Monday, December 31, 2012

Selamat Tahun Baru Semua

Sebelum krole nak ucapkan selamat tahun baru kepada semua, terlebih dahulu krole nak mohon maaf kepada semua kawan-kawan blogger kerana dalam dua tiga hari ni langsung tak ada update terbaru dalam blog yang buruk ni hihihi. Bukan kerana diri ini dah tak nak berblog cuma ada sedikit kengkangan? masalah internet beb! aduh! nak cerita pun... buat sakit hati saja, yang penting masalah ni dah selesai yeah! ok berbalik kepada topik sebenar kita hihihi, cuba tengok jam tangan korang? hah! oklah kalau tak ada jam tangan pergi tengok jam dinding korang, rasanya tinggal lebih kurang 3 jam saja lagi kita akan masuk ke tahun 2013 yeah!. Mesti banyak aktiviti korang yang best-best malam ini kan? ada konsert, ada funfair, em... semuanya adalah. Nasihat krole, bersederhanalah dalam tiap apa yang kita buat ya. Sempena menunggu detik 2013 ni krole dan family hanya buat barbeque kat belakang rumah. yeah! bakar! jangan tak bakar!

Ups! maaf terover acting pula. Ohya sebelum krole terlupa, krole nak ucapkan berbilion terima kasih kepada anda semua yang sudi membaca karya-karya nukilan krole yang bosan sepanjang tahun ini, hahaha! bosankah? dan terima kasih juga kerana selalu berkunjung ke blog ni ya. Betul beb! krole bangga dapat berkenalan dengan korang semua. Manalah tahu kalau ada rezeki kita boleh jumpa nanti, insyallah. Oklah Mrs. krole dah panggil kat belakang tu so sekali lagi sekiranya sepanjang tahun ni krole ada buat sesiapa terasa atau terkecil hati krole mohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki ya. Happy blogging semua.



p/s : selamat tahun baru!!!

10 Komen:

wanayu said...

selamat tahun baru pada tuan blog. hepi new year 2013

Luqman Zakaria said...

aku singgah nak wish selamat tahun baru kt ang pulak..hihihi.

Unknown said...

hepy new year Krole !

boni kacak said...

sama2 bro.. terima kasih juga sebab selalu berkunjung ke teratak aku selama ni..selamat tahun baru :)

dariilhamkehati said...

wah , berbaberque !!!


bes3 !!

ye , larr bersederhana la kan :D

hapy new year jgk , semoga bersempena tahun baru masihi nih , hidup cik krole akan disinari dengan sinar kebahagiaan dan keberkatan yang melimpah ruah ek :D

Lydia Miza said...

Selamat tahun baru awak... Moga diberkati Allah selalu ops buat zie juga

Bunda_nora said...

selamat tahun baru

Shaiful Zaidi said...

selamat tahun baru bro.

CIK TOM said...

slmt thn br 2013 krole..
lm xjenguk sini..
rindu plk.hee

krole said...

to all : thanks all...selamat tahun baru juga dan terima kasih semua~