Rasanya minggu ni boleh dikatakan setiap hari hujan, alhamdulillah... Biasanya waktu begini ramai yang mengeluh daripada bersyukur, walhal hujan itu adalah rahmat daripadaNya. "alamak!!! hujanlah!!! habislah kain baju aku kat jemuran tu!!!", "alamak!!! hujanlah!!! tak dapat main bolalah petang ni?" hihihi... Ini merupakan perkataan-perkataan yang sering krole dengar (dengar dari mana tu tak perlulah krole cerita ya). Dah lumrah manusia kan? bila panas minta sejuk, bila sejuk minta panas, bila terik minta hujan dan bila hujan minta terik? krole pun manusia biasa juga, kadang-kadang tu pernah juga terlepas cakap macam ayat kat atas tu, tapi bila dah kembali sedar, cepat-cepat krole istighfar memohon keampunan daripadaNya.
Sebenarnya tiap apa yang diturunkan Allah kepada kita semuanya baik-baik belaka, cuma kita saja yang tak sedar kerana terlampau leka dengan dunia kan? walhal tanpa hujan ni manakan hidup tumbuh-tumbuhan di dunia ni, manakan hidup manusia di dunia ini, manakan mengalir air dari corong kepala paip di rumah kita semua... cuma kita je yang tak sedar, asyik komplain je kan? kalau Allah tarik balik rahmatnya tu rasanya pupuslah spesis yang bergelar manusia ini? macam malam ni, kat kampung krole ni hujan pergh!!! sejuk o0o0o0!!! tak payah nak hidupkan kipas dah rasa macam ada aircond dah rumah ni, alhamdulillah dapat jimat elektrik, hahaha!!! betul tak? oklah krole out dulu so happy blogging semua~
p/s : hujan yang turun....
3 Komen:
hujan yang turun bagaikan mutiara...
syukur dgn rahmatNYA.
dari blog NUR
masa hujan best, bleh tidur nyenyak.. aku suke masa naik bas balik kampung pastu hujan time tu.. best2
rahmat Allah..kat sini petang2 mst hujan,sejuk je..mmg dpt jimat elek :)
Post a Comment