Tuesday, March 25, 2014

Ikuti Temuduga Imigresen

Assalamualaikum semua, pergh! bersawang beb! blog ni... kasihan kat blog tersayang ni. Ohya! cuba tajuk kat atas tu... ok! sebenarnya... kalau nak diikutkan... kiranya nak update cerita ni semalam tapi... disebabkan beberapa faktor yang tak dapat nak dielakkan hurm... faham-faham sajalah ya. Ok! begini... semalam buat julung kalinya krole mengikuti temuduga jabatan imigresen Malaysia. Pergh! nak dijadikan cerita... rupanya dalam beratus-ratus orang yang pergi temuduga tu... krole yang paling tua sekali... ahahaha!. Mula-mula tu krole relaks je bab temuduga ni.

Tapi semakin hampir giliran krole pergh! sejuk satu badan... dah macam terasa duduk kat luar negara yang beriklim sejuk hahaha!. Walhal... sebiji aircond pun krole tak nampak. Gemuruh beb! tapi... dalam gemuruh tu pun... terbayang dah... pergh! kalau lepas temuduga ni... diriku akan bergelar kakitangan awam dah! yeah!. Ok! jeritan tu hanya dalam hati krole ya hahaha!. Ohya! sebelum ditemuduga kitaorang diperiksa fizikal dahulu... kalau lepas barulah ditemuduga. Tak tahu kenapa... mungkin disebabkan krole paling tua waktu tu... semua adik-adik yang hadir temuduga tu siap minta tips lagi dari krole? adoi! boleh pula macam tu ya. Walhal empunya badan ni... muka je nampak tenang tapi hati bergelora beb! hahaha!.

Tiba giliran krole... pegawai pemeriksa membawa krole ke satu bilik khas... mula-mula timbang berat dan ukur ketinggian. LULUS! kata pegawai tu... pergh! riang gumbira dah hati krole... terbayang dah diri ini memakai uniform imigresen hihihi. Selepas tu ujian kawat... macam-macam dia suruh buat... berjalan kehadapan, tabik hormat... nasib baiklah krole pernah ikut persatuan pengakap satu ketika dahulu... bolehlah kawat sikit-sikit!. LULUS! kata pegawai tu lagi... pergh! macam nak melompat waktu tu... lepas tu kena suruh pumping dan periksa tangan... pumping memang lepas... krole siap buat laju-laju lagi... gara-gara nak bagi pengawai tu takjub sikit hihihi. Tapi.... rupanya... hurm... tangan kiri krole bengkok sikit... senang cerita... tak lepas... terus disuruh balik. Aduh! bukan rezeki... nak buat macam mana kan...

Waktu pulang ke rumah Mrs. krole dan baby zahrah tengah lepak kat ruang tamu... selepas beri salam terus krole beritahu... bahawa tak lepas temuduga tu... serius beb! keluar juga air mata ni... mungkin sebabnya krole terlampau mengharap benda ni kan?. Tapi itulah... dah bukan rezeki... Allah lebih Maha Mengetahui apa yang terbaik buat diri kita... mungkin rezeki krole buat masa ini... hanyalah berniaga ditapak tamu mingguan dan pasar tani. But live must go on kan...? yang penting krole dah cuba sehabis baik. Sikit lagi bergelar kakitangan Imigresen hihihi. Oklah! itu je nak cerita pun... so happy blogging semua.


p/s : Ya Allah... permudahkan urusan kami semua~

25 Komen:

Sura Mohd said...

Salam Krole..dah lama tak jenguk sini..redha dengan rezeki yang bukan milik kita....takpelah x bergelar kakitangan imegresen..sura dulu2 pun berangan jugak nak kerja beruniform..tapi sah2 awal2 kena reject..hihihi

Luqman Zakaria said...

luqman pon dah lame xblogging nih..baru nk start balik..hehe..sbb laptop rosak..apa2 pon..macam krole cakaplah bukan rezeki kat situ..rezeki nih ada kat mane2 yang penting kita rajin usaha..insyaallah di hadapan nanti ada yang lebih baik menanti..amin.

mselim3 said...

Assalammualaikum...krole,

moga ada rezeki yang lebih baik menanti krole kan.. siapa tahu kan. sabar aje..k.

mselim3

Wanyob said...

Bila bengkok sikit tu maksud dia macam mana ? Masa buat pumping tu tangan kena lurus ke ?

PeRdU cINta said...

Assalammualaikum mr krole sekeluarga..baby zahrah sihat..tak apa..Allah dah aturkan yang terbaik..mungkin lepas ni ada rezeki lain..Allah menguji iman kita dalam pelbagai cara..begitu juga bila Allah mahu hadiahkan kita rezeki..tidak terduga..

Shaiful Zaidi said...

Good luck krole.

Kerull said...

salam singgah krole..kerull pun lama tak jenjalan sini..bz sikit..

Shaiful Zaidi said...

Salam ziarah krole

dear anies said...

all the best

Unknown said...

sabar aje la....
tak semua yang kita nak akan kita dapat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.
percayalah padanya, ada yang lebih baik menanti
Assalamualaikum...

M a W a D D a H said...

salam krole..wah lama tak jenguk sini...baru tahu dah ada baby..tahniah

Unknown said...

Belum ada rezeki tubro...

eh nak bagi tahu Den hahahahha

Shaiful Zaidi said...

Salam Aidil Fitri. Maaf zahir & batin krole.

ummizarra said...

sabar. mungkin bkn rezeki..
teringin nak pakai baju beruniform mcm zaman skolah and study :)

arieon said...

Sabar.Mungkin belum rezeki.

Unknown said...

salam...

hm..rose pun pernah rasa situasi macam tu..yang perit lagi..bila interview pun dah pergi, dah panggil nak sign letter offer ajer...tapi company tu Tarik balik sebab rose pregnant...well..heartbroken jugak la..tapi redha kerana tiada rezeki..and redha juga sebab tak mo la kerja dengan company diskriminasi mcm tu...

dariilhamkehati said...

Salam, takpela, bukan rezeki kan, biasalah, ALLAH SWT tak beri apa yang kita nak tapi beri apa yang kite perlu, hehehe, btw salam singgah dari CP

Bunda_nora said...

Assalam, salam isnin...lamanya bunda tak kesini...apa kabar orang sini?

nurkaloi said...

lama x jelajah ke sini... rezeki di mana2....kalau bukan di sini...di sana :)

dyanzakhi said...

singgah sini dan follow :))

y i e n said...

jgn putus asa, insyaAllah ada rezeki yg lebih baik menanti :)

dariilhamkehati said...

wah, kalau perempuan pun boleh tak kalau imigresen nih, CP nih ada masalah rabun...

takpelah krole, bukan rezeki, ALLAH SWT tuh sentiasa beri kita yang terbaik...

CP lak ada cita-cita nak berniaga...

kalau free mai la singgah entry baru CP yang latest...topik poligami..hehe

http://dariilhamkehati.blogspot.com/2015/08/hikmah-berpoligami.html

dariilhamkehati said...

haloo krole, CP ada buat review blog untuk krole...hehehe, jemputlah singgah ?

http://dariilhamkehati.blogspot.com/2015/08/10-blog-review-krolezone.html

dariilhamkehati said...

haloo krole, CP ada buat review blog untuk krole...hehehe, jemputlah singgah ?

http://dariilhamkehati.blogspot.com/2015/08/10-blog-review-krolezone.html

Unknown said...

Jom Singgah Blog Saya blog koleksiresepiemak

Koleksi Resepi emak
http://koleksiresepiemak.blogspot.com/