Sunday, July 4, 2010

Raja Rock and Roll.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua blogger2...bila sebut je nama elvis presley mesti semua orang kenalkan (kalo x knai x to r krole,heeee).Digelar sebagai 'raja rock n roll' elvis presley yang memulakan kariernya pada tahun 1954 menjadi fenomena bukan saja kerana vokal tetapi juga kerana stail persembahan dan penampilannya (jambul tue yang mahai).dia dilabelkan sebagai salah seorang figura yang penting dalam budaya pop kurun ke-20,suara beliau yang versatil menjadikan dia artis solo paling laris dalam sejarah muzik pop.



mengalami nasib yang sama seperti michael jackson,waktu2 terakhir elvis juga dipenuhi dengan pelbagai kontroversi dan dikaitkan dengan perkara2 yang negatif,selain tidak mampu beraksi diatas pentas,kesihatan elvis juga semakin teruk akibat penyalahgunaan dadah yang berlebihan.

ribuan berkumpul diGraceland semasa kematian elvis iaitu lebih kurang 80,000 orang berbaris sepanjang jalan sehingga ke tanah perkuburan "Forest Hill" dimana elvis dikebumikan iaitu bersebelahan kubur ibunya...mayat elvis hampir dicuri disebabkan popularitinya disebabkan itu mayatnya dan ibunya dipindahkan di "Meditation Garden, Graceland"

Lagu2 elvis masih lagi menjadi kegilaan ramai sehingga sekarangni.selama 15tahun berturut2,forbes menamakan elvis sebagai selebriti meninggal dunia yang paling kaya dengan keuntungan tahunan AS$45JUTA(huishhh manyak tu)..namun rekod ini dipecahkan pada tahun 2009.

p/s : krole mmg suke layan lagu dia ni..langsung x boring dengaq smpi la ni...

1 Komen:

timhar said...

da mati pun masih masyuk... huhuhu