Friday, September 27, 2013

Kembali Ke Masa Lalu

Assalamualaikum... ok! siapa ingat cerita ni? aha! betul... kembali ke masa lalu atau bahasa mat sallehnya "back to the future". Pergh! memang dah lama krole cari cerita ni... tapi... pergi kat mana-mana kedai confirm tak jumpa... biasalah kalau cerita lama ni memang susah nak cari sekarangni. Nasib baiklah ada hamba Allah ni merangkap adik kesayangan krole terjumpa dan terus membeli DVD cerita ni tanpa rasa ragu-ragu hahaha!. 

Bila krole dapat tahu je... terus krole pinjam... walaupun beliau belum habis tengok cerita ni... adik krole ni ok je... kalau dengan adik-beradik ni dia tak berkira (terutama abangnya seorang ni hihihi). Pergh! yang bestnya... dia beli semua koleksi cerita ni dari pertama hingga ketiga pergh! pergh! pergh! memang seronok tengok tadi. Sebab lama dah tak tengok... krole lupa habis jalan ceritanya... bila melaksanakan marathon "back to the future" petang tadi huh! barulah ingat... memang seronok tahap power rangers pink hihihi. Ok! sebenarnya entri ni nak bagi korang jealous je hahaha! happy blogging semua.



p/s : bab skate terbang tu yang best~

Rebutlah Peluang Ini

Assalamualaikum dan salam jumaat semua, alhamdulillah syukur ke hadrat illahi... hari yang penuh barakah ni dimulakan dengan titisan hujan rahmat dipagi hari. Pergh! sampai mandi pun mengeletar satu badan hahaha!, kalaulah krole ada kemampuan beli mesin pemanas air tu (tak tahu nama). Tapi tak apa... mana tahu akan datang ada rezeki beli benda tu, InsyaAllah... janji kena rajin usaha je?.

Waktu hujan ni adalah salah satu masa mustajabnya berdoa... alhamdulillah, awal pagi lagi Allah memberi peluang kepada hamba-hambaNya untuk berdoa kepadaNya, so kepada yang tengah kerja tu cuba berhenti sekejap... ambil wuduk dan tadah tangan berdoa kepadaNya, InsyaAllah tak sia-sia usaha itu. Jangan terlampau berkira dengan masa tu, Allah dah beri peluang so jangan sia-siakan ya... happy blogging semua.


p/s : jom doakan saudara-saudara kita di Syria

Thursday, September 26, 2013

Wujud Lagi Benda Macam Ni

Assalamualaikum semua... agak sibuk kala ini... walaupun sibuk, tak sanggup rasanya hati nak abaikan blog kesayangan ni tanpa berupdate hihihi (tegar tak?). Ok! mari rapat sikit dengan krole... nak cerita ni... korang pernah tak dapat "Mesej Berangkai" hm... maksud krole mesej yang kalau kita tak hantar kepada 15 orang akan mendapat nasib malang. Bukan apa... pagi tadi krole dapat mesej macam tu, pergh! tersenyum seorang diri krole... kalau boleh nak gelak guling-guling tadi hahaha!. Mesej tu kata kalau krole tak sebarkan pesanan tu kepada 15 orang kawan krole... nasib malang akan menimpa.

Aduh! wujud lagi benda macam ni ya... ada juga orang yang percaya benda tahyul mahyul ni. Dahlah krole tak kenal nombor pengirim mesej tu, bila krole call dia tak angkat aik? boleh pula macam tu ya?. Sebenarnya benda macam ni tak patut kita percaya, dah tahu Allah S.W.T yang menentukan segala-galanya... boleh pula takut mesej tu ya... aduh! secara tak langsung benda ni boleh mengundang perbuatan syirik (menduakan Allah) samada langsung atau tak langsung. So kena hati-hati sikit dalam tiap perbuatan... Oklah! rasanya tu je yang mampu krole cerita buat masa ni so happy blogging semua.


p/s : pernah juga dapat mesej macam ni dulu... kalau tak sebarkan akan mati... amboi~

Tuesday, September 24, 2013

Tak Dapat Nak Update Gambar Terkini Baby Zahrah

Kebelakangan ni ramai rakan blogger bertanya kat krole... "bila nak update gambar baby Zahrah ni?", "apa cerita terkini baby Zahrah? uploadlah gambar" dan banyak lagi... kalau nak taip semua kat sini pergh! sampai juga sejuta patah perkataan hahaha! ok! gurauanku terlebih sudah. Ok! pertama sekali bab telefon... buat masa ini krole mengunakan telefon nokia 1200 yang canggih... skrinnya hitam putih dan kamera... faham-fahamlah ya hihihi. Setakat ni krole belum ada kemampuan lagi nak beli telefon yang canggih sedikit dari ini. So kepada yang berminat nak belanja krole handphone baru... jangan malu jangan segan ya... hubungi je krole kat FB.

Ok! sebab kedua pula... kamera kesayangan krole nikon coolpix L26 buat hal. Nak dijadikan cerita... ada satu hari tu... baby Zahrah baru belajar main baby walkernya so apa lagi... kelam kabut krole mengapai kamera kesayangan, kononya nak menangkap moment indah tapi lain pula jadinya. Kamera tu terlepas dari tangan krole dan jatuh ke atas lantai... jatuh manja begitu... tak adalah terhentak kuat sangat tapi... bila tekan butang ON pergh! gelap masa depan hm... bukan rezeki katakan. Kalau nak hantar kat kedai tak ada bajet... terlampau mahal chargenya so terpaksalah tangguh dulu niat tu. Oklah! sekarang korang dah tahu kan... kenapa krole tak dapat update gambar terkini baby Zahrah buat masa ni so doakan terbaik untuk kitaorang ya... manalah tahu... kalau ada rezeki InsyaAllah dalam kadar segera akan repair kamera tu. Happy blogging semua.



p/s : terima kasih kepada yang bertanya... alhamdulillah baby Zahrah sihat-sihat je kat sini~

Tolong Serah Diri

Amboi... tajuk dah malatop dah... tapi cerita tak malatop pun hahaha!. Ok! begini, makin hari krole tengok ruang krole zone fans tu semakin bertambah... sekarangni dah mencecah 2820 orang semuanya. So entri ni khas kepada sesiapa sahaja yang dah follow blog ni tapi krole belum follow balik blognya. Mohon korang serah diri kat sini dengan meninggalkan link blog korang diruangan komen ya... boleh tak?

Bukan apa... krole ni pun manusia biasa, sekali-sekala boleh juga terlepas pandang pada benda-benda penting macam ni (maafkan diri daku). Krole tak naklah nanti ada orang yang cop krole ni blogger sombong, dahlah baru nak berjinak-jinak dengan dunia blogger ni. So jangan malu jangan segan... tinggalkan link anda disini... InsyaAllah dalam kadar segera krole akan follow balik. Happy blogging semua.



p/s : terima kasih kerana menyokong blog krole selama ini~

Monday, September 23, 2013

Penat Tapi Puas

Assalamualaikum... alhamdulillah dapat juga update entri untuk hari ini. Rasa lain macam je kalau tak dapat update entri (tegarnya aku). Ok! hari ini nak kongsi kisah benar yang bukan tiruan kat korang semua... Pagi tadi waktu krole dalam perjalanan nak ke pekan Beaufort (nak beli barang dapur). Krole ternampak seorang makcik kat tepi jalan ni sedang melambai-lambai ke arah kereta yang lalu-lalang kat sana. So waktu dah dekat dengan makcik tu... krole perlahankan kereta dan turunkan cermin tingkap. Dipendekkan cerita hihihi... krole berhenti ke tepi dan terus pergi ke arah makcik tu. Rupanya tayar kereta makcik tu pancit... so waktu tu juga krole menawarkan diri untuk membantu tukarkan tayar keretanya (sebab makcik tu seorang je). Walaupun sedikit lambat namun semuanya berjalan dengan lancar, biasalah beb! bukan tiap hari buka pasang tayar ni... waktu krole tukarkan tayar tu... panjang juga kitaorang sembang. 

Oh... rupanya makcik tu taukey sebuah restoran kat pekan Beaufort ni... bila dah selesai krole terus minta diri dari makcik tu, kelam-kabut makcik tu menyeluk poketnya dan mengeluarkan duit... melalui jelingan mata krole waktu tu rasanya macam RM50 hahaha!. Sambil buat muka cool krole pun kata "tak apa makcik... saya ikhlas". Senyum makcik tu... yang bestnya bila dia kata macam ni "kalau ada masa... datanglah ke restoran makcik... makcik belanja" pergh! macam nak melompat katak je waktu tu hahaha!. Seronok beb! walaupun penat tapi terasa puas sangat hati ni bila dapat membantu sesama muslim dikala mereka memerlukan. Tengok...  tak sangkakan? niat krole mulanya hanyalah nak ke kedai... tak sangka pula dapat kawan baru dan yang bestnya nak kena belanja makan yeah! ok makcik nanti saya bawa satu kampung pergi ke restoran makcik hahaha!. happy blogging semua. 



p/s : siapa nak ikut krole pergi ke restoran makcik tu? hihihi~

Sunday, September 22, 2013

"Apa Yang Saya Belajar Tentang Buat Duit Dengan Blogging"

Assalamualaikum... ok! straight to the point, hari ini krole nak join sebuah mini giveaway daripada Sabreehussin dot com. Tajuk mini GA ni adalah seperti diatas hm... (tengah berfikir dengan serius). Disebabkan topik kali ini serius so krole cuba seserius yang mungkin untuk membuat entri ni (dengan muka serius). "Apa yang saya belajar tentang buat duit dengan blogging?"... perkara pertama yang krole pelajari tentang buat duit dengan blogging ni adalah ia bukanlah sesuatu perkara yang mudah....? hahaha!. Susah beb! buat duit dengan blog ni... kalau mudah hm... rasanya dah ramai blogger berstatus jutawan sekarangni. 

Untuk menjana pendapatan melalui blogging kena ada teknik yang betul (masih tengah belajar), kena ada daya usaha yang berterusan (tengah berusaha), dan pendedahan yang luas (berkenaan pasaran). Kalau tak ada ketiga-tiga ni hm... susah nak kata. Sekarangni ramai blogger mengunakan kaedah pengiklanan didalam blog sendiri, contohnya dengan menyertai Nuffnang... seorang blogger boleh menjana pendapatan melalui komisyen per klik ke atas iklan daripada syarikat Nuffnang.

Tapi kebelakangni krole mula belajar cara menjual produk fizikal melalui blog... contohnya kalau korang masih ingat? ada haritu krole buat entri berkenaan "Buaian Elektronik POPO" yang khas untuk pasaran sabah saja. Alhamdulillah... melalui entri itu, minggu ini saja dah 4 buah krole dapat jual disini... yang bestnya kebanyakkan mereka dapat maklumat tentang jualan produk tu disini. Mungkin disebabkan platform blogspot ini mesra dengan engin pencarian. Oklah... rasanya itu saja kot... harap entri ini menepati syarat dan menang yeah!.

“Mini contest ini mendapat sokongan penuh blogger Pakar iaitu TitanJuan dan Suri.”


p/s : jom join ramai-ramai... tarikh tutup pada 15 oktober 2013~

Saturday, September 21, 2013

Kena Curi Depan Mata

Krole harap cerita yang krole nak kongsikan kejap lagi kita jadikan peringatan bersama-sama ya. Ok! petang tadi krole dan keluarga pergi ke pekan sekejap... Mrs. krole nak beli bahan untuk buat kek esok hm... yam... yam. So waktu tengah mencari barang-barang kat pasaraya tu... krole terjumpa dengan seorang rakan lama, dari jauh krole tengok... muka sedih je?. So bila dah dekat tu terus krole tegur... pergh! lama juga kitaorang sembang... so bila ada peluang terus krole tanya "aku tengok kau sedih je... kenapa?". Dipendekkan cerita rupanya beliau baru kecurian handphone... benda tu terjadi di Kota Kinabalu... and more specific at Centre Point.

Handphone kena curi depan mata beb!... macam pelik je bunyinya kan? ok begini cerita (sambil mendongak ke langit mengharapkan ada flashback), waktu tu dia tengah berjalan-jalan kat Centre Point... tiba-tiba datang seorang apek cina mendekatinya... sambil buat muka kasihan apek cina tu nak pinjam handphone rakan krole tadi, katanya nak telefon anaknya (kononnya apek tadi sesat). Lepas rakan krole serahkan saja handphonenya... shiuuuuuu... macam pelesit dia lari, kawan krole tadi tergamam sekejap... lepas tu terus dia kejar apek cina tadi, tapi... tak dapat beb! laju betul apek tu kata rakan krole.

Setelah sejam berlaku benda tu... dia terus ke balai polis berhampiran untuk buat laporan. Rupanya kes macam tu dah ramai yang kena... encik polis yang membuat laporan kata minggu ini saja dah lebih 10 orang buat laporan berkenaan benda yang sama. Huh! terkejut gaban rakan krole tadi... depan mata kena curi... pergh! patutlah krole tengok muka dia sedih je, kalau handphone macam krole ni tak apalah... kena pula Samsung S3 (sabar sajalah). So korang diluar sana... hati-hati sikit bila alami situasi macam rakan krole ni... tak salahkan? sediakan payung sebelum hujan. So happy blogging semua.



p/s : dahsyat betul sekarangni~

Tak Payah Nak Beli

Pagi tadi ke rumah ayah... mula-mula tu niat krole sekeluarga hanyalah nak menjengguk, tiba-tiba ayah minta tolong bersihkan halaman kat belakang rumah. Pergh! semak juga krole tengok waktu tu... apa lagi... jawapannya merempitlah beb!. Tapi bukannya merempit ala-ala superman guna motorsikal tu ya... hahaha! kalau yang tu memang tak reti krole. Merempit guna mesin rumputlah hahaha!... setelah selesai membersihkan halaman tadi, terus lepak dengan ayah... sembang-sembang.

Tiba-tiba Mrs krole yang berada didapur memanggil krole "bang! mak suruh parut kelapa!". Oh! manis je suara tu... confirm "ya" jawapannya hahaha!. So lepak kupas kelapa dan membersihkan luar tempurungnya... aktiviti merempit dimulakan semula. Tapi kali ini merempit guna mesin parut kelapa tu, kat rumah ayah memang complete barang-barang macam ni. Waktu kupas kelapa tu... terfikir juga krole... kat rumah macam dah tak ada stok santan ni... so krole kupas lebih sikit. Seronok duduk kampung ni... benda-benda asas macam ni tak payah nak beli... dahlah freash kan... oklah... happy blogging semua.



p/s : terima kasih ayah dan mak~

Friday, September 20, 2013

Kena Marah Sebab Tak Like Fan Page

Tersenyum seorang je krole tadi gara-gara seorang blogger ni. Tempat kejadian adalah laman sesawang muka buku, petang tadi sempat online facebook sekejap... so tengah online tu tiba-tiba masuk private message dari seorang rakan facebook a.k.a blogger yang baru krole kenal... Dia ajak krole untuk like fan page beliau yang baru ditubuhkan (amboi... ayat), so seperti biasa... krole ni kalau bab-bab like fan page ni memang tak berkira, support katakan hahaha!. Tapi... tak tahu nak kata macam mana? waktu krole klik link yang beliau berikan tiba-tiba line internet putus beb!.

Alamak! so terbantutlah hajat krole nak like fan page dia tadi. Krole plan... bila line internet dah ok, nak pergi ke fan page beliau dan terus like. Tapi... bila line internet dah ok... lain pula jadinya. Si beliau tadi menghantar mesej yang bukan-bukan kat krole. Kata krole ni sombonglah... blogger berlagaklah... blogger tak popularlah hahaha! terasa macam nak gelak guling-guling je waktu tu. Kenal pun baru sehari dua... Entri ini krole tujukan khas kepada beliau... jangan cepat sangat nak menilai seseorang tu... lepas tu bab like fan page ni bukan macam tu aturannya... kalau orang tak nak like sekalipun kita tak boleh nak paksa dan marah-marah begitu ya.

Krole tengok dari akaun facebook beliau pun... hm... rasanya krole ni 13 tahun tua dari beliau... aduh! adikku sayang... tak baik seorang muslimah berperangai begitu. Lain kali cuba tanya dulu ya... kan Allah dah anugerahkan mulut untuk kita so gunakanlah. Apapun terima kasih sebab beri pahala percuma kat krole dan entri ini bukan untuk memalukan diri kamu, cuma nak beritahu kenapa krole tak dapat like tadi. So happy blogging semua.


p/s : kebetulan cerita pasal fan page ni... so nak promote sikit, ini link fan page krole kat FB likelah kalau sudi~
 https://www.facebook.com/pages/Krolezone/154249414616996

Belajarlah Dari Alam Disekeliling Kita

Assalamualaikum dan salam jumaat kepada semua, alhamdulillah sekali lagi kita semua diberi kesempatan untuk menyambut penghulu segala hari. So kalau ada masa tu jangan lupa buat perkara-perkara sunat hari ini ya hihihi. Oklah! korang perasan tak? sebenarnya dalam hidup ini banyak yang kita boleh belajar dari alam sekeliling kita... cuma ramai yang tak perasan? so hari ini krole nak cerita sikit tentang apa yang kita boleh belajar dari alam ni.

Belajarlah Dari Matahari
-Adil menebar cahayanya dan memberikan kehangatan kepada semua, baik yg terawang-awang di angkasa mahupun yang bertebaran d bumi.

Belajarlah Dari Bunga
-Sentiasa tersenyum menyebarkan harumannya, menghadiahkn kecantikanya untuk mengubatkan hati yang gundah juga menggembirakan setiap mata yang memandang.

Belajarlah Dari Lebah
-Sentiasa berganding bahu, bekerja dengan hati yang riang dan semangat yang membara.

Belajarlah Dari Pokok
-Menghadiahkan buah yang manis dan segar sambil menundukkan dahannya bagi melindungi hidupan yang berada dibawahnya..

Belajarlah Dari Bulan
-Tenang memancarkan cahayanya yang kemilau dan indah buat menyuluh malam yang gelap gempita.

Belajarlah Dari Hujan
-Kehadirannya dinanti-nantikan untuk menyejukkan alam yang hangat, membasahi kekeringan, menghijaukan tanah yang gersang dan mmberikan nyawa kepada tumbuh-tumbuhan.

p/s : belajarlah dari alam kerana kita juga adalah sebahagian darinya~

Thursday, September 19, 2013

MINI GIVE AWAY BY T-SHIRT MUDAH TERENGGANU

Perhatian! perhatian! ok! malam ini krole nak join satu mini giveaway yang mantap... dan krole rasa bagi sesiapa yang kekurangan baju macam krole ni hahaha! amat sesuai sangat join. Lagipun syarat-syarat yang diberikan oleh empunya mini giveaway iaitu blog T-shirt Mudah Terengganu amat mudah dan senang lenang (percayalah). Krole ni kalau GA yang syaratnya tak rumit memang ringan je jari ni nak taip entri hahaha!. Bagi yang berminat nak join sila klik sini atau banner kat atas tu, jangan risau... krole dah linkkan dengan blog empunya mini GA.

Syarat-syarat penyertaan :
- Yang beralamat di Malaysia Sahaja.
-Follow Blog T-shirt Mudah Terengganu. 
-Like page T-shirt Mudah Terengganu. 
-Buat entry bertajuk " MINI GIVE AWAY BY T-SHIRT MUDAH TERENGGANU" & buat backlink ke entry ini.
-Copy and paste gambar diatas sahaja untuk buat entry.

Mudahkan syarat-syaratnya? hah! kalau mudah tunggu apa lagi tu! jomlah join ramai-ramai. Sebabnya mini giveaway ni akan tamat pada 27.09.2013.



p/s : harap-harap menang... suka tengok baju tu... R4BIA~

Running Man Malaysia

Terlebih dahulu krole nak mohon maaf kepada semua yang tersalah sangka dengan tajuk entri ini ya... bukannya krole nak cerita tentang running man kena buat di Malaysiakah apa. Kalau nak diikutkan... sebelum ini serius beb! krole memang tak berapa nak ambil port sangat tentang running man ni, tapi semenjak krole tertengok episod 135 running man pergh! terjebak beb!. Episod 135 ni... artis jemputan diaorang adalah Jackie Chan (geng krole) dan ahli superjunior (nama tak berapa nak ingat dan malas nak search) hahaha!.

Seronok tengok... penerbit running man ni memang seorang yang berimiginasi tinggi, sebab memang nampak kelainan berbanding program-program yang lain. Ahli running man pula memang kelakar tahap gaban... krole paling minat Kwang Soo dan Haha... tengok diaorang pun dah boleh buat gelak hahaha!. Selitan kisah percintaan diantara Kang Gary dan Ji Hyo pula menambahkan kegeraman kalau tengo huhu... Tapi... tulah... nak tanya korang semua, adakah running man versi Malaysia? bukan apa... kalau bab begini selalunya krole ketinggalan zaman... so nak tahu sangat. Happy blogging semua.



p/s : sibuk sedikit kala ini... alhamdulillah... syukur ke hadrat illahi~

Wednesday, September 18, 2013

Menangkap Ayam Kampung

Semalam ayah ajak tangkap ayam kampung... tak jauh pun, kat belakang rumah ayah je. So operasi OPS YAM kitaorang bermula jam 9.00 malam. Waktu krole sampai tu... rupanya abang dan adik krole dah ada kat lokasi kejadian (amboi ayat ni). Berbekalkan kelengkapan seperti lampu picit dan... eh? itu je kelengkapan kitaorang pun hahaha!. So kitaorang pun terus meredah semak samun kat belakang rumah... ayah standby bawa parang... untuk keselamatan katanya. Ayam kampung ni pelik beb! waktu malam... diaorang akan lepak kat dahan-dahan pokok,. Sekali abang krole suluh kat atas pokok pergh! banyak tu!.

So waktu tu krole terfikir... macam mana nak tangkap ayam kampung ni ya?. Abang krole dan adik krole yang ikut semalam... hm... diaorang memang profesional bab tangkap ayam hutan ni. Gara-gara tak nak malu... krole berdiam dan ikut je cara diaorang. Tiba-tiba... kokkk...! pergh! berterbangan ayam kat atas pokok tu dek dijolok oleh adik krole. Waktu tu ayah dan abang krole dah dapat 2 ekor seorang... adik krole dapat seekor... dan krole huh! semestinya... kosong beb! aduh! susah juga nak kejar ayam kampung ni... walaupun krole tak dapat sebarang hasil semalam, namun bersyukur sangat kerana dapat tambah lagi pengalaman dalam hidup ni dan yang penting dapat mengisi masa dengan ayah dan adik-beradik... Tapi krole tak balik tangan kosong tau... Disebabkan ayah tersayang dapat 2 ekor so... dia bagi kat krole seekor. Yeah... semalam Mrs. krole kata nak masak kari ayam kampung harini yum... yum... happy blogging semua.



p/s : aku tak ada bakat dalam menangkap ayam kampung hahaha~

Tuesday, September 17, 2013

Berhenti Kerja Part Time

Assalamualaikum semua, pergh! masalah line internet bertambah teruk kat tempat krole ni. Tapi tak apa... dah buat laporan kat TM tadi. Ok! korang ingat tak entri krole pasal kerja part time kat carwash tu?. Kalau ingat tahniah! beri tepukan yang gemuruh kepada diri korang sendiri hahaha!. Ok! atas nasihat dari Mrs. krole... hari ini secara rasminya krole letak jawatan kat carwash tu... "pergh! ayat macam berhenti kerja gred tinggi-tinggi je...". Disebabkan keputusan pemeriksaan tekanan darah krole kebelakangan ini tinggi mengunung so Mrs. krole jadi risau... katanya krole kena banyak berehat. Krole ni kalau boleh... tak sekali pun nak buat hati Mrs. krole risau akan diri ini.

Wife knows best... believe me... i know, because i'm married hahaha!. Sebenarnya seronok juga kerja part time kat carwash tu. Bosnya kira kawan krole juga... so krole kerja tak tentu masa (kira ikut suka hati bila nak datang) sebab gaji krole dia kira ikut berapa buah kenderaan yang krole cuci. Itupun selalunya dia bagi lebih... macam tak percaya kan? tapi ini semua betul... bukan cobaan tau. So tadi krole jumpa dia dan beritahu akan keadaan krole yang tak berapa nak mengizinkan sekarangni. Syukur sangat... walaupun tak lama, dapat juga pengalaman kerja carwash... manalah tahu satu hari nanti dapat buka carwash sendiri, InsyaAllah... Oklah happy blogging semua.



p/s : dalam misi untuk menurunkan tekanan darah yang tinggi~

Monday, September 16, 2013

Baju Mereka Serupa

Mula-mula selamat hari Malaysia kepada semua rakan-rakan blogger. Ok! hari ini krole nak kongsi satu cerita kelakar tahap dewa-dewa peringkat ke-17 kat korang semua hahaha!. Aik? belum cerita... dah gelak panjang. Ok! ni nak cerita... tadi krole terjumpa dengan seorang sahabat sekampung kat pekan... beliau ni kalau orang tak kenal confirm kena kata sombong... mungkin sebab cara percakapannya seperti ini selalunya "uish! bumper kereta aku ni mahal bah... rasanya kalau di Beaufort ni aku seorang je mampu pakai" hahaha! tapi tak tahulah... bagi krole dia ni ok je... lawak orangnya.

Berbalik kepada cerita tadi... waktu terjumpa dengan beliau tadi, terus dia ajak minum. Krole on je... dah orang nak belanja "rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari". Sembang punya sembang keluar bab fesyen (baju), so waktu tu krole tegur baju beliau yang smart malatop tu. Nak tahu apa kata dia? ok macam ni "uish! kau ni rul... mahal baju ni, jenama polo beb! aku beli RM150 kat Kota Kinabalu". "pergh! mesti kat Beaufort ni kau seorang je yang pakai kan?" kata krole dengan nada gurauan. Hm... 15 minit lepas kitaorang sembang tu tiba-tiba... aik? krole ternampak seorang mamat Pakistan ni masuk ke restoran tempat kitaorang minum dan... hahaha! baju yang dia pakai sama dengan baju sahabat sekampung krole ni.

"Bro... cuba kau tengok kat sana...." kata krole. Hahaha! terus tertunduk sahabat krole tadi. Dipendekkan cerita waktu tu juga sahabat krole tu pergi (lepas tinggalkan duit untuk bayar minum). Kejap tadi beliau ada telefon krole... hahaha! tergelak sakan kitaorang... ken angan paling indah katanya hahaha!. Oklah! krole nak rehat-rehat dulu... macam nak terputus urat kentut ni hahaha! happy blogging semua.



p/s : pernah alami pengalaman macam ni~

Sunday, September 15, 2013

Dah Cuba Sebaik Mungkin

Hari ini boleh kata... sepanjang hari bermasalah line internet kat rumah krole ni. Memang teruji sedikit kesabaran hahaha!. Nak kata ketagih online sana sini taklah juga... cuma krole sememangnya ada buat perniagaan online ni so boleh kata keperluan jugalah line internet ni. Hari ini cuaca kat tempat krole berangin kuat dan mendung... so line memang terganggu. Nak online facebook pun susah... kalau dapat online pun sekejap-sekejap.

Agak terabai sikit dunia blog hari ini... krole dah cuba sebaik mungkin. Tapi serius beb! bab blogwalking memang terbantut sikit... tak mampu nak jenguk kesemua blog rakan-rakan blogger. Korang bayangkanlah... nak masuk sebuah blog pun kena ambil masa sampai 5 ke 8 minit... hah! macam mana? teruji kesabaran tak hahaha! walhal kebanyakkan rakan blogger krole ni blog yang ringan-ringan so "sabo jela". Kala ini pun line tak beapa nak ok.... so happy blogging semua.



p/s : wahai line internet... cepatlah dikau pulih~

Kemenangan Yang Manis Seperti Gula

Sambil buat muka comel ala-ala mia sara begitu... krole ingin memohon maaf sebab entri kontest semalam. Tarik nafas dalam-dalam hiushhhhhh... hahaha! rupanya kontest yang krole join tu dah tamat, aduh! bertambah lagi pengalaman krole dalam dunia blogging ni. Waktu publish entri tu... terbayang dah hadiah utama kontest tu hahaha!. Nasib baik ada bro arep... kalau tak sampai harini krole tak perasan punya, thanks bro. Terima kasih juga kepada semua rakan blogger yang komen entri tu... bila baca komen dari korang hilang malu krole beb! tapi bukan tak tahu malu ya... hah! renungkan...

Ok! mula-mula tahniah! tahniah! tahniah! kepada skuad harimau muda kita setelah berjaya menewaskan Mynmar semalam dan sekaligus memenangi pestabola merdeka yang ke-41 ni. Pergh! walaupun hujan... rentak mainan diaorang memang terbaik beb!, keserasian berpasukan tu jelas kelihatan. Gol pertama dari Rozaimi Rahman memang terbaik... benteng pertahanan pun hebat mengawal kawasan masing-masing (aku minat zubir), lepas tu tabik spring kat penjaga gol kita Mohd Izham Tarmizi Roslan. Banyak percubaan Mynmar yang diselamatkannya. Ohya! tahniah juga kepada Putera Nadher diatas gol ke-2 untuk Malaysia. Apa-apa pun all the best harimau muda... korang memang terbaik, happy blogging semua.



p/s : tahniah ong kim swee~

Saturday, September 14, 2013

Contest Blogger : Apa Kata Blogger Tentang Trafik Blog?

Apa kata blogger tentang trafik blog? blogger pun kata "hm... lampu trafik kot? hahaha!". Ok! itu hanya gurauan geli-geli je ya... jangan marah hah nanti kena jual. Ok! pertama sekali... trafik blog ni langsung tidak ada kaitan dengan polis trafik, lampu trafik, trafik jam, dan yang sewaktu dengannya. Trafic blog ini boleh dikatakan sebagai aliran masuk harian pengunjung ke blog anda. Kalau korang nak periksa... masuk je ke akaun blogger korang tu dan tengok kat dashboard tu... hah! nampakkan?.

Bagi krole... trafik blog ni amat penting kepada seseorang insan yang bergelar blogger. Siapa yang tak nak trafik blog yang tinggi kan? kalau tanya satu-satu mesti semua jawap ya punya... kalau ada yang jawap tidak.... sila delete blog anda hahaha!. Melalui trafik blog seseorang blogger boleh melihat samada blognya dapat memberi impak yang luarbiasa kepada pengunjung (pembaca blog), kalau ramai tu... hah! itu kira oklah tu... kalau rasanya kurang trafik tu, hm...  kena buat penambahbaikkanlah jawapnya.

Sebenarnya banyak cara untuk kita naikkan trafik blog ni contohnya.

1. Blogwalking : 
Ya! cara ini amat top sekarang dikalangan blogger... tak update entri sehari pun boleh dapat trafik menggunung tingginya... yang penting kena ada shoutbox atau cbox kat blog. Lepas tu kena rajin ke blog rakan-rakan untuk meninggalkan link blog anda di kotak jerit mereka.

2. Rajin komen diblog popular :
Hahaha! ok! kaedah ni memang selalu krole guna dan amat berkesan... kat blog popular paling kurang setiap entri diorang boleh dapat ratusan komen, so korang rajin-rajinkan diri untuk komen diblog-blog yang anda rasa popular... manalah tahu tiba-tiba si pengomen terklik link komen anda... hah! kan dapat kawan baru... otomatiknya dapat 1 trafik tambahan.

3.  Bermain dengan SEO :
Ok! bab ni krole pun tak berapa reti sangat tapi... melalui pemahaman diriku, ia bersifat seperti membuat entri yang mesra dengan engin pencarian contohnya seperti google search. Cuba buat banyak entri-entri yang bersifat info, ilmu, tips, dan yang sewaktu dengannya. InsyaAllah... kalau bukan sekarang satu hari nanti entri itu yang membantu dalam meningkatkan trafik blog korang. Ok! contohnya seperti entri "tips hilangkan jerawat" hah! rasanya entri begini ramai yang cari kan?.

Rasanya itu saja yang dapat krole ceritakan... senang cerita trafik ni penting bagi sesebuah blog, tanpa trafik ibarat blog tu syok sendirilah. So marilah kita sama-sama berusaha untuk menaikkan trafik sampai ke bintang yeah!.

Nak join contest ni? sila klik sini

Tarikh pertandingan ialah : 30 Ogos - 15 September 2013 
 Hadiah Pertandingan : 
 Tempat pertama : RM300 untuk seorang dan hadiah misteri 
Tempat kedua : RM200 untuk seorang dan hadiah misteri 
Tempat ketiga : RM100 untuk seorang dan hadiah misteri
 Referral terbanyak : RM50 seorang x 5

 Syarat - syarat pertandingan :
-Tulis satu entry mengenai "Apa kata blogger tentang trafik blog? Masukkan link laman web ini di dalam contest itu. 
-Submit url penyertaan anda melalui ruangan komen di bawah post ini. 
-Anda bebas mengunakan kreativiti anda, tiada banner khas untuk contest ini asalkan tidak mengandungi unsur-unsur lucah dan menyakitkan hati.



p/s : harap menepati syarat dan menang yeah!

Segmen 1st Mama

Assalamualaikum semua... ok! hari ini secara rasminya krole mengumumkan bahawa diri ini akan menyertai segmen pertama dari blogger mama. Huh! ini adalah segmen kedua yang krole join hari ini hahaha!. Saja cuba nasib... manalah tahu ada rezekikan? disamping menyokong rakan-rakan blogger yang terbaik ni. Kenal tak blogger mama...? ok... kalau kenal syukur, kalau tak kenal tu... jom kenal-kenal dengan beliau, ini link blognya ya.


Blogger mama ni adalah seorang blogger JB so kepada blogger JB seluruh Malaysia... korang wajib join segmen ni... amboi! pandai-pandai pula krole ni hahaha! jangan marah hah. Ohya! bab hadiah... blogger mama belum nyatakan... hah! mesti best-best hadiahnya ni... so jangan malu jangan segan... yang jauh kita rapat-rapatkan jom join segmen dari blogger mama.



p/s : nak join klik je banner tu ya~

Segmen Simple & Mudah

Segmen simple dan mudah ini dianjurkan oleh seorang sahabat krole yang famous amous begitu, nak tahu siapa? eh... dah ada kat gambar dibawah ni hahaha!. Ok! segmen ni dianjurkan oleh Blogger Yumida, beliau merupakan seorang peminat kucing dan warna merah jambu... "betulkah krole?" hahaha! krole main tembak je... sebab kat blog beliau header pun ada kucing lepas tu warna pink begitu... cuba tengok banner GA ni... kucing kan? betul tak? meow! meow!.


So kepada yang berminat... jom join cepat-cepat sebab tarikh tutup GA ni adalah pada 21 september 2013. Rugi beb! kalau terlepas peluang ni... hadiah dia mantap-mantap!... kalau tak percaya cuba klik sini. Macam mana? mantapkan? hah! kan krole dah kata tadi... so apa tunggu lain... joinlah segmen simple dan mudah ni. Happy blogging semua.



p/s : korang boleh juga klik banner tersebut untuk terus ke blog blogger Yumida~

Friday, September 13, 2013

Perbetulkan Semula Niat

Semalam krole ada terjumpa seorang sahabat lama kat surau... sekarangni dia kerja sebagai cikgu sekolah rendah di Kota Kinabalu. Lama tak jumpa so panjang juga kitaorang sembang semalam. Sembang punya sembang keluar cerita bab kewangan, dia mengeluh kerana walaupun bergaji besar... terasa macam tak cukup je... lepas tu dari mula dia berkerja sampai sekarangni langsung tak ada simpanan. Dipendekkan cerita... bagi krole benda begini selalu berkaitan dengan niat berkerja, hutang atau keberkatan sesuatu pendapatan tersebut.

Jangan korang hairan kalau ternampak seorang nelayan yang dah berkeluarga dan pendapatannya tak lebih dari RM600 sebulan boleh hidup dengan bahagia... manakala orang jutawan yang berpendapatan jutaan ringgit sebulan hidup dalam kesedihan. Allah Maha Kaya... Dia akan memberikan kecukupan kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya. Perbetulkan semula niat berkerja tu... mencari rezeki tu kan ibadah, laksanakanlah ia kerana Allah S.W.T dan bukannya kerana niat yang menggebu untuk mendapatkan kebendaan duniawi.

Sekiranya niat kita mencari rezeki betul... InsyaAllah akan menjadi orang yang Qanaah (berasa cukup dengan hasil yang diperoleh), berlapang dada, puas, dab sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberikan kepadanya. Inilah kekayaan yang sangat berharga sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW :

"Orang yang kaya itu bukanlah dengan banyaknya harta benda, 
tapi orang kaya adalah yang kaya jiwanya." (Hadis Riawayat Muslim)


p/s : renungan untuk kita bersama~

Tapi Aku Rasa Sihat Saja

Haritu kan krole ada buat pemeriksaan kesihatan (tekanan darah), waktu tu puan nurse kata tekanan darah krole terlampau tinggi (atas 141, bawah 90). So atas nasihat daripada Mrs. krole yang risaukan krole ni... krole buat lagi sekali pemeriksaan tekanan darah kat klinik 1 Malaysia di kampung krole ni. Pergh! terkejut krole beb!... bukannya turun... makin naik pula (atas 142, bawah 92). Encik doktor pun naik risau tadi... macam-macam dia tanya krole.

Tapi tak tahulah macam nak cakap...? krole rasa sihat je... encik doktor kata kalau tekanan darah macam ni akan rasa pening-pening nak pitam begitu. Tapi serius beb! langsung tak ada rasa macam tu?. Lepas tu encik doktor ada tanya bab selera makan... adakah berkurangan dan macam-macam lagilah. Tapi... hm... krole rasa semuanya ok! tak ada masalah. So encik doktor nasihatkan krole agar banyak berehat, banyak minum air suam, banyak berriadah... hm... Alhamdulillah... walaupun melalui kertas perubatan krole dikatakan sakit, namun diri ini rasa sihat je... syukur sangat, happy blogging semua.



p/s : akan cuba semua nasihat dari encik doktor~

Thursday, September 12, 2013

Lajukah Kalau Bunyi Kuat

Aduh! naik pening kepala ni... kebelakangan ni tak tahu kenapa, terasa macam duduk kat litar lumba motor je. Bila malam je kat simpang depan rumah krole jadi track lumba motor... sekali berkumpul tu ada jugalah dalam 20 biji motor. Tak tahu nak cakap macam mana... dahlah malam ni malam jumaat, kan lebih baik pergi surau solat berjemaah dan membaca yasin. Ini tak! prang sana prang sini... tak tahu apa yang nak dibuktikan.

Pernah sekali krole pergi sound budak-budak tu tapi... hm... budak sekarang tak macam dulu. Langsung tak hormat orang yang lebih tua... siap ugut nak pukul krole lagi. Ada juga penduduk kampung kat sini buat laporan polis tapi tak tahulah... macam tak ada tindakan dari encik polis. Krole kasihankan baby Zahrah ni... memang tergangu tidur, baru nak lelap... prang!. Ohya! kenapa ya budak sekarangni suka buat bunyi motor kuat? kalau bunyi kuat bertambah lajukah motor tu?. Hairan bin ajaib betul... oklah nak rehat kejap so happy blogging semua.



p/s : hormati orang yang lebih tua dari kita~

Gol Sampai Blackout

Pergh! perlawanan diantara skuad negara menentang Thailand semalam adalah perlawanan yang amat krole nanti-nantikan. Berbekalkan semangat yang berkobar-kobar seawal jam 8 malam krole dah terpacak kat depan TV. Kena pula... Mrs. krole siap sediakan nescafe panas berserta biskut kering kegemaran daku. Huh! memang marvelous beb!. Bila perlawanan mula berlangsug pergh! memang tak senang duduk tengok. Untuk pertembungan ini Malaysia banyak menurunkan pemain simpanan (nak bagi rehat pemain utama kot?).

Tapi serius beb! rentak mainan yang diaorang perlihatkan adalah terbaik... dalam minit ke 12 kalau krole tak silap, Malaysia sudah menjaringkan gol melalui pemain Nasir Basharuddin... gol!. Huh! semangat beb! dan rentak permainan semakin rancak lepas tu... dalam minit ke 28 yes! Malaysia berjaya mendapatkan sebiji lagi gol melalui pemain no.11 iaitu Rozaimi Rahman (pemain pujaan krole). Apa lagi... melompat krole menjerit gol! tiba-tiba... aik? kenapa gelap ni... aduh! boleh pula blackout waktu macam ni argh!... hingga tak ada kata-kata yang boleh mengambarkan perasaan krole waktu tu. 30 minit krole bertahan depan TV namun tak ada perubahan... dengan perasaan kecewa krole terus masuk ke bilik dah blackoutkan mata ni hahaha! aduh... sabar jelah. Happy blogging semua.



p/s : rupanya Malaysia menang 3-0 keatas Thailand... tahniah Malaysia (baru tahu pagi ni)~

Wednesday, September 11, 2013

BLOG REVIEW 2.0 Oleh Sheila Shahfiekry

Ingin blog anda direview... amboi... ayat macam nak promote produk kecantikkan je kan? hahaha! ok... hari ini seperti biasa... aktiviti terbang-terbang ke blog rakan-rakan blogger sedikit terbantut disebabkan cuaca yang tak berapa mengizinkan. Bukan apa beb! belajar dari pengalaman kan... tak nak krole pisang berbuah 10 kali (modem terbakar disabar petir). Ok! serius... siapa nak blog direview oleh blogger Sheila Shahfiekry angkat tangan? ups! jangan angkat tinggi-tinggi hahaha!.


Ok! senang je... korang klik je banner kat atas ni. Jangan risau krole dah linkkan terus ke blog beliau... disini saya berharap sangat agar blogger Sheila dapat mereview blog kesayangan krole ni (ayat minta simpati) hahaha!. Ok kalau nak join senang je... tengok terma dan syarat kat bawah ni.

1) Follow blog www.sheilashahfiekry.my [wajib]
2) Like fanpage Sheila Shahfiekry (klik dekat sidebar ye) [wajib]
3) Tinggalkan url blog dan juga nama facebook [wajib]

4) Kalau korang buat entri, [sebagai bonus] aku masukkan dalam bloglist 'Lovely Friends'. Jangan lupa buh sekali banner tak awesome aku tu. War-warkan kepada rakan semua ya.

Sonang syaratnya? Review ni akan berlangsung sampailah satu tempoh yang tak pasti. hehehehe. Satu entri kemungkinan besar akan digabungkan 2 hingga 3 blog depends pada kemeriahan korang sudi nak join. Jom meriahkan aktiviti lapang aku ni. hahhahaa.  :) -copy paste dari blog beliau-

p/s : jom join ramai-ramai~

Tekanan Darah Yang Melampau

Assalamualaikum semua... alhamdulillah hari ini baby Zahrah dah genap umurnya 6 bulan yeah!... jom lompat bintang ramai-ramai hahaha!. So pagi tadi bawa baby Zahrah pergi klinik untuk berjarum... cuaca pula hujan dari subuh tadi so kitaorang bertolak awal... rasanya kalau tak silap dalam jam 7:40AM tadi. Bukan apa... krole ni kalau waktu hujan fail sikit bab memandu ni... tak berani nak laju-laju. So sampai dalam jam 8 lebih begitu. Nasib baiklah krole sekeluarga yang pertama sampai kat klinik tadi so tak lama tunggu.

Nasib baiklah puan nurse tadi tangkas menjalankan tugasnya menjarum... huh! meraung-raung baby Zahrah tadi. Selalunya kena jarum sekali je... tapi kali ini sekali dua beb! pergh! satu kat tangan dan satu kat peha. Nasib baiklah Mrs. krole pandai pujuk tadi... tak lama juga baby Zahrah menangis. Ohya! tadi kitaorang pun kena buat pemeriksaan kesihatan (kaji selidik klinik), so terkejut beb! tekanan darah krole terlampau tinggi katanya... kalau tak silap krolelah kan... atas 141, bawah 90? tak berapa reti... cuma puan nurse kata teruk juga. Tapi tak tahu kenapa... krole rasa ok je badan ni. Hm... happy blogging semua.


p/s : Harap-harap baby Zahrah tak demam... doakan ya~

Tuesday, September 10, 2013

Tak Padan Dengan Usia

Petang tadi waktu krole on the way balik ke rumah dari pekan... kat satu simpang ni ternampak sekumpulan orang berkumpul ramai-ramai. Dalam kepala krole ni memang dah bajet "ni mesti kes kemalangan...". Dek perasaan ingin tahu yang membuak-buak krole berhenti kat tepi dan pergi ke tempat orang ramai berkumpul tadi. Waktu krole nak sampai tu... tiba-tiba suasana jadi kecoh... tiba-tiba nampak seorang pakcik ni terbang kiri dan kanan... dan seorang pakcik ni pula menepis ala-ala zapin begitu.

Rupanya pakcik berdua tu adalah owner kereta yang berlanggar tadi... huh! macam-macam jurus diaorang keluarkan... yang ramai-ramai tu pula jadi penonton setia dan ada pula yang siap bagi sokongan padu kat pakcik berdua tadi. Aduh! tak bolehkah runding cara baik... krole faham juga kalau jadi benda macam ni... darah memang naik mendadak, cuba istigfar dulu... ni main fire-fire pula. Krole rasalahkan... umur pakcik tadi dah level-level macam ayah krole... so kecewa beb! tengok benda macam ni. Nak juga krole pergi leraikan tadi tapi... bila tengok jurus-jurus diaorang huh!. Terpaksa jerit kat tepi je "sabar pakcik! sabar pakcik!". Bila encik polis datang barulah pakcik berdua tadi berhenti... siap berdarah-darah lagi muka huh!. Tak padan dengan usia... kalau budak-budak nampak... tak kah jadi ikutan... hm...



p/s : apa-apa pun cuba bawa berbincang dulu~

Sekarangni Musim Demam

Hah! korang jangan terkejut... bukan buah-buahan je ada musim, disebabkan cuaca yang tak menentu sekarangni... kampung krole ni dilanda virus benci eh? silap... virus demam. Alhamdulillah krole sekeluarga setakat ni sihat walafiat. Tadi sempat singgah kedai runcit beli barang dapur sikit... ternampak makcik kedai runcit bermuka masam so sebagai penduduk kampung yang perihatin... krole tegur "bah... kenapa ni makcik?". Dipendekkan cerita... oh demam rupanya.

Kasihan makcik tu... moga Allah kurniakan kesihatan yang baik kepadanya. Harini pun hujan lebat pagi tadi... start subuh tu... pergh! mengeletar krole mandi... kalaulah krole mampu pakai pemanas air tu (tak tahu apa namanya) pergh! mesti seronok riang gembira mandi waktu-waktu macam ni hahaha!. Ohya! semalam mak mertua krole telefon tanya khabar kitaorang. Risau katanya sebab diaorang kat kampung semuanya demam sekarangni huh!... nasib baiklah Mrs. krole tengah kursus sekarangni kalau tak... confirm terus balik harini. Moga Allah permudahkan keluarga mertua krole juga... ok! amin ramai-ramai ya. Oklah happy blogging semua.



p/s : jangan main hujan tau~