Alhamdulillah bulan ni rasanya dah genap 4 bulan isteri krole mengandung, "ya Allah kau jagalah isteriku dengan sebaik-baiknya, permudahkanlah setiap urusannya, berikanlah kekuatan kepadanya, gembirakanlah hatinya, dan berikanlah kekuatan kepadaku ya Allah agar menjadi seorang suami yang soleh dan terbaik baginya, amin". Ketika isteri krole mengandungnya alhamdulillah tak adalah perkara-perkara yang pelik berlaku, contohnya sahabat krole pernah cerita sewaktu isterinya mengandung, isteri beliau tak boleh menghidu bau suaminya argh!!! besar dugaan mereka kan? tapi... begitulah wanita ketika mengandung, sebagai suami apa yang perlu kita buat adalah bersabar.
Tapi benda yang paling standard berlaku kepada wanita mengandung adalah "muntah", kesian krole bila tengok isteri krole muntah-muntah, tapi alhamdulillah tak adalah tahap teruk sangat. Cuma perasaan risau dan kesian tu sentiasa ada, perhatian yang lebih juga harus diberikan... Hati wanita ni terlampau baik, mereka tak akan sekali-kali mahu menyusahkan suami mereka, so kita kena peka...!!! alert...!!! terutama bila bab-bab mengidam ni, kadang-kadang mereka sanggup tahan rasa mengidam mereka semata-mata tak ingin menyusahkan suami mereka, ya Allah~ mulianya hati wanita ini, entri ini krole buat berdasarkan pengalaman krole sendiri ya, so perkara diatas adalah apa yang krole alami sendiri dengan isteri. Insyallah bulan 3 tahun depan krole dah bergelar ayah yeah!!! ups... oklah krole nak lepak-lepak dengan isteri tersayang, ciowlu... Happy blogging semua.
p/s : saya sayang awak~
2 Komen:
tahniah bakal ayah!
moge isteri dan kandungan sihat2..
tharu dgr cite bakal ayah jge isteri mengandung..
matun=wuahhhh thanks wak~
Post a Comment