Monday, October 28, 2013

Buang Keluarga

Haish...! tak sangka dalam dunia ni ada juga orang serupa ini...?. Hahaha! sorry... entri kali ini bersifat luahan ketidakpuashatian krole terhadap segelintir masyarakat yang berperangai macam yang krole nak cerita kejap lagi ni. Ok! baru-baru ni krole dipanggil oleh seorang pakcik kesayangan kat kampung, nak minta tolong edar kad jemputan kahwin anaknya... so krole and the gang pun mulalah memeriksa tiap kad satu persatu bagi mengelakkan berlakunya keterciciran (amboi... betul tak ayat tu? huhuhu) jemputan khususnya kepada keluarga terdekat.

Hasil pemeriksaan kitaorang mendapati bahawa ada dua tiga nama penting yang belum lagi dijemput so... krole sebagai ketua AJK bahagian edar kad kahwin melaporkan perkara ini terus kepada pihak tuan rumah iaitu pakcik krole. "pakcik... pakcik! ni ada dua tiga orang lagi belum tertulis nama dikad jemputan". Krole pun menunjukkan nama tersebut... bila pakcik krole ternampak saja nama tu terus dia tarik krole ke tepi.

Amboi... macam buat benda salah je hahaha!. Sambil membuat muka serius tahap power rangers pakcik krole berkata "oh... yang ni memang pakcik tak jemput... diaorangkan sokong pembangkang..." pergh! naik nyilu lubang telinga krole ni dengar ayat tu... aik? gara-gara tu je... takkan gara-gara lain fahaman politik terus buang keluarga... walhal kalau kita senang, susah, sihat, sakit, gembira atau sedih keluargalah yang selalu berdampingan dengan kita. Hm... betul-betul krole tak puashati dengan kenyataan beliau... namun... nak buat macam mana? dah majlis diaorang... hm... dengan berat hati krole pun teruskan operasi menghantar kad jemputan... janji cepat selesai.

Cuma... sedih hati ni bila tahu ada keluarga terdekat krole berperangai sebegitu, terlampau taksub dengan perihal dunia hingga keluarga diabaikan... walhal kalau kita meninggalkan dunia ini satu masa nanti, keluargalah yang akan selalu mengingati dan menyedekahkan Al-Fatihah untuk kita... hm... malas nak ulas panjang... Nasihat krole kepada yang minat berpolitik diluar sana... politik-politik juga keluarga jangan sekali dilupa... biar berlainan fahaman atau perjuangan ok!. Happy blogging semua.



p/s : hari ini nak bawa baby Zahrah shopping baju baru yeah!

Friday, October 25, 2013

Sembuh Dari Demam

Alololo... ibu bapa mana yang nak... anaknya sakit?. Kalau bolehlah nak saja tengok anak ni sihat sepanjang masa. Namun walau sebaik mana pun kita menjaga... Allah S.W.T yang menentukan semuanya, pasti ada hikmah kerana Dia lebih mengetahui akan apa yang terbaik buat kita. Sebenarnya baru-baru ni baby Zahrah demam... pergh! first time ni. Krole mengaku... waktu benda ni berlaku huh! kelam-kabut juga krole dan Mrs. krole, al-maklumlah.... first time... nasib baiklah Mrs. krole cepat perasan benda ni.

Terus krole bawa ke klinik berdekatan... tapi... cuba tengok gambar kat atas... comel tak? hahaha!. Ramai orang kata baby Zahrah ni murah dengan senyuman (alhamdulillah), tengoklah waktu ni baby Zahrah masih demam sikit tapi sempat lagi senyum (sayang anak ayah). Selepas 3 hari... keadaan baby Zahrah beransur pulih dan aggresif semula, tidur pun semakin lena (waktu demam tu baby Zahrah kurang tidur). Sekurang-kurangnya krole dan Mrs. krole bertambah sikit pengalaman dalam membesarkan anak tersayang... Oklah nak santai-santai dengan keluarga kejap, assalamualaikum dan happy blogging semua.



p/s : bagus produk cool fever ni... berkesan!!!~

Saturday, October 12, 2013

Ke Tempat Bersejarah

Assalamualaikum semua... pergh! bersawang blog ni... bila dapat update blog ni terasa macam kanak-kanak ribena dapat gula-gula kapas je... huh! alangkah rindunya daku kepada dunia blog ni... terasa macam something missing je kalau tak dapat update blog ni. Disebabkan dek kesibukkan yang melampau... laptop kesayangan pun lama terabai kat atas meja ni... taip pun kadang-kadang tersilap tekan da....

Ok! gambar pertama kat atas tu adalah masjid pekan Beaufort... tapi tajuk kata ke tempat bersejarah... aha ya... sebenarnya inilah tempat pertemuan krole dengan Mrs. krole... huhuhu... amat bersejarah bagi kitaorang tempat ni. So hari ini... dengan masa terluang yang Allah berikan... krole bawa Mrs. krole dan baby Zahrah ke sana. Syukur sangat... sampai je kitaorang kat kaki lima masjid ni... mood baby Zahrah baik je. Siap gelak-gelak lagi... mungkin baby Zahrah terasa kot aura tempat ni hihihi.

Seronok juga sekali-sekala buat macam ni... dapat imbau kenangan indah satu ketika dahulu... bukan apa... manusia ni mudah lupa kan?. Hm... lama juga kitaorang lepak kat sana... banyak juga kitaorang bergambar... tapi krole upload 3 je... hihihi. Hm... kesimpulannya... seronok sangat hari ni... doakan terbaik untuk kitaorang ya, happy blogging semua.



p/s : alhamdulillah~

Wednesday, October 2, 2013

Sibuk dengan Kertas Kerja

Assalamualaikum semua... rindu krole tak? aha... mesti rindu sampai hentak-hentak kepala kat dinding kan? hahaha!. Pergh! lama juga blog ni tak berupdate... tapi jangan risau, bukannya krole dah hilang minat nak berblog cuma... keadaan tak berapa nak mengizinkan kala ini. Sekarangni krole sibuk dengan macam-macam kertas kerja. Amboi... macam dahsyat je bunyainya kan? tapi tak adalah dahsyat sangat pun.

Nak cerita dengan korang pun malu... hahaha!. Tak apa... bila tiba masanya, krole akan cerita juga kat korang semua. Alhamdulillah dari bulan lalu hingga sekarangni... murah sedikit rezeki keluarga krole ni, banyak kerja yang menjadi... krole berniaga pun semakin lancar dari hari ke sehari. Rezeki dari Allah S.W.T amat indah... kita hanya perlu bersabar dan berusaha saja. Oklah! nak tidur dah ni... esok kena bangkit awal so happy blogging semua.



p/s : terima kasih semua sebab support teratak krole ni~