Assalamualaikum semua... wuah! dah hampir dah tahun 2013 ni menutup tirainya kan?. Mesti ramai dah buat azam baru kan? InsyaAllah... mudah-mudahan Allah s.w.t kabulkan setiap kehendak korang semua... tapi ingat... azam... azam juga... usaha kena ada. Ok! siapa kat sini yang rindu banget kat krole hinggakan tak lena tidur sebab blog krole ni tak berupdate? ahahaha... ada kan?. Alhamdulillah murah sikit rezeki hujung tahun ni... sebenarnya krole sekarangni berniaga jual t-shirt design sediri je. Berniaga kecil-kecilan je... berjual pun kat tapak tamu dan pasar malam je. Takpa janji mencari rezeki yang halal dan diberkati olehNya kan?.
Oklah! minggu ni ada funfair kat pekan krole... serius! benda macam ni jarang sekali berlaku kat tempat krole... pendalaman katakan... so terdetik hati ni nak bawa Mrs. krole dan baby Zahrah... Dipendekkan cerita waktu sampai tu... baby Zahrah terus tergamam kegembiraan... mana taknya, warna-warni sana dan sini. Korang cuba tengok gambar kat atas ni... hahaha! hinggakan ayahnya panggil tak dilayan... khusyuk tengok roda tu hahaha!. Takpa janji baby Zahrah gembira... Oklah sebenarnya banyak yang krole nak cerita tapi... idea tak ada... so until next time... happy blogging semua.
p/s : Alhamdulillah~~
3 Komen:
salam bro krole :D
lama tak kelihatan ?
Assalammualaikum mr krole dan family..yeyyy..akhirnya..alhamdulillah..rezeki..PC..always singgah..ziarah..silent reader..seronok ye bb zahrah..hehe..moga sempena nak masuk tahun 2014 ini kita pertingkatkan keimanan pada Allah..lebih diberkati dan di rahmati..ameen..dan baby zahrah..semoga ceria selalu ok..
waaahh.. suke ek zahrah, mama lama tak singgah blog krole ni...
Boleh jenguk mama di sini.. Mamaniza.com
Post a Comment