Monday, December 3, 2012

What Your Biggest Fear Is and How It Affects Your Life?

Ketakutan? hm... rasanya perasaan ini tak ada dalam diri krole yang gagah ni hahaha!!! (buwek!!!) wei!!! siapa yang muntah tu? ok-ok sebenarnya dalam hidup ini ada satu benda yang krole takut sangat tapi tolonglah... jangan gelak ya, LIPAS!!! ya betul... pergh!!! kalau binatang ni krole memang tak boleh blah. Sebab waktu kecil dulu krole ada pengalaman hitam sikit dengan binatang bergelar lipas ni? waktu itu krole baru berumur 9 tahun. Krole dimasukkan ke dalam wad kecemasan gara-gara binatang ni masuk ke dalam telinga krole (euww!!!), doktor yang bertugas pada waktu tu pula pergh!!! seram beb!!! macam-macam peralatan dan cara dia gunakan untuk keluarkan binatang tak yang bermoral tu, tapi semuanya gagal. Akhir sekali dia terpaksa gunakan pam penarik yang guna angin tu (tak tahu namanya), pergh!!! sakit beb!!!.

Tapi syukur, kaedah tu berjaya... tiba-tiba doktor tu merapati krole dan menghulurkan tangannya... pergh!!! rupa-rupanya doktor tu tunjukkan lipas tadi yang tersangkut didalam telinga krole argh!!! terus terlompat krole dari atas katil tu, dahlah muka benda tu menyeramkan, saiznya pula besar gila!!! argh!!!... lepas tu terus terang krole katakan "fobia" beb dengan lipas-lipas ni. Hinggakan kadang-kadang krole termimpi tengah tidur didalam kotak yang dipenuhi lipas pergh!!! tak sanggup. Sampailah sekarang ini "fobia" dengan lipas ni memang tak dapat krole lawan, kalau ternampak "confirm" lari...!!!

Ok... mesti ramai yang nak tahu kenapa krole buat entri ni kan? ok sebenarnya krole nak join Fear Factor House – Is your chance to experience Fear Factor live!” yang dianjurkan oleh Nuffnang, bagi menyokong program Astro’s Fear Factor Malaysia yang akan bersiaran pada Disember ini diAstro Ria dan Mustika HD, peserta program ini pula terdiri dikalangan artis-artis terkenal di Malaysia, tapi terus terang krole katakan... program fear factor ini pasti akan dimenangi oleh "Alam Wakaka Crew" (favourite), sebab sememangnya kita tahu yang dia ni memang tangkas, cergas, dan berani (Bboy). Oklah harap-harap nuffnang pilih entri krole ni sebab nak juga tahu adakah diriku ini dapat melepasi cabaran-cabaran yang disediakan nanti? oklah happy blogging semua.






p/s : ini cerita benar, bukan rekaan ya~

8 Komen:

Cik Pena said...

heheh...ada plak kartun lipas tu hehe

boni kacak said...

sejujurnya... aku pun takut lipas..sampai sekarang..hahahaha.. apa lagi lipas terbang.. aku dulu pun pernah demam disebabkan lipas..hahaha

Luqman Zakaria said...

hehe...gambar first tuh ..memang muke x tkut ape2..alih2 bile lipas dtg..dah len dah reaksi muke..adoi..kelakar..

Crack said...

hahahahhahah...tak larat gelak. -_-" Muat plak lipas tuh masuk telinga. Tak penah dengar lagik orang lipas masuk telinga. TAHNIAH BRO KROLE, ANDA YANG PERTAMA !!! (Dlm hidup saya) Sangat enjoy entry ni,psssttt...curi idea ble? :P

NasQ said...

logik kah? aduyai...

Harimau Malaya said...

Krole main bola sepak tak? Kalau terjumpa banyak lipas atas padang nak main ke tak?

krole said...

pena : huhuhu cute kan~

boni kacak : rupenye..kta serupa bro ngee~

luqman : hiuuhu fail kan bro~

krole said...

crack : yeah!!! tahniah tok aku!!!

t.karut : logik bro...kalo nak cuba dpersilakn yew~

harimau malaya : main bro...hm..rasanya kalo jd gtu tak main r bro..tp lom ade g pngalman cam gtu d padang bola~