorang sembang. 

Oh... rupanya makcik tu taukey sebuah restoran kat pekan Beaufort ni... bila dah selesai krole terus minta diri dari makcik tu, kelam-kabut makcik tu menyeluk poketnya dan mengeluarkan duit... melalui jelingan mata krole waktu tu rasanya macam RM50 hahaha!. Sambil buat muka cool krole pun kata "tak apa makcik... saya ikhlas". Senyum makcik tu... yang bestnya bila dia kata macam ni "kalau ada masa... datanglah ke restoran makcik... makcik belanja" pergh! macam nak melompat katak je waktu tu hahaha!. Seronok beb! walaupun penat tapi terasa puas sangat hati ni bila dapat membantu sesama muslim dikala mereka memerlukan. Tengok...  tak sangkakan? niat krole mulanya hanyalah nak ke kedai... tak sangka pula dapat kawan baru dan yang bestnya nak kena belanja makan yeah! ok makcik nanti saya bawa satu kampung pergi ke restoran makcik hahaha!. happy blogging semua. 



p/s : siapa nak ikut krole pergi ke restoran makcik tu? hihihi~

Sunday, September 22, 2013

"Apa Yang Saya Belajar Tentang Buat Duit Dengan Blogging"

Assalamualaikum... ok! straight to the point, hari ini krole nak join sebuah mini giveaway daripada Sabreehussin dot com. Tajuk mini GA ni adalah seperti diatas hm... (tengah berfikir dengan serius). Disebabkan topik kali ini serius so krole cuba seserius yang mungkin untuk membuat entri ni (dengan muka serius). "Apa yang saya belajar tentang buat duit dengan blogging?"... perkara pertama yang krole pelajari tentang buat duit dengan blogging ni adalah ia bukanlah sesuatu perkara yang mudah....? hahaha!. Susah beb! buat duit dengan blog ni... kalau mudah hm... rasanya dah ramai blogger berstatus jutawan sekarangni. 

Untuk menjana pendapatan melalui blogging kena ada teknik yang betul (masih tengah belajar), kena ada daya usaha yang berterusan (tengah berusaha), dan pendedahan yang luas (berkenaan pasaran). Kalau tak ada ketiga-tiga ni hm... susah nak kata. Sekarangni ramai blogger mengunakan kaedah pengiklanan didalam blog sendiri, contohnya dengan menyertai Nuffnang... seorang blogger boleh menjana pendapatan melalui komisyen per klik ke atas iklan daripada syarikat Nuffnang.

Tapi kebelakangni krole mula belajar cara menjual produk fizikal melalui blog... contohnya kalau korang masih ingat? ada haritu krole buat entri berkenaan "Buaian Elektronik POPO" yang khas untuk pasaran sabah saja. Alhamdulillah... melalui entri itu, minggu ini saja dah 4 buah krole dapat jual disini... yang bestnya kebanyakkan mereka dapat maklumat tentang jualan produk tu disini. Mungkin disebabkan platform blogspot ini mesra dengan engin pencarian. Oklah... rasanya itu saja kot... harap entri ini menepati syarat dan menang yeah!.

“Mini contest ini mendapat sokongan penuh blogger Pakar iaitu TitanJuan dan Suri.”


p/s : jom join ramai-ramai... tarikh tutup pada 15 oktober 2013~

Saturday, September 21, 2013

Kena Curi Depan Mata

Krole harap cerita yang krole nak kongsikan kejap lagi kita jadikan peringatan bersama-sama ya. Ok! petang tadi krole dan keluarga pergi ke pekan sekejap... Mrs. krole nak beli bahan untuk buat kek esok hm... yam... yam. So waktu tengah mencari barang-barang kat pasaraya tu... krole terjumpa dengan seorang rakan lama, dari jauh krole tengok... muka sedih je?. So bila dah dekat tu terus krole tegur... pergh! lama juga kitaorang sembang... so bila ada peluang terus krole tanya "aku tengok kau sedih je... kenapa?". Dipendekkan cerita rupanya beliau baru kecurian handphone... benda tu terjadi di Kota Kinabalu... and more specific at Centre Point.

Handphone kena curi depan mata beb!... macam pelik je bunyinya kan? ok begini cerita (sambil mendongak ke langit mengharapkan ada flashback), waktu tu dia tengah berjalan-jalan kat Centre Point... tiba-tiba datang seorang apek cina mendekatinya... sambil buat muka kasihan apek cina tu nak pinjam handphone rakan krole tadi, katanya nak telefon anaknya (kononnya apek tadi sesat). Lepas rakan krole serahkan saja handphonenya... shiuuuuuu... macam pelesit dia lari, kawan krole tadi tergamam sekejap... lepas tu terus dia kejar apek cina tadi, tapi... tak dapat beb! laju betul apek tu kata rakan krole.

Setelah sejam berlaku benda tu... dia terus ke balai polis berhampiran untuk buat laporan. Rupanya kes macam tu dah ramai yang kena... encik polis yang membuat laporan kata minggu ini saja dah lebih 10 orang buat laporan berkenaan benda yang sama. Huh! terkejut gaban rakan krole tadi... depan mata kena curi... pergh! patutlah krole tengok muka dia sedih je, kalau handphone macam krole ni tak apalah... kena pula Samsung S3 (sabar sajalah). So korang diluar sana... hati-hati sikit bila alami situasi macam rakan krole ni... tak salahkan? sediakan payung sebelum hujan. So happy blogging semua.



p/s : dahsyat betul sekarangni~

Tak Payah Nak Beli

Pagi tadi ke rumah ayah... mula-mula tu niat krole sekeluarga hanyalah nak menjengguk, tiba-tiba ayah minta tolong bersihkan halaman kat belakang rumah. Pergh! semak juga krole tengok waktu tu... apa lagi... jawapannya merempitlah beb!. Tapi bukannya merempit ala-ala superman guna motorsikal tu ya... hahaha! kalau yang tu memang tak reti krole. Merempit guna mesin rumputlah hahaha!... setelah selesai membersihkan halaman tadi, terus lepak dengan ayah... sembang-sembang.

Tiba-tiba Mrs krole yang berada didapur memanggil krole "bang! mak suruh parut kelapa!". Oh! manis je suara tu... confirm "ya" jawapannya hahaha!. So lepak kupas kelapa dan membersihkan luar tempurungnya... aktiviti merempit dimulakan semula. Tapi kali ini merempit guna mesin parut kelapa tu, kat rumah ayah memang complete barang-barang macam ni. Waktu kupas kelapa tu... terfikir juga krole... kat rumah macam dah tak ada stok santan ni... so krole kupas lebih sikit. Seronok duduk kampung ni... benda-benda asas macam ni tak payah nak beli... dahlah freash kan... oklah... happy blogging semua.



p/s : terima kasih ayah dan mak~

Friday, September 20, 2013

Kena Marah Sebab Tak Like Fan Page

Tersenyum seorang je krole tadi gara-gara seorang blogger ni. Tempat kejadian adalah laman sesawang muka buku, petang tadi sempat online facebook sekejap... so tengah online tu tiba-tiba masuk private message dari seorang rakan facebook a.k.a blogger yang baru krole kenal... Dia ajak krole untuk like fan page beliau yang baru ditubuhkan (amboi... ayat), so seperti biasa... krole ni kalau bab-bab like fan page ni memang tak berkira, support katakan hahaha!. Tapi... tak tahu nak kata macam mana? waktu krole klik link yang beliau berikan tiba-tiba line internet putus beb!.

Alamak! so terbantutlah hajat krole nak like fan page dia tadi. Krole plan... bila line internet dah ok, nak pergi ke fan page beliau dan terus like. Tapi... bila line internet dah ok... lain pula jadinya. Si beliau tadi menghantar mesej yang bukan-bukan kat krole. Kata krole ni sombonglah... blogger berlagaklah... blogger tak popularlah hahaha! terasa macam nak gelak guling-guling je waktu tu. Kenal pun baru sehari dua... Entri ini krole tujukan khas kepada beliau... jangan cepat sangat nak menilai seseorang tu... lepas tu bab like fan page ni bukan macam tu aturannya... kalau orang tak nak like sekalipun kita tak boleh nak paksa dan marah-marah begitu ya.

Krole tengok dari akaun facebook beliau pun... hm... rasanya krole ni 13 tahun tua dari beliau... aduh! adikku sayang... tak baik seorang muslimah berperangai begitu. Lain kali cuba tanya dulu ya... kan Allah dah anugerahkan mulut untuk kita so gunakanlah. Apapun terima kasih sebab beri pahala percuma kat krole dan entri ini bukan untuk memalukan diri kamu, cuma nak beritahu kenapa krole tak dapat like tadi. So happy blogging semua.


p/s : kebetulan cerita pasal fan page ni... so nak promote sikit, ini link fan page krole kat FB likelah kalau sudi~
 https://www.facebook.com/pages/Krolezone/154249414616996

Belajarlah Dari Alam Disekeliling Kita

Assalamualaikum dan salam jumaat kepada semua, alhamdulillah sekali lagi kita semua diberi kesempatan untuk menyambut penghulu segala hari. So kalau ada masa tu jangan lupa buat perkara-perkara sunat hari ini ya hihihi. Oklah! korang perasan tak? sebenarnya dalam hidup ini banyak yang kita boleh belajar dari alam sekeliling kita... cuma ramai yang tak perasan? so hari ini krole nak cerita sikit tentang apa yang kita boleh belajar dari alam ni.

Belajarlah Dari Matahari
-Adil menebar cahayanya dan memberikan kehangatan kepada semua, baik yg terawang-awang di angkasa mahupun yang bertebaran d bumi.

Belajarlah Dari Bunga
-Sentiasa tersenyum menyebarkan harumannya, menghadiahkn kecantikanya untuk mengubatkan hati yang gundah juga menggembirakan setiap mata yang memandang.

Belajarlah Dari Lebah
-Sentiasa berganding bahu, bekerja dengan hati yang riang dan semangat yang membara.

Belajarlah Dari Pokok
-Menghadiahkan buah yang manis dan segar sambil menundukkan dahannya bagi melindungi hidupan yang berada dibawahnya..

Belajarlah Dari Bulan
-Tenang memancarkan cahayanya yang kemilau dan indah buat menyuluh malam yang gelap gempita.

Belajarlah Dari Hujan
-Kehadirannya dinanti-nantikan untuk menyejukkan alam yang hangat, membasahi kekeringan, menghijaukan tanah yang gersang dan mmberikan nyawa kepada tumbuh-tumbuhan.

p/s : belajarlah dari alam kerana kita juga adalah sebahagian darinya~

Thursday, September 19, 2013

MINI GIVE AWAY BY T-SHIRT MUDAH TERENGGANU

Perhatian! perhatian! ok! malam ini krole nak join satu mini giveaway yang mantap... dan krole rasa bagi sesiapa yang kekurangan baju macam krole ni hahaha! amat sesuai sangat join. Lagipun syarat-syarat yang diberikan oleh empunya mini giveaway iaitu blog T-shirt Mudah Terengganu amat mudah dan senang lenang (percayalah). Krole ni kalau GA yang syaratnya tak rumit memang ringan je jari ni nak taip entri hahaha!. Bagi yang berminat nak join sila klik sini atau banner kat atas tu, jangan risau... krole dah linkkan dengan blog empunya mini GA.

Syarat-syarat penyertaan :
- Yang beralamat di Malaysia Sahaja.
-Follow Blog T-shirt Mudah Terengganu. 
-Like page T-shirt Mudah Terengganu. 
-Buat entry bertajuk " MINI GIVE AWAY BY T-SHIRT MUDAH TERENGGANU" & buat backlink ke entry ini.
-Copy and paste gambar diatas sahaja untuk buat entry.

Mudahkan syarat-syaratnya? hah! kalau mudah tunggu apa lagi tu! jomlah join ramai-ramai. Sebabnya mini giveaway ni akan tamat pada 27.09.2013.



p/s : harap-harap menang... suka tengok baju tu... R4BIA~

Running Man Malaysia

Terlebih dahulu krole nak mohon maaf kepada semua yang tersalah sangka dengan tajuk entri ini ya... bukannya krole nak cerita tentang running man kena buat di Malaysiakah apa. Kalau nak diikutkan... sebelum ini serius beb! krole memang tak berapa nak ambil port sangat tentang running man ni, tapi semenjak krole tertengok episod 135 running man pergh! terjebak beb!. Episod 135 ni... artis jemputan diaorang adalah Jackie Chan (geng krole) dan ahli superjunior (nama tak berapa nak ingat dan malas nak search) hahaha!.

Seronok tengok... penerbit running man ni memang seorang yang berimiginasi tinggi, sebab memang nampak kelainan berbanding program-program yang lain. Ahli running man pula memang kelakar tahap gaban... krole paling minat Kwang Soo dan Haha... tengok diaorang pun dah boleh buat gelak hahaha!. Selitan kisah percintaan diantara Kang Gary dan Ji Hyo pula menambahkan kegeraman kalau tengo huhu... Tapi... tulah... nak tanya korang semua, adakah running man versi Malaysia? bukan apa... kalau bab begini selalunya krole ketinggalan zaman... so nak tahu sangat. Happy blogging semua.



p/s : sibuk sedikit kala ini... alhamdulillah... syukur ke hadrat illahi~

Wednesday, September 18, 2013

Menangkap Ayam Kampung

Semalam ayah ajak tangkap ayam kampung... tak jauh pun, kat belakang rumah ayah je. So operasi OPS YAM kitaorang bermula jam 9.00 malam. Waktu krole sampai tu... rupanya abang dan adik krole dah ada kat lokasi kejadian (amboi ayat ni). Berbekalkan kelengkapan seperti lampu picit dan... eh? itu je kelengkapan kitaorang pun hahaha!. So kitaorang pun terus meredah semak samun kat belakang rumah... ayah standby bawa parang... untuk keselamatan katanya. Ayam kampung ni pelik beb! waktu malam... diaorang akan lepak kat dahan-dahan pokok,. Sekali abang krole suluh kat atas pokok pergh! banyak tu!.

So waktu tu krole terfikir... macam mana nak tangkap ayam kampung ni ya?. Abang krole dan adik krole yang ikut semalam... hm... diaorang memang profesional bab tangkap ayam hutan ni. Gara-gara tak nak malu... krole berdiam dan ikut je cara diaorang. Tiba-tiba... kokkk...! pergh! berterbangan ayam kat atas pokok tu dek dijolok oleh adik krole. Waktu tu ayah dan abang krole dah dapat 2 ekor seorang... adik krole dapat seekor... dan krole huh! semestinya... kosong beb! aduh! susah juga nak kejar ayam kampung ni... walaupun krole tak dapat sebarang hasil semalam, namun bersyukur sangat kerana dapat tambah lagi pengalaman dalam hidup ni dan yang penting dapat mengisi masa dengan ayah dan adik-beradik... Tapi krole tak balik tangan kosong tau... Disebabkan ayah tersayang dapat 2 ekor so... dia bagi kat krole seekor. Yeah... semalam Mrs. krole kata nak masak kari ayam kampung harini yum... yum... happy blogging semua.



p/s : aku tak ada bakat dalam menangkap ayam kampung hahaha~

Tuesday, September 17, 2013

Berhenti Kerja Part Time

Assalamualaikum semua, pergh! masalah line internet bertambah teruk kat tempat krole ni. Tapi tak apa... dah buat laporan kat TM tadi. Ok! korang ingat tak entri krole pasal kerja part time kat carwash tu?. Kalau ingat tahniah! beri tepukan yang gemuruh kepada diri korang sendiri hahaha!. Ok! atas nasihat dari Mrs. krole... hari ini secara rasminya krole letak jawatan kat carwash tu... "pergh! ayat macam berhenti kerja gred tinggi-tinggi je...". Disebabkan keputusan pemeriksaan tekanan darah krole kebelakangan ini tinggi mengunung so Mrs. krole jadi risau... katanya krole kena banyak berehat. Krole ni kalau boleh... tak sekali pun nak buat hati Mrs. krole risau akan diri ini.

Wife knows best... believe me... i know, because i'm married hahaha!. Sebenarnya seronok juga kerja part time kat carwash tu. Bosnya kira kawan krole juga... so krole kerja tak tentu masa (kira ikut suka hati bila nak datang) sebab gaji krole dia kira ikut berapa buah kenderaan yang krole cuci. Itupun selalunya dia bagi lebih... macam tak percaya kan? tapi ini semua betul... bukan cobaan tau. So tadi krole jumpa dia dan beritahu akan keadaan krole yang tak berapa nak mengizinkan sekarangni. Syukur sangat... walaupun tak lama, dapat juga pengalaman kerja carwash... manalah tahu satu hari nanti dapat buka carwash sendiri, InsyaAllah... Oklah happy blogging semua.



p/s : dalam misi untuk menurunkan tekanan darah yang tinggi~

Monday, September 16, 2013

Baju Mereka Serupa

Mula-mula selamat hari Malaysia kepada semua rakan-rakan blogger. Ok! hari ini krole nak kongsi satu cerita kelakar tahap dewa-dewa peringkat ke-17 kat korang semua hahaha!. Aik? belum cerita... dah gelak panjang. Ok! ni nak cerita... tadi krole terjumpa dengan seorang sahabat sekampung kat pekan... beliau ni kalau orang tak kenal confirm kena kata sombong... mungkin sebab cara percakapannya seperti ini selalunya "uish! bumper kereta aku ni mahal bah... rasanya kalau di Beaufort ni aku seorang je mampu pakai" hahaha! tapi tak tahulah... bagi krole dia ni ok je... lawak orangnya.

Berbalik kepada cerita tadi... waktu terjumpa dengan beliau tadi, terus dia ajak minum. Krole on je... dah orang nak belanja "rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari". Sembang punya sembang keluar bab fesyen (baju), so waktu tu krole tegur baju beliau yang smart malatop tu. Nak tahu apa kata dia? ok macam ni "uish! kau ni rul... mahal baju ni, jenama polo beb! aku beli RM150 kat Kota Kinabalu". "pergh! mesti kat Beaufort ni kau seorang je yang pakai kan?" kata krole dengan nada gurauan. Hm... 15 minit lepas kitaorang sembang tu tiba-tiba... aik? krole ternampak seorang mamat Pakistan ni masuk ke restoran tempat kitaorang minum dan... hahaha! baju yang dia pakai sama dengan baju sahabat sekampung krole ni.

"Bro... cuba kau tengok kat sana...." kata krole. Hahaha! terus tertunduk sahabat krole tadi. Dipendekkan cerita waktu tu juga sahabat krole tu pergi (lepas tinggalkan duit untuk bayar minum). Kejap tadi beliau ada telefon krole... hahaha! tergelak sakan kitaorang... ken angan paling indah katanya hahaha!. Oklah! krole nak rehat-rehat dulu... macam nak terputus urat kentut ni hahaha! happy blogging semua.



p/s : pernah alami pengalaman macam ni~

Sunday, September 15, 2013

Dah Cuba Sebaik Mungkin

Hari ini boleh kata... sepanjang hari bermasalah line internet kat rumah krole ni. Memang teruji sedikit kesabaran hahaha!. Nak kata ketagih online sana sini taklah juga... cuma krole sememangnya ada buat perniagaan online ni so boleh kata keperluan jugalah line internet ni. Hari ini cuaca kat tempat krole berangin kuat dan mendung... so line memang terganggu. Nak online facebook pun susah... kalau dapat online pun sekejap-sekejap.

Agak terabai sikit dunia blog hari ini... krole dah cuba sebaik mungkin. Tapi serius beb! bab blogwalking memang terbantut sikit... tak mampu nak jenguk kesemua blog rakan-rakan blogger. Korang bayangkanlah... nak masuk sebuah blog pun kena ambil masa sampai 5 ke 8 minit... hah! macam mana? teruji kesabaran tak hahaha! walhal kebanyakkan rakan blogger krole ni blog yang ringan-ringan so "sabo jela". Kala ini pun line tak beapa nak ok.... so happy blogging semua.



p/s : wahai line internet... cepatlah dikau pulih~

Kemenangan Yang Manis Seperti Gula

Sambil buat muka comel ala-ala mia sara begitu... krole ingin memohon maaf sebab entri kontest semalam. Tarik nafas dalam-dalam hiushhhhhh... hahaha! rupanya kontest yang krole join tu dah tamat, aduh! bertambah lagi pengalaman krole dalam dunia blogging ni. Waktu publish entri tu... terbayang dah hadiah utama kontest tu hahaha!. Nasib baik ada bro arep... kalau tak sampai harini krole tak perasan punya, thanks bro. Terima kasih juga kepada semua rakan blogger yang komen entri tu... bila baca komen dari korang hilang malu krole beb! tapi bukan tak tahu malu ya... hah! renungkan...

Ok! mula-mula tahniah! tahniah! tahniah! kepada skuad harimau muda kita setelah berjaya menewaskan Mynmar semalam dan sekaligus memenangi pestabola merdeka yang ke-41 ni. Pergh! walaupun hujan... rentak mainan diaorang memang terbaik beb!, keserasian berpasukan tu jelas kelihatan. Gol pertama dari Rozaimi Rahman memang terbaik... benteng pertahanan pun hebat mengawal kawasan masing-masing (aku minat zubir), lepas tu tabik spring kat penjaga gol kita Mohd Izham Tarmizi Roslan. Banyak percubaan Mynmar yang diselamatkannya. Ohya! tahniah juga kepada Putera Nadher diatas gol ke-2 untuk Malaysia. Apa-apa pun all the best harimau muda... korang memang terbaik, happy blogging semua.



p/s : tahniah ong kim swee~

Saturday, September 14, 2013

Contest Blogger : Apa Kata Blogger Tentang Trafik Blog?

Apa kata blogger tentang trafik blog? blogger pun kata "hm... lampu trafik kot? hahaha!". Ok! itu hanya gurauan geli-geli je ya... jangan marah hah nanti kena jual. Ok! pertama sekali... trafik blog ni langsung tidak ada kaitan dengan polis trafik, lampu trafik, trafik jam, dan yang sewaktu dengannya. Trafic blog ini boleh dikatakan sebagai aliran masuk harian pengunjung ke blog anda. Kalau korang nak periksa... masuk je ke akaun blogger korang tu dan tengok kat dashboard tu... hah! nampakkan?.

Bagi krole... trafik blog ni amat penting kepada seseorang insan yang bergelar blogger. Siapa yang tak nak trafik blog yang tinggi kan? kalau tanya satu-satu mesti semua jawap ya punya... kalau ada yang jawap tidak.... sila delete blog anda hahaha!. Melalui trafik blog seseorang blogger boleh melihat samada blognya dapat memberi impak yang luarbiasa kepada pengunjung (pembaca blog), kalau ramai tu... hah! itu kira oklah tu... kalau rasanya kurang trafik tu, hm...  kena buat penambahbaikkanlah jawapnya.

Sebenarnya banyak cara untuk kita naikkan trafik blog ni contohnya.

1. Blogwalking : 
Ya! cara ini amat top sekarang dikalangan blogger... tak update entri sehari pun boleh dapat trafik menggunung tingginya... yang penting kena ada shoutbox atau cbox kat blog. Lepas tu kena rajin ke blog rakan-rakan untuk meninggalkan link blog anda di kotak jerit mereka.

2. Rajin komen diblog popular :
Hahaha! ok! kaedah ni memang selalu krole guna dan amat berkesan... kat blog popular paling kurang setiap entri diorang boleh dapat ratusan komen, so korang rajin-rajinkan diri untuk komen diblog-blog yang anda rasa popular... manalah tahu tiba-tiba si pengomen terklik link komen anda... hah! kan dapat kawan baru... otomatiknya dapat 1 trafik tambahan.

3.  Bermain dengan SEO :
Ok! bab ni krole pun tak berapa reti sangat tapi... melalui pemahaman diriku, ia bersifat seperti membuat entri yang mesra dengan engin pencarian contohnya seperti google search. Cuba buat banyak entri-entri yang bersifat info, ilmu, tips, dan yang sewaktu dengannya. InsyaAllah... kalau bukan sekarang satu hari nanti entri itu yang membantu dalam meningkatkan trafik blog korang. Ok! contohnya seperti entri "tips hilangkan jerawat" hah! rasanya entri begini ramai yang cari kan?.

Rasanya itu saja yang dapat krole ceritakan... senang cerita trafik ni penting bagi sesebuah blog, tanpa trafik ibarat blog tu syok sendirilah. So marilah kita sama-sama berusaha untuk menaikkan trafik sampai ke bintang yeah!.

Nak join contest ni? sila klik sini

Tarikh pertandingan ialah : 30 Ogos - 15 September 2013 
 Hadiah Pertandingan : 
 Tempat pertama : RM300 untuk seorang dan hadiah misteri 
Tempat kedua : RM200 untuk seorang dan hadiah misteri 
Tempat ketiga : RM100 untuk seorang dan hadiah misteri
 Referral terbanyak : RM50 seorang x 5

 Syarat - syarat pertandingan :
-Tulis satu entry mengenai "Apa kata blogger tentang trafik blog? Masukkan link laman web ini di dalam contest itu. 
-Submit url penyertaan anda melalui ruangan komen di bawah post ini. 
-Anda bebas mengunakan kreativiti anda, tiada banner khas untuk contest ini asalkan tidak mengandungi unsur-unsur lucah dan menyakitkan hati.



p/s : harap menepati syarat dan menang yeah!

Segmen 1st Mama

Assalamualaikum semua... ok! hari ini secara rasminya krole mengumumkan bahawa diri ini akan menyertai segmen pertama dari blogger mama. Huh! ini adalah segmen kedua yang krole join hari ini hahaha!. Saja cuba nasib... manalah tahu ada rezekikan? disamping menyokong rakan-rakan blogger yang terbaik ni. Kenal tak blogger mama...? ok... kalau kenal syukur, kalau tak kenal tu... jom kenal-kenal dengan beliau, ini link blognya ya.


Blogger mama ni adalah seorang blogger JB so kepada blogger JB seluruh Malaysia... korang wajib join segmen ni... amboi! pandai-pandai pula krole ni hahaha! jangan marah hah. Ohya! bab hadiah... blogger mama belum nyatakan... hah! mesti best-best hadiahnya ni... so jangan malu jangan segan... yang jauh kita rapat-rapatkan jom join segmen dari blogger mama.



p/s : nak join klik je banner tu ya~

Segmen Simple & Mudah

Segmen simple dan mudah ini dianjurkan oleh seorang sahabat krole yang famous amous begitu, nak tahu siapa? eh... dah ada kat gambar dibawah ni hahaha!. Ok! segmen ni dianjurkan oleh Blogger Yumida, beliau merupakan seorang peminat kucing dan warna merah jambu... "betulkah krole?" hahaha! krole main tembak je... sebab kat blog beliau header pun ada kucing lepas tu warna pink begitu... cuba tengok banner GA ni... kucing kan? betul tak? meow! meow!.


So kepada yang berminat... jom join cepat-cepat sebab tarikh tutup GA ni adalah pada 21 september 2013. Rugi beb! kalau terlepas peluang ni... hadiah dia mantap-mantap!... kalau tak percaya cuba klik sini. Macam mana? mantapkan? hah! kan krole dah kata tadi... so apa tunggu lain... joinlah segmen simple dan mudah ni. Happy blogging semua.



p/s : korang boleh juga klik banner tersebut untuk terus ke blog blogger Yumida~