Friday, October 28, 2011

Sayangi Mereka

Krole tengah bengang ni!!! grrrr!!! tadi waktu balik dari kerja seperti biasa krole and the gang akan menuju ke cafe untuk bersarapan. Tak sangka pula hari ini krole dapat pengalaman yang baru dalam hidup ni??? nak tahu apa??? sedih dan geram hati krole ni nak cerita, begini ceritanya tadi waktu kitaorang tengah duduk menunggu menu yang di pesan krole ternampak sekumpulan budak-budak (rasanya anak staff kot) baru tiba di pintu cafe tersebut. Masa diaorang nak masuk tu ada seekor kucing menghalang jalan mereka, so ada seorang budak ni dengan slumber menendang kucing tersebut, aduh!!!.

Yang krole geram ni mereka siap gelak ketawa seperti puas dengan tindakan kawan mereka itu, sedih betul tengok nak marah takut ayah mereka datang serbu pula nanti. Walhal sepatutnya haiwan-haiwan ini seharusnya disayangi seperti Rasulullah menyayangi haiwan namun sebaliknya pula aduh, disini krole sertakan satu kisah yang menunjukkan Rasulullah sayang akan haiwan terutamanya kucing.

"Ketika Nabi Muhammad hendak mengambil jubahnya dan mengetahui bahwa seekor kucing sedang tidur di atas lengan jubah tersebut, Nabi Muhammad pun memotong lengan jubah yang digunakan tidur oleh sang kucing dengan tujuan agar tidak membangunkan tidur si kucing."


Begitulah rasa sayang dan hormatnya Nabi Muhammad S.A.W terhadap haiwan yang perlu kita contohi, sekiranya tak nak sayang... hormat pun bolehlah. Happy blogging semua~



p/s : miowwww~

4 Komen:

Unknown said...

alaa siannye kucing tu! saya ni bkn nye suka nak peluk2 kucing.. tapi x pernah terniatpon nak sepak..ouchh.. sian die..

teringat literature tingkatan berapa tah.. kisah kucing kurap n kucing montel yg dipelihara..

eRza farEeha said...

haiwan juge makhluk Allah..:)

krole said...

Nur=huhu tu r wak..siol tol r doang tu~

krole said...

erza=tu r..so hormati mereka jua~