Friday, September 28, 2012

Pembentangan Bajet 2013

Kalau krole tak silap petang ini akan disiarkan secara langsung kat televisyen berkenaan "bajet 2013" kan? wuah!!! mesti ramai yang menantikan saat ini kan? khususnya kepada penjawat-penjawat awam di Malaysia ni. Bagi krole... krole harapkan satu saja walau apa pun yang akan dibentangkan atau apa pun keputusan yang dibuat... haruslah menjamin akan kesejahteraan rakyat terutamanya golongan kebanyakkan macam krole ni. Ini asyik naik je!!! barang naik!!! minyak naik!!! gula naik!!! dan rakyat pun naik jua, tapi bukannya naik taraf hidup... naik hangin adalah!!! hahahaha.

Kalau nak ulas lanjut berkenaan bajet 2013 ni hm... tak payahlah kot, bukan apa... krole tak reti. So kepada yang dah menanti kat depan televisyen tu di harap bersabar dan dengar betul-betul apa yang hendak disampaikan... Oklah krole out dulu, happy blogging semua.



p/s : harap harga minyak turun~

Tuesday, September 25, 2012

Bila Hujan

Rasanya minggu ni boleh dikatakan setiap hari hujan, alhamdulillah... Biasanya waktu begini ramai yang mengeluh daripada bersyukur, walhal hujan itu adalah rahmat daripadaNya. "alamak!!! hujanlah!!! habislah kain baju aku kat jemuran tu!!!", "alamak!!! hujanlah!!! tak dapat main bolalah petang ni?" hihihi... Ini merupakan perkataan-perkataan yang sering krole dengar (dengar dari mana tu tak perlulah krole cerita ya). Dah lumrah manusia kan? bila panas minta sejuk, bila sejuk minta panas, bila terik minta hujan dan bila hujan minta terik? krole pun manusia biasa juga, kadang-kadang tu pernah juga terlepas cakap macam ayat kat atas tu, tapi bila dah kembali sedar, cepat-cepat krole istighfar memohon keampunan daripadaNya.

Sebenarnya tiap apa yang diturunkan Allah kepada kita semuanya baik-baik belaka, cuma kita saja yang tak sedar kerana terlampau leka dengan dunia kan? walhal tanpa hujan ni manakan hidup tumbuh-tumbuhan di dunia ni, manakan hidup manusia di dunia ini, manakan mengalir air dari corong kepala paip di rumah kita semua... cuma kita je yang tak sedar, asyik komplain je kan? kalau Allah tarik balik rahmatnya tu rasanya pupuslah spesis yang bergelar manusia ini? macam malam ni, kat kampung krole ni hujan pergh!!! sejuk o0o0o0!!! tak payah nak hidupkan kipas dah rasa macam ada aircond dah rumah ni, alhamdulillah dapat jimat elektrik, hahaha!!! betul tak? oklah krole out dulu so happy blogging semua~




p/s : hujan yang turun....

Monday, September 24, 2012

Mengidam Burger

Kalau dulu... Nak makan benda yang bergelar burger ni rasanya pergh!!! jauh sekali kot. Bukan apa krole memang kurang sikit makan-makan benda yang diklasifikasikan sebagai fast food ni (nak jaga kesihatan kononnya) tapi... Sekarangni rasanya boleh dikatakan dalam seminggu mesti pekena sekali dua benda ni hahaha!!! bukan apa wife kesayangan krole kan sekarangni mengandung so burger ni adalah salah satu makan yang diidamkannya, tapi kadang-kadang krole rasa macam krole yang mengidam lebih-lebih sekarangni, macam-macam nak makan? agaknya ada sesetengah situasi bila isteri mengandung suaminya yang mengidam? aik? macam pelik pula ayat ni hihihi.

Betul!!! krole tak bohong... kadang-kadang tu krole rasa krole yang lebih-lebih bab mengidam ni? bagi member-member blogger yang dah bergelar ayah sila komen kata krole kat atas tu ya? bagi krole benda mengidam ni tak boleh dipandang remeh, sebab kesian sangat tengok muka wife kalau mahukan sesuatu tu (mengidam), bagi krole selagi krole mampu insyallah krole akan penuhi. Syukur juga isteri krole mengidam tak adalah mengidam benda-benda yang payah nak cari, sebab krole tahu dia tak nak nampak krole susah... tapi.... krole sentiasa pesan kat wife kalau ada mengidam apa-apa bagitahu je jangan nak rahsia-rahsia, oklah krole nak undur diri dulu, nak layan burger special dengan wife so happy blogging semua.





p/s : omak hai!!!! bosarnyo burgor!!!

Saturday, September 22, 2012

Buat Isteri Tersayang

Alhamdulillah bulan ni rasanya dah genap 4 bulan isteri krole mengandung, "ya Allah kau jagalah isteriku dengan sebaik-baiknya, permudahkanlah setiap urusannya, berikanlah kekuatan kepadanya, gembirakanlah hatinya, dan berikanlah kekuatan kepadaku ya Allah agar menjadi seorang suami yang soleh dan terbaik baginya, amin". Ketika isteri krole mengandungnya alhamdulillah tak adalah perkara-perkara yang pelik berlaku, contohnya sahabat krole pernah cerita sewaktu isterinya mengandung, isteri beliau tak boleh menghidu bau suaminya argh!!! besar dugaan mereka kan? tapi... begitulah wanita ketika mengandung, sebagai suami apa yang perlu kita buat adalah bersabar.

Tapi benda yang paling standard berlaku kepada wanita mengandung adalah "muntah", kesian krole bila tengok isteri krole muntah-muntah, tapi alhamdulillah tak adalah tahap teruk sangat. Cuma perasaan risau dan kesian tu sentiasa ada, perhatian yang lebih juga harus diberikan... Hati wanita ni terlampau baik, mereka tak akan sekali-kali mahu menyusahkan suami mereka, so kita kena peka...!!! alert...!!! terutama bila bab-bab mengidam ni, kadang-kadang mereka sanggup tahan rasa mengidam mereka semata-mata tak ingin menyusahkan suami mereka, ya Allah~ mulianya hati wanita ini, entri ini krole buat berdasarkan pengalaman krole sendiri ya, so perkara diatas adalah apa yang krole alami sendiri dengan isteri. Insyallah bulan 3 tahun depan krole dah bergelar ayah yeah!!! ups... oklah krole nak lepak-lepak dengan isteri tersayang, ciowlu... Happy blogging semua.




p/s : saya sayang awak~

Monday, September 10, 2012

Header Baru Krole

Rasanya header yang kat atas ni dah lama krole guna kot? hari ini teringin pula rasanya krole nak bagi "angin baru" kat blog krole yang usang ni, kalau tengok blogger lain pergh!!! dalam sebulan dua tu nak dua tiga kali tukar header wuah!!! adakah? hihihi gurau je, tapi... kalau ada pun pergh!!! memang krole respeklah!!! lagipun banyak blogger-blogger kat luar sana yang berbakat dalam edit mengedit gambar ni. Krole ni pula hihihi cuma pandai edit yang tahap newbie-newbie ni, ala janji edit sendirikan? kalau korang nak tahu header baru ni krole ambil masa selama 2 hari nak siapkan, hah!!! hihihi.

Header yang baru ni krole guna konsep yang sama juga iaitu "paper bag man" hihihi bukan apa suka pula dengan tema begini... misterius, hahaha!!! misterilah sangat. Tak banyak juga berubah, font still guna yang dahulu punya cuma upgrade sikit, cuba teka? ya!!! betul!!! dah ada dua domo kat header huhuhu, domo ni wajib ada kat header krole, dan kali ini krole tambah sayap kat belakang tu, dah tagline "terbang-terbang" so krole pasanglah sayap hihihi, oklah krole harap korang pun suka dengan wajah baru ni, dan happy blogging semua.




p/s : header baru!!!

Thursday, September 6, 2012

Macam Pernah Berlaku

Petang tadi krole sibuk merepair kereta bersama adik-beradik krole... tapi tak adalah sangat kitaorang buat tu cuma tukar "hos" dari radiator kereta ke tangki simpanan air tu??? hihihi nak cakap pun krole tak berapa nak reti, bukan apa kitaorang ni bukannya pandai cuma "pandai-pandai" hihihi... tapi bukan itu yang krole nak cerita, ada situasi tadi krole terkejut tahap cipan punya kerana tak tahu kenapa??? krole terasa seperti krole pernah lalui dah situasi tadi tu? maksud krole aktiviti merepair kereta dengan adik-beradik tu? benda ni datang tiba-tiba pergh!!! waktu tu macam krole dah tahu apa yang akan mereka buat??? apa yang mereka nak kata??? huh!!! tapi krole buat diam je.

Mungkin inilah yang orang selalu kata "deja vu" tu? wuah!!! dalam hayat krole baru kali inilah krole merasa benda "deja vu" ni. Betulah!!! terasa macam kita dah pernah lalui benda tu??? terasa macam dalam filem??? alamak!!! tak ingat pula tajuk movie tu!!! apa tajuk movie tu ya??? yang pelakonnya nicolas cage tu??? hm... tak ingat dah krole, yang krole tahu movie tu mengisahkan dimana dia boleh melihat masa depan pergh!!! oklah out dulu, so happy blogging semua~ sila klik sini




p/s : misterinya~

Monday, September 3, 2012

Memandu Sampai Pening

Hari ini boleh dikatakan seharian krole memandu kereta dari pagi sampai ke petang, tapi tak adalah memandu non stop. Cuma jarak perjalanan tu kalau di tolak, darab, bahagi dan tambah rasanya boleh sampai 200KM wuah!!! (siapa terkejut tu?). Hari ini krole banyak berurusan di ibu kota a.k.a kota kinabalu, dahlah krole ni tak berapa nak kenal jalan-jalan kat sana pergh!!! dengan kesibukan jalan raya di bandar lagi pegh!!! pergh!!! pergh!!! dahsyat betulah bila jem, naik jem kepala krole. Berbeza sangat dengan kawasan luar bandar yang jalannya sentiasa lengang. Tapi alhamdulillah yang penting urusan krole semuanya selesai hari ini yeah!!! heep... heep... horay!!!

Horay... horay juga, nak dijadikan cerita dalam perjalanan krole pulang ke kampung, kepala ni buat hal pula asyik pening saja. Nasib baiklah ada isteri krole tadi bolehlah dia tolong urutkan kepala sewaktu krole memandu. Tapi yang krole rasa pelik ni kepala ni masih lagi pening sampai sekarangni argh!!! kenapa ni ya? nak kata kurang minum air... hm... nak berbotol-botol dah krole minum? mungkin kena bawa tidur kot barulah ok? oklah krole nak lelapkan mata yang dah layu ni, so happy blogging semua.





p/s : poningnyo~

Sunday, September 2, 2012

Jom Serbu Ranz Blog

Assalamualaikum sebagai pembuka kata, hari ini krole nak promote satu blog ni... Iaitu "Ranz Blog" hihihi... Sebenarnya owner blog ini adalah adik krole sendiri. Sebenarnya dia ni dah lama minat nak berblogging... cuma krole je yang tak ada masa nak mengajarnya, alhamdulillah minggu ini dia dah dapat blog yang di idam-idamkannya yeah!!! cuma... bila dah namanya "new blogger", banyak lagi benda yang dia kena belajar contohnya dari segi penulisan tapi... bagi krole oraitz juga penulisan dia ni (ada bakat gitu), sebab krole ni suka dengan penulisan yang santai dan ala-ala skema gitu hihihi... lagipun blog yang diciptanya simple dan tak serabut so sejuk mata memandang, tambahan pula headernya comel ada domo tu!!!

Bagi peminat domo-kun serius krole cakap sesuai sangat berkenalan dengan Ranz ni, sebab dia ni boleh juga diklasifikasikan sebagai kipas susah mati domo. Kalau korang nak tanya pasal domo komfirm dia boleh jawap dari A to Z. hahaha!!! apa-apa pun kalau nak tahu lebih lanjut anda semua amat digalakan menjenguk blognya... hah!!! macam mana??? senang saja klik je kat namanya kat atas tu krole dah linkkan ke blognya atau nak lebih senang klik sini. Apa lagi jom serbu!!! happy blogging semua~



p/s : ranz blog~

Pertandingan Tarik Tali

Rasalah dah lama kot krole tak tengok pertandingan tarik tali ni, nak dijadikan cerita pagi tadi krole temankan wife menghadiri majlis hari keluarga peringkat pendalaman bawah SAN PIMPING, banyak juga aktiviti yang diadakan contohnya seperti pertandingan tiup belon, isi air dalam botol, anyam ketupat, nasyid dan banyak lagilah. Tapi yang menarik minat krole adalah acara tarik tali ni pergh!!! terserlah kejantanan semua peserta yang mengikuti acara ni, hihihi krole tak sempat nak join... sebab pendaftaran dah ditutup so tengok kat tepilah jawapnya ngeeee. Gambar kat atas ni diaorang tengah bersedia untuk menarik tali dengan sekuat hati mereka (jangan sampai putus urat kentut dah hihihi). 

Tarik!!!... tarik!!!... tarik!!! ya begitulah sorakan para penonton waktu itu yang kebanyakkannya terdiri daripada anak para peserta hahaha!!! memang meriah sangat waktu acara ini berlangsung pergh!!! peserta yang menyertai acara ini pun bukan calang-calang orangnya boleh kata diaorang ni layak mendapat gelaran "orang besi" mana taknya sampai nak terputus tali tu diaorang tarik pergh!!! porgh!!! prong!!! (terlebih sudah). Nasib baiklah krole tak join kalau tak... bukan setakat tali tu putus rasanya tangan krole pun ikut terputus hahaha!!! harap-harap dimasa akan datang ada lagi anjuran seperti ini... bolehlah krole ikut hihihi... oklah happy blogging semua~



p/s : tarik!!!