Sekiranya anda ditimpa musibah, mendapat kejayaan, hilang pedoman, terasa keseorangan atau apa-apa sekali pun masalah/kesenangan , berdoalah kepadaNya jangan sekali lupa bahawa semua itu datang daripadaNya dan tiap apa yang diberikan olehNya semua mempunyai rahmatnya yang tersendiri sama ada kita perasan atau tidak. Bukan apa krole kadang-kadang terbaca artikel-artikel seperti dimana demi mengejar kekayaan orang sanggup melakukan perbuatan syikir seperti menyembah kubur atau sebagainya. Walhal yang perlu kita sembah atau memohon hanyalah kepadaNya yang satu.
Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-Mukmin, ayat 60, yang bermaksud: “Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan doa permohonan kamu.” Maka berdoalah kepadaNya setiap hari setiap waktu insyallah doa kita semua akan dimakbulkan, cuma kita semua perlu bersabar dan sentiasa yakin kepadaNya kerana bukan semua doa diperkenankan serta merta. Dengan berdoa juga kita boleh mendekatkan lagi diri kita kepadaNya, memberi ketenangan pada jiwa, menguatkan iman di dada dan banyak lagi kebaikkan. Oklah apa-apa pun jangan lupa menunaikan perintahNya dan meninggalkan laranganNya, happy blogging semua~
p/s : berdoalah selalu~

2 Komen:
usaha doa and tawakal
bile berjaya memang rase syukur kann
tp ade orang nk semua cepat
pantas umpama touch n go
so mcm2 perbuatan syirik laa dyorang kerjakan
nurkaloi=tol wak..sgt2 tepat~
Post a Comment