Wednesday, August 14, 2013

Gara-Gara Facebook Rumah Kena Pecah

Dalam keseronokkan menyambut raya pertama hari itu... kalau korang perasanlah kan? ramai yang update kat facebook tentang dirinya sekeluarga balik kampung. So habis semua sudut rumah dia ambil gambar, dari kunci manga ke pintu rumah hingga ke ruang dalam rumah. Lebih upgrade ada yang update macam ni "balik kampung seminggu, will miss you my dear house - at Tmn. Wawasan Lot.541" pergh! siap letak alamat lagi. Pengguna facebook harus peka? sebenarnya update seperti ini boleh diibaratkan satu jemputan kepada perompak, pencuri, penjahat, dan penyangak kat luar sana.

Diaorang pun seperti kita... up to date, so kena hati-hati... tak pasal-pasal balik dari beraya kat kampung rumah dah tunggang-langgang jadinya. Bukan apa... kes ni dah kena kat seorang rakan krole, dia bekerja kat Kota Kinabalu so raya ni balik kampung dengan family... sebelum balik tu dia updatelah facebook macam krole kata tadi. Semalam krole dapat tahu dari beliau sendiri rumah dia kena pecah... macam-macam barang hilang... katanya kalau dianggarkan boleh mencecah ribuan ringgit aduh!. Jadikanlah pengalaman rakan krole ini pengajaran bagi kita semua. Moga Allah permudahkan urusannya... oklah nak rehat dulu ni, perut masih meragam... happy blogging semua.



p/s : hati-hati dengan update anda~

17 Komen:

Mia Liana said...

Uikkkk memang bahaya sangat ni krole...

Mizz Aiza said...

sabar je la.. memang bahaya tu..

Unknown said...

Bahaya betul kalau salah guna internet ni.. Terlalu bangga dengan rumah.. Sebab tu pencuri pun suka.. Ada kawan Erin tu dia siap tunjuk-tunjuk barang emas dia kat FB.. sekali kena ikut dengan orang yang dicurigai.. Ada jugak yang tunjuk gambar-gambar duit.. konon banyak duit.. sekali jadi perhatian perompak.. dah nak pi mana pun takut.. terpaksa upah bodyguard pulak..

Vee said...

Ya betul.. Byk juga kes begini kann. Sbb tu Vee slalu update SELEPAS event. Mcm pg melancong, lepas melancong bru kasi tau org, baru upload gambar. Hihi. Demi keselamatan juga kann. Duina, meragam lagi perut tuu. Get well soon yaa :) Krim slm sama baby Zahrah :)

mselim3 said...

Assalammualikum...krole,

mcam2 sekarang nie,,,kecanggihan teknologi sekarang,,, membolehkan pecah masuk rumah orang...pehh.. pencuri pun IT juga,,

mselim3

pls: update facebook berhati2 k.. kepada mselim3 dan kekawan k..

Syazana Zainn said...

hadoi, idok le nak update alamat umah mcm tu.

bahaya lah

-___-

btw

Selamat Hari Raya krole

:D

Maaf jika ada terkasar bahasa ye

;)

Fais-SKA said...

betol tu bro Krole..kecuain tnpa kita sedar..last2 hlang cmtu je yg pd dasarnya salah kita sndri..bnyk brlaku perkara cmni..bgga kot boleh update cmtu hu3 =)

Sop said...

kalau update siap bg no rumah mmg bahaya tul tuh :)

Farah Waheda Wahid said...

ini namanya memang mengundang masalah sendiri, sebab tu kalau nak berkongsi apa2 biar berpada kan?

Akupenghibur.com said...

ini namaenye saje nak cari masalah ..ishh mcm2

Bunda_nora said...

memang update yang mengundang tetamu yang tak diundang lah tu..biasa sangat berlaku ni...awaslah lepas ni kalu nak update facebook..

Unknown said...

berhati-hatilah ..setiap perbuatan kita.. jgn smpai memakan diri sendiri

MiJiE BLoG said...

tu la krole kn.. abis semua update dlm fb.. dunia mkin canggih kn..berhati2 la

Unknown said...

aah kan..bahaya klo letak details secara terperinci ni
siapambek pic pelbagai sudut lg tu
menarik mereka yg berhati jahat di luar sana

jemput baca & komen entry yumida ni krole:

http://umikasum.blogspot.com/2013/08/jom-komen-blog-jejaka-jambu-aka-mr-nan.html

pengomen bertuah bakal memenangi hadiah..jemput la singgah :)

el said...

alamakkk kes naya cam ni
nak update kat fb
umah lak kena pecah
bahaya tul
skun ni mcm2 boleh jd

Unknown said...

kesian betol.. mesti pencuri tu budak2 yang dalam friendlist jgk tu.. Siap kena guna FBI tu untuk menyiaat.ehehe

||aLeaSaRa|| said...

salam,owh seriau betul baca entri ni,yelah yang orang tu pun pergi update status sampai tunjuk foto manggalah itulah inilah alahai....saja perangkap diri sendiri huhu...