Tuesday, January 7, 2014

Suka Kejar Kucing

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Sebelum krole membebel panjang, apa kata dipagi yang indah ini kita mulakan dengan senyuman walau gigi tak berapa nak putih sangat ahahaha!. Ok! stop! nanti ada orang terasa pula hihihi. Ohya! nak cerita perkembangan baby Zahrah ni... nak tahu... (sambil buat muka macam mummy jarum tu). Sekarangni baby Zahrah dah mula pandai bermain dengan kucing hihihi... asal nampak je confirm baby Zahrah akan kejar sambi diiringi gelak tawanya. Boleh bayang tak? ahahaha! comel... Gambar kat atas tu dimana kucing berjaya melarikan diri dari baby Zahrah.

Ahahaha! sayang sangat kucing tu... pandai dia bawa baby Zahrah bermain... Bila dapat lihat perkembangan anak depan mata ni lain sikit... asyik mengalir je air mata ni... bukan sedih tau, terharu beb!. Syukur ke hadrat ilahi kerana masih lagi mengurniakan kesempatan dan kemampuan kepada krole untuk melihat semua ni. Ohya! bulan ni baby zahrah dah nak masuk 10 bulan (alhamdulillah). Cuma sampai sekarangni baby Zahrah tak dapat menyusu botol... bermacam-macam dah krole cuba... mungkin belum sampai seru kot... ahahaha!. Tapi syukur juga... kadang-kadang baby Zahrah minum juga susu tepung ni cuma... kena sesuai dengan teknik yang digunakan. Pergh! ayat.

Bab bergaya depan kamera... huh! korang tengok je gambar kat atas ni ahahaha! comel... Tak lama lagi mesti anak ayah ni dah boleh jalan dan berlari... doa ayah satu je... moga baby Zahrah membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah. Nanti bila dah pandai bertutur ayah mengaji ye nak. Oklah semua... krole ada kerja sikit ni, terima kasih sudi singgah ke teratak krole zone ni dan kalau boleh klik-kliklah iklan yang ada ya ahahahaha! boleh pula macam tu ya. Happy blogging semua.


p/s : macam comel je~

8 Komen:

PeRdU cINta said...

10 bulan juga aunty Jua tengok baby zahrah membesar melalui blog Mr krole ni..alhamdulillah...hidup ini terlalu singkat..isilah seberapa banyak terdayanya kita dengan seribu satu kemanisan dan kebahagiaan..alamak gigi kitap un tak berapa nak putih..hehehehe..sampaikan salam Jua pada mrs krole ok.. :)

CD said...

dah lama tak dtg tengok baby zahrah.. alahai..comelnya.. bahaya tu.. dahlah pakai walker.. kan jatuh.. haha.. mcm anak sedara zizie, suka kejar kucing.. :)

Farah Waheda Wahid said...

Ash kalau dah duduk dalam walker sok sok dah pandai main macam baby zahrah agaknya sama jugak, suka kejar kucing kot? tapi kalau ikut mummy dia takut kucing ...he he he...

el said...

lepas ni xmo dok lam stroller dah mtk nak main2kat luar ngan cat...cepat dh 10 bln eh

May said...

Cute baby..an adorable child..

Sheila Salim said...

Assalamualaikum. alahhhaii comelnya anak. sheila nak inform next week keluar review blog pasal blog awak. sila singgah kalau free. sheila minta maaf lambat buat review, baru nak warm up balik ni.

Bunda_nora said...

dah besar Zahrah..

krole said...

tq semua sudi snggah n bce2 kat sni... alhamdulillah baby zahrah sekngni semakin sihat n aktif huhuhu... tak lama lagi cam dah boleh brjalan ni... hihihi